Jumaat, 18 Januari 2008

Pertandingan cipta enjin carian

SINGAPURASingapura semalam melancarkan satu pertandingan mencipta enjin carian baru di internet di peringkat global.Pertandingan selama lapan bulan itu dianjurkan oleh Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan dan menyasarkan golongan jurutera dan penyelidik perisian utama.Menurut kenyataan agensi itu, hadiah yang yang ditawarkan adalah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM327,000).Setiap peserta perlu mencipta enjin carian yang boleh mengenal pasti sesuatu bahan bukan hanya menerusi perkataan dalam laman web, tetapi juga dalam bentuk muzik dan fail video.Pertandingan ini bertujuan mencipta enjin carian yang boleh merangkumi semua platform multimedia terutamanya Web 2.0 dan laman web pengguna seperti Facebook dan YouTube.Lima panel antarabangsa akan mengadili pertandingan ini.Tarikh tutup permohonan adalah 29 Februari. – AFP.
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan