Selasa, 26 Ogos 2008

Dolfin ajar anak jalan guna ekor

KEMAHIRAN berenang sambil berdiri dipelajari anak dolfin secara spontan semasa kecil.

ADELAIDE - Tingkah laku aneh termasuk berjalan menggunakan hujung ekor di kalangan dolfin rupa-rupanya hasil pembelajaran mamalia air itu sesama ahli kumpulan mereka.

Penemuan itu hasil pemantauan sepasukan saintis Persatuan Pemuliharaan Dolfin dan Paus Australia ke atas sekumpulan lumba-lumba liar yang mendiami perairan pantai selatan di sini.

Mulanya penyelidik berpendapat dolfin itu meniru aksi mamalia jinak tersebut yang dipelihara di dalam sangkar tetapi mendapati ia lebih kepada budaya spesies berkenaan sendiri.

"Teknik berjalan tegak di atas ekor diajar oleh dolfin tua kepada anak-anak secara spontan tanpa sebarang latihan formal," kata saintis Mike Bossley. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan