Khamis, 17 Januari 2008

Singapura Bangunkan Warga Lebih Seimbang

SINGAPURA, 16 Jan, - Singapura telahpun memperhalusi sistem pendidikannya bagi memberikan pelajar kebebasan untuk membangunkan bakat dan aspirasi yang pelbagai serta menjadi seorang pemikir yang bebas.Menteri Negara (Pendidikan) Singapura Lui Tuck Yew berkata sistem pendidikan negara pulau itu kini bergerak daripada sistem berstruktur tinggi kepada sebuah sistem yang lebih pelbagai dan fleksibel, satu sistem yang mengiktiraf kekuatan pelajar melampaui pencapaian akademik.Bercakap pada majlis anjuran Institut Pendidikan Nasional di Universiti Teknologi Nanyang di sini, beliau berkata Singapura perlu membangunkan generasi mudanya untuk menjadi pemikir yang bebas, dilengkapi kecenderungan untuk menyoal dan berfikir sendiri.Beliau berkata mereka perlu seimbang dalam pandangan dan keupayaan, mempunyai nilai baik serta lasak dalam cara mereka menghampiri cabaran serta halangan.Menteri itu berkata kerajaan komited dalam memberi kebebasan daripada segi masa dan ruang untuk sekolah serta guru membangunkan pendekatan pengajaran yang lebih menarik bagi membantu pelajar supaya belajar dengan lebih baik serta mewujudkan keupayaan berfikir secara kritikal.Beliau berkata sekolah kini membangunkan kecemerlangan mengikut kesesuaian mereka sendiri serta memperkenalkan subjek baru dan elektif ke dalam kurikulum.Mereka turut memulakan cara yang inovatif bagi menyediakan pendidikan holistik yang melampaui keputusan akademi dengan memberikan penekanan terhadap pembinaan keperibadian, kemahiran sosial dan keusahawanan, kata Lui. - (bernama).
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan