Isnin, 14 April 2008

Pakar hasil kamus Islam-Kristian 2012

Diatur mengikut mencakupi pelbagai bidang, fahaman

WASHINGTON: Sebuah kamus mengenai persamaan dan perbezaan antara agama Islam dan Kristian kini dirangka oleh tiga penyelidik Amerika Syarikat dengan bantuan sarjana agama, imam, paderi dan pakar antara agama.   

"Kami mahu golongan yang bakal menjadi paderi, penuntut sekolah Islam, orang ramai dalam bidang komunikasi, kerajaan dan perniagaan, menyedari kepentingan hubungan antara kedua-dua agama.

"Kamus ini akan bertindak sebagai fokus kepada disiplin hubungan Islam dan Kristian pada peringkat antarabangsa.

"Contohnya, kami berharap ia akan meningkatkan persefahaman antara Islam dan Kristian," kata Pengarah Eksekutif Pusat Wackerlin bagi Agama dan Tindakan Universiti Aurora, Martin Forward, kepada akhbar Vindy.

Kira-kira 60 cerdik pandai agama, imam, paderi dan pakar antara agama dari seluruh dunia memberi sumbangan masing-masing kepada Kamus Hubungan Islam-Kristian yang akan diterbitkan pada 2012 oleh Cambridge University Press. - bh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan