KUALA LUMPUR, 20 Jan, - Penemuan tulisan "media" bersama lukisan bersimbol lucah di satu kawasan berpasir telah mengejutkan sekumpulan petugas media yang mengikuti misi pencarian Sharlinie Mohd Nashar, 5, di sebuah gunung di kawasan rekreasi Ulu Yam dekat sini.Pencarian itu merupakan operasi biasa yang dilakukan sejak kehilangan kanak-kanak itu ketika sedang bermain di Taman Kanak-kanak Taman Medan, di Petaling Jaya pada kira-kira 11.30 pagi, 9 Jan lalu.
Operasi berkenaan dilakukan di kawasan kira-kira empat kilometer dari jalan besar menuju ke kawasan hutan Ulu Yam selama kira-kira tiga jam malam tadi.
Bernama difahamkan kawasan pencarian tersebut merupakan tempat pihak tertentu yang mengamalkan ilmu hitam menjalankan aktiviti untuk mendapatkan kekayaan dengan cara mudah selain pernah dikaitkan sebagai tempat Nurin Jazlin Jazimin, seorang mangsa kanak-kanak disembunyikan semasa kehilangannya tahun lepas.
Bagaimanapun pencarian tersebut gagal menemui sebarang petunjuk mengatakan Sharlinie pernah dibawa ke kawasan berkenaan. - Bernama
.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan