
Gambar :: GAMBARAN komputer yang memaparkan proses kelahiran anak ikan oleh ikan betina induk hasil daripada penemuan fosil purba terbaru di perairan Australia baru-baru ini.
Menurut ketua penyelidik, John Long dari Muzium Victoria di sini, spesimen berusia 380 juta tahun itu ditemui dalam keadaan berawet bersama tiga embrio yang masih melekat dengan tali pusat daripada ikan betina induk.
Penemuan ini memberi petunjuk baru mengenai proses pembiakan yang diguna pakai oleh hidupan air kuno yang hidup kira-kira 200 juta tahun lalu sekali gus memberi perspektif baru terhadap kehidupan ikan.
Ia bukan saja bertelur malah bersalin pada satu ketika dahulu. Penemuan paling awal mengenai reproduktif reptilia hanya muncul pada era Mesozoic iaitu tempoh 248 hingga 65 juta tahun lalu. - Agensi & Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan