Jumaat, 23 Mei 2008

Awas wang kertas RM100 palsu

KUALA LUMPUR - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.

MICHEAL Chong memegang dua wang kertas RM100 yang mana kiri merupakan wang palsu menyerupai wang tulen di sebelah kanan di pejabatnya semalam.

Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.

"Paling terbaru ialah pada malam semalam apabila seorang peniaga buah tertipu dengan wang RM100 yang diberi oleh sepasang suami isteri minggu lalu,'' katanya kepada pemberita di Wisma MCA semalam.

Kata Micheal Chong, mangsa yang dikenali sebagai Lohman, 53, yang berniaga di Jalan Klang Lama, telah menerima kunjungan sepasang suami isteri yang membeli buah-buahan di kedainya.

Bagaimanapun apabila diberikan RM100, mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus mengambil wang itu tanpa banyak bicara. -
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN. zulsham@kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan