Khamis, 28 Ogos 2008

2008 tahun paling sejuk abad ini

FENOMENA La Nina membantu menyejukkan planet daripada kesan pemanasan global.

GENEVA - Meskipun masih berbaki empat bulan lagi, suhu purata sepanjang tahun ini di seluruh dunia dianggap sebagai paling sejuk untuk tempoh lapan tahun pertama abad ke-21.

Data dianalisis pejabat cuaca Britain itu yang diselaraskan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia di sini mengesahkan suhu 2008 lebih 0.1 darjah Celsius lebih sejuk sejak tahun 2000.


Sebab utama dikenal pasti ialah kesan fenomena La Nina yang dilihat berjaya mengimbangi lawannya, El Nino sehingga menjadikan sebahagian besar planet Bumi relatif agak dingin.

"La Nina dikesan sejak dua bulan telah meneutralkan keadaan suhu di timur Lautan Pasifik," kata saintis penyelidik iklim di Pusat Kaji Cuaca Hadley Britain, John Kennedy. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan