Didalam sebuah negeri ada sekor gajah jantan yang amat degil, semua pengendali gagal melatih gajah ini, akhirnya raja negeri ini dapat satu idea untuk mencari pengendali gajah terhandal di dunia, jadi pendek cerita, pertandingan diadakan.
Semua pakar gajah di seluruh dunia ambil bahagian. Ada dari Sarkis-sarkis, Zoo-zoo dengan bermacam alat masing-masing. Arahanya adalah untuk menyuruh gajah tu duduk. Semua perserta mencuba dengan alat dan cara masing2. Ada yang bagi makanan, tarik ekor, tolak dan bermacam2 lagi, namun gajah ini tetap degil, tak mau duduk.
Semua perserta sudah mencuba tapi gagal, hanya tinggal seorang sahaja mamat dari malaysia yang masih belum mencuba lagi. Mamat ni tenung mata gajah ni, dia pusing kesebelah kiri dan tenung mata gajah ni lagi. Dalam hati gajah itu, orang lain pakai alat kau hanya tulang 4 kerat ada hati mau arah aku. Mamat ni pergi ke belakang. dia undur 2 step dan maju "tuuuuunnngg" dia tendang biji pelir gajah dengan sekuat hati. Oooopppss!! hampir pengsan gajah tu hingga terduduk. Mamat malaysia ni angkat tangan dengan sorakan orang ramai, dia menang. Dia berjaya menyuruh gajah tu duduk.
Namun banyak bantahan di terima sebab mereka kata mamat malaysia main kasar. pertandingan di buat semula, kali ini arahannya buat gajah geleng kepala. Seperti tadi, semua mencuba tapi gagal. Tinggal lah mamat malaysia ini untuk mencuba.
Seperti tadi dia tenung mata gajah tu, kekiri dia tenung gajah tu lagi. Dalam hati gajah tu ngeri, entah apalah mamat ni nak buat kali ini. Dia kebelakang dia ambil tangga dan letak dibahu gajah. Gajah mersa amat takut dan ngeri. Dia naik tangga, tarik telinga gajah dan bisik,
"kau nak aku tendang biji pelir kau lagi tak?"
Gajah mengeleng kepala,
mamat ni bisik lagi, "nak tak?"
Gajah mengeleng kepala dengan kuat.
Mamat malaysia angkat tangan dengan sorakan penonton, kali ini sah dia menang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan