2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pengakuan adik Sultan Brunei

ADIK lelaki bongsu pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Putera Jefri Bolkiah meluahkan perasaannya berhubung kes perbalahan keluarga sehingga beliau mungkin tidak mempunyai kediaman dan terpaksa menjadi bankrap. Gambar :: PUTERA JEFRI BOLKIAH Peranan putera yang berumur 53 tahun itu dalam kerajaan Brunei digugurkan dan kemudian dituduh oleh pihak berkuasa negaranya menyalahgunakan wang kerajaan berjumlah AS$14.8 bilion (RM47 bilion), sedekad lalu. Jefri yang terkenal dengan sikap playboy dan gaya hidup mewah di mana beliau pernah membeli banyak hartanah di luar negara seperti New York Palace Hotel, 1,700 buah kereta mewah dan sebuah kapal layar mewah sepanjang 55 meter. Sultan Brunei menggunakan undang-undang untuk memperoleh semula harta milik adiknya itu di tiga benua dan baginda mendapat kemenangan pada tahun lalu. Majlis Privi Britain yang mendengar rayuan terakhir dalam kes itu membuat keputusan bahawa putera berkenaan perlu mematuhi satu persetujuan yang dicapai pada 2000 dengan memulangkan hampir semua harta miliknya. “Mereka (kerajaan Brunei) mahu saya menyerahkan semua harta. Kami tidak tahu di mana tempat yang akan kami tinggal,” katanya di sebuah villa di London kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan kelmarin. Beliau menetap di villa itu bersama seorang daripada tiga isterinya dan dua daripada 18 orang anak-anaknya. Pada Selasa lalu, putera itu hilang kawalan terhadap aset paling berharganya iaitu New York Palace Hotel apabila kerajaan Brunei mengambil alih pemilikan bangunan tersebut berikutan arahan sebuah mahkamah. Para penasihat Sultan Brunei sudah memulakan prosiding undang-undang bagi mengusir Jefri dari kediamannya di London dan mereka akan menentukan nasib beliau seterusnya berhubung Hotel Bel-Air di Los Angeles yang masih berada dalam pemilikannya. “Saya menghabiskan banyak masa dengan peguam-peguam,” katanya di mana beliau mengharapkan Sultan Hassanal Bolkiah membenarkannya menyimpan sejumlah wang bagi meneruskan kehidupan sederhana. Jefri sudah pun memulangkan beberapa hartanah yang berbilion-bilion dolar termasuk Hotel Plaza Athénée, Paris, sebuah kapal layar gergasi, koleksi kereta dan lebih 100 lukisan karya Picasso, Renoir serta Modigliani. Pada tahun lalu, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa Brunei lima berlian yang disimpan di sebuah bilik kebal di London dengan nilainya AS$200 juta (RM639 juta). Nama penuh putera itu adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan beliau pernah menjadi Menteri Kewangan dan Pengerusi Agensi Pelaburan Brunei (BIA). Menurut beberapa dokumen mahkamah, putera itu membelanjakan AS$475 juta (RM1.5 bilion) bagi kereta-kereta Rolls Royce, AS$78 juta (RM249 juta) dihabiskan di syarikat kereta sport Pininfarina SpA dari Itali dan AS$900 juta (RM2.8 bilion) di syarikat penjual barangan kemas Britain, Asprey. Beliau terlalu meminati Asprey sehingga pada 1995, putera itu membeli syarikat tersebut pada harga AS$385 juta (RM1.2 bilion). Sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jefri membayar sebanyak AS$202 juta (RM645 juta) untuk memiliki New York Palace Hotel pada 1993 dengan menggunakan dana BIA. Koleksi pesawat diraja Brunei yang dibahagikan antara Sultan Brunei dan Jefri mengandungi 10 buah pesawat termasuk sebuah Boeing 747 serta Airbus A-340, menurut dokumen insurans. Salah seorang bapa mertua Jefri menerima wang AS$23 juta (RM73 juta) menerusi wang BIA manakala seorang jurulatih badminton serta ahli akupunktur putera itu masing-masing dibayar AS$1.8 juta (RM5.7 juta). Bagaimanapun, Jefri kelihatan bingung dengan dakwaan bahawa beliau membazir wang sebanyak AS$14.8 bilion (RM47 bilion). Menurut putera itu, sebahagian kereta Roll Royce yang dibelinya digunakan untuk tujuan pengangkutan sebagai tambahan untuk kegunaan tetamu diraja di Brunei. “Kami menyediakan tetamu kami dengan sebuah kereta dan sebuah lagi kereta sokongan. Oleh itu, mereka tidak perlu menyewa daripada sesiapa sahaja,” kata Jefri. Putera itu menyatakan bahawa Sultan Brunei mengetahui perbelanjaan mewahnya dan sebagai contoh beliau menghabiskan tempoh selama beberapa tahun untuk membiayai pembinaan sebuah istana menghadap laut dengan dilengkapi sebuah kompleks sukan. “Senarai peruntukan kerajaan saya hanyalah AS$20,000 (RM63,910) setiap bulan. Anda tidak mampu membina sebuah rumah dengan wang sebanyak itu,” kata Jefri. Putera itu juga mendakwa bahawa kadang-kadang, Sultan Brunei pergi ke istananya selepas satu perlawanan badminton dengannya dan mengagumi sebuah lukisan Picasso atau Degas yang tergantung di dinding. “Baginda berkata, itu adalah lukisan yang bagus. Bolehkah anda memindahkan lukisan itu pada hari ini (ke istana Sultan Brunei),” dakwa Jefri. Putera itu berkahwin dengan tiga wanita dan menceraikan dua yang lain. Isterinya yang kelima, adalah wanita kelahiran New Zealand di mana mereka mempunyai dua anak. Jefri berkata, beliau bimbang dengan kos perbelanjaan pelajaran anak-anaknya di mana sebahagiannya belajar di luar negara. Menurut dokumen mahkamah, kesemua empat isterinya sebelum ini menerima wang sebanyak AS$158 juta (RM505 juta) daripada dana BIA.. Gambar :: SULTAN HASSANAL BOLKIAHSaya hanya mahu sebahagian pendapatan untuk kehidupan dan anak-anak,” kata Jefri. Beliau tidak menafikan membelanjakan sebahagian wang BIA tetapi dokumen mahkamah mendakwa bahawa Sultan Brunei turut menerima wang perpindahan khas yang berjumlah berbilion-bilion dolar daripada agensi kerajaan ke akaun bank peribadi baginda. Menurut satu afidavit, Jefri menyatakan Sultan Hassanal Bolkiah memintanya membuka satu akaun bank dengan menggunakan nama samaran supaya wang itu tidak akan dikesan dihantar kepada baginda atau sumbernya dari BIA. Putera itu menyatakan sebanyak AS$700 juta (RM2.23 bilion) sudah dipindahkan kepada Sultan Brunei menerusi satu transaksi. Seorang peguam yang mewakili kerajaan Brunei menyatakan dalam satu afidavit pada 2005 bahawa ia tidak relevan dan Jefri gagal membela diri terhadap dakwaan membeli beberapa aset untuk kepentingan diri sendiri. Ketika di Brunei, Jefri menyatakan kereta paling diminatinya adalah Ferrari 550 yang dipandu pada lewat malam ketika jalan raya lengang. Namun, kini, putera itu berkata: ”Saya meminati Mini.– Agensi
try , Isnin, Mac 03, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog