Isnin, 16 Jun 2008

Jerung Mediterranean hilang sejak 200 tahun

OTTAWA, Kanada - Sebahagian besar jerung di Laut Mediterranean didapati sudah hilang lebih 200 tahun lalu dan ada beberapa spesies menunjukkan pengurangan sebanyak 99.999 peratus dalam tempoh tersebut.

Penemuan mengejutkan itu diperoleh sepasukan saintis Universiti Dalhousie Halifax dekat sini berdasarkan rekod sejarah lama catatan nelayan dan kajian terus di lapangan menerusi Program Lautan Lenfest.

Kajian terkini itu diterbitkan di dalam jurnal ternama Conservation Biology selang beberapa minggu badan pemuliharaan antarabangsa di Geneva mendedahkan lebih separuh jerung di dunia diancam kepupusan.

"Kami melihat arkib nota nelayan sepanjang dua abad mencatatkan plot populasi trend lima jerung pemangsa berbahaya dan semua pupus akibat penangkapan berlebihan,," kata ketua penyelidik, Francesco Ferretti.

Laut Mediterranean dianggarkan memiliki 47 spesies jerung dengan 20 daripadanya ialah pemangsa dan saintis mendakwa, ancaman kepupusan disebabkan pukat tuna oleh nelayan tradisional dan moden. - Agensi

Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan