Jumaat, 6 Jun 2008

"Pandu bawah 100 km sejam untuk jimat minyak" Pakar

KL, Jumaat, 06 Jun 2008 - Para pemandu dinasihati supaya memandu tidak melebihi had kelajuan 100 kilometer sejam untuk menjimatkan minyak kenderaan mereka.

Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Wong Shaw Voon berkata, perkara itu dibuktikan melalui kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat.

"Walaupun had laju di negara ini ditetapkan pada kadar 110 kilometer sejam, namun pada had laju itu, penggunaan bahan bakar adalah lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wong berkata, penggunaan brek tanpa sebab juga menyumbang ke arah peningkatan penggunaan petrol. - Bernama

source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan