Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Datuk Profesor Ir. Ismail Hassan ketika mendedahkan perkara itu berkata, statistik itu juga menunjukkan 50 hingga 60 perokok baru setiap hari, terdiri daripada remaja di negara ini.Beliau berkata, pertambahan perokok baru di kalangan remaja ini sangat membimbangkan apatah lagi apabila ia turut melibatkan remaja wanita.
''Ini juga dapat dilihat dengan pertambahan bilangan kes-kes kematian akibat daripada penyakit-penyakit yang berpunca daripada penggunaan tembakau," katanya.
Ismail berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen Anti Merokok, di sini petang semalam.
Program anjuran UTeM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia itu dianjurkan dalam usaha menjadikan kawasan kampus sebagai kawasan larangan merokok.
Kempen itu juga bertujuan membentuk peribadi warga UTeM yang bebas daripada ketagihan merokok selain mengekalkan kebersihan kawasan kampus daripada sampah yang berpunca daripada tabiat merokok.
Ismail memberitahu, daripada 1.2 bilion perokok di seluruh dunia, separuh daripada mereka diramal akan mati sebelum waktu sepatutnya kerana mengidap penyakit berpunca daripada tabiat merokok.
''Separuh daripada perokok dalam jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang akan menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, strok dan penyakit paru-paru obstruktif kronik.
''Justeru, diharapkan kempen ini dapat melahirkan warga UTeM yang lebih sihat selain menjadikan kawasan kampus bebas pencemaran udara" katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan