Ahad, 1 Jun 2008

Badak nadir berjaya dirakam

JAKARTA - Sekumpulan badak sumbu yang paling sukar ditemui di dunia telah berjaya dirakamkan menerusi penggunaan sejenis kamera digital yang diletakkan di sebuah hutan tebal di Pulau Jawa, Indonesia.

Gambar :: IMEJ rakaman yang menunjukkan seekor badak nadir bergerak di hutan tebal Indonesia minggu lalu.

Namun, seekor badak betina itu yang ditemani seekor anak lembu secara tidak sengaja melanggar kamera tersebut hingga melayang ke udara. Badak terbabit kini hanya ada sekitar 60 hingga 70 ekor di dunia.

Menurut jurucakap Dana Hidupan Liar Dunia (WWF), banyak masa perlu dihabiskan untuk menjejak mamalia luar biasa di habitat liar dan perangkap kamera diguna bagi memerhati perilaku semula jadi haiwan.

"Ia diharap membantu saintis untuk tindakan pemuliharaan," ujar Ketua Projek WWF Indonesia, Rachmat Hariyadi. Hampir 90 peratus populasi badak Jawa cuma terdapat di Taman Negara Ujung Kulong. - Agensi & Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan