Isnin, 30 Jun 2008

'Si janggut pendek lebih diminati'

LONDON: Lelaki tidak perlu mencukur bersih wajah mereka kerana penyelidikan mendapati wanita lebih tertarik kepada lelaki yang menyimpan janggut pendek.
Wanita yang mengambil bahagian dalam penyelidikan menyenaraikan lelaki dengan janggut pendek sebagai gagah, matang, agresif, menonjol dan sasa dan sebagai pasangan paling romantik, sama ada untuk hubungan singkat atau jangka panjang.
Hasil kajian itu, yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun, mungkin menjelaskan tarikan yang dimiliki aktor seperti George Clooney dan Brad Pitt, yang menawan ramai wanita dengan membiarkan wajah mereka tidak dicukur bersih.

Penjelasan kepada tarikan itu masih sama tetapi pakar dalam evolusi manusia berkata pertumbuhan rambut halus pada wajah memberi isyarat agresif kerana ia melonjakkan saiz rahang bawah.

Pakar psikologi di Universiti Northumbria yang menjalankan kajian itu percaya lelaki dengan wajah ditumbuhi janggut halus menawarkan yang terbaik kepada wanita - tidak terlalu sasa tetapi matang dan potensi untuk ditumbuhi jambang sepenuhnya.

Penyelidikan dijalankan menggunakan teknologi komputer untuk mengubah gambar muka 15 lelaki bagi membolehkan mereka menunjukkan tahap berbeza pertumbuhan rambut halus pada wajah. - Agensi

bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan