Jumaat, 23 Mei 2008

Pesaing baru Viagra dicipta

LONDON: Saintis giat menghasilkan ‘pil ajaib’ yang boleh meningkatkan keinginan seks di kalangan lelaki dan wanita serta dilihat dapat menjadi saingan sengit kepada Viagra.



Ubat berkenaan, yang berpotensi meningkatkan kadar kesuburan, juga dipercayai membantu menghilangkan berat badan.



Pil itu, yang dibangunkan oleh Unit Sains Reproduktif Manusia Majlis Penyelidikan Perubatan di Edinburgh, menggunakan hormon untuk membebaskan kimia gonadtropin Jenis Dua, yang merangsang sistem reproduktif.



Ia dijangka mengatasi faedah Viagra kerana ia akan meningkatkan keinginan pada otak untuk melakukan hubungan seks sedangkan Viagra cuma meningkatkan kemampuan seksual tubuh.



Ujian ke atas haiwan sudah membuktikan kejayaan dan saintis kini berusaha menghasilkan pil versi manusia.



Masalah kurang syahwat menjejaskan lebih satu pertiga wanita dan satu perenam lelaki.



Seorang daripada anggota pasukan penyelidik, Profesor Robert Miller, berkata ubat itu berpotensi besar menggantikan Viagra.





"Ia akan membangkitkan dan menghasilkan keinginan untuk melakukan hubungan seks pada masa sama, pada lelaki dan wanita. Ia amat menyeronokkan kerana kami berjaya, kerana rangsangan syahwat memberi makna besar kepada ramai orang. Cuma ada beberapa langkah lagi untuk memperkenalkan pil itu,

katanya.



Apapun, ubat memperkuat tenaga batin baru itu pasti menghadapi cabaran besar kerana Viagra digunakan 27 juta lelaki di seluruh dunia. - Agensi (Berita Harian Online, Selasa, 20/5/08)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan