

LONDON - Saintis Britain terkejut apabila mendapati carta pokok keluarga genetik terbaru 249 jenis burung di negara itu mendedahkan populasi akan datang spesies berkenaan bakal lenyap pada masa depan.
Kaedah pokok keluarga atau juga dikenali sebagai peta filogenetik lazimnya diguna untuk menunjukkan susur jurai keturunan terdahulu tetapi kini sering dipakai bagi menganalisis nasib spesies hidupan.
Dr. Gavin Thomas yang membuat kompilasi carta terkini itu menemui banyak populasi spesies burung yang ada hubungan saudara didapati amat cenderung mengalami kepupusan menjelang generasi berikutnya.
Penemuan itu yang diterbitkan di dalam jurnal Proceedings B keluaran Persatuan Sains Diraja Britain mendedahkan spesies yang sihat nyata lebih berisiko jika burung saudara terdekatnya mulai kepupusan.
Malah spesies kurang bermasalah iaitu burung song thrush, mistle thrush dan starling sebenarnya lebih terancam berbanding blackbird dan trend ini juga dialami linnets, bullfinch serta greenfinch. - Agensi
Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan