2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Tukar lampu xenon – JPJ

KUALA LUMPUR 28 Mac – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi tempoh tiga bulan sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengarah Penguat Kuasa JPJ, Salim Parlan berkata, dalam tempoh itu pihaknya hanya akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan (PG1) terhadap kenderaan yang menyalahi peraturan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Bagaimanapun, pemilik kenderaan terlibat perlu melakukan ubah suai mengikut spesifikasi ditetapkan bagi membolehkan penarikan balik notis PG1 itu.

‘‘Semua pihak diminta mengambil peluang itu dan tiada alasan lagi selepas tempoh itu tamat,’’ katanya pada sidang akhbar selepas meninjau operasi keselamatan jalan raya di Tol Sungai Besi di sini malam ini. Hadir sama, Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Siron.

Salim memberitahu, JPJ akan melancarkan operasi di seluruh negara bagi menangani isu penggunaan lampu xenon dan cermin gelap itu yang makin berleluasa berikutan banyak aduan diterima daripada pengguna jalan raya lain.

Sebanyak 323 kes pengubahsuaian lampu xenon dikesan sepanjang 2006 dan meningkat kepada 689 kes pada tahun berikutnya.

Bagi kes kesalahan cermin gelap pula, pada 2006 sebanyak 1,387 kes dilaporkan dan menunjukkan peningkatan sehingga 1,558 kes pada tahun lalu,” katanya.

Salim turut menggalakkan orang ramai supaya melaporkan kepada JPJ sekiranya terdapat kenderaan yang menggunakan lampu xenon dan cermin gelap di nombor 03-88866412.

Orang ramai hanya perlu melaporkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan tersebut dan JPJ boleh bertindak menyiasat dan memanggil pemilik kenderaan itu untuk menjalankan pemeriksaan di JPJ,” jelasnya. - Utusan
try , Sabtu, Mac 29, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog