PETALING JAYA 11 Jan. – Misi mencari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang dipercayai diculik Rabu lalu menemui petunjuk baru apabila dua penduduk Taman Medan di sini mendakwa ternampak lelaki disyaki di lokasi kehilangannya pada masa kejadian.Kedua-duanya yang merupakan penduduk taman itu membuat laporan polis di Pondok Polis Taman Medan. Masing-masing mendakwa muka lelaki itu banyak menyamai lakaran wajah suspek yang diedarkan oleh polis.
Mereka membuat laporan polis semalam sejurus membaca dan melihat lakaran wajah suspek yang disiarkan akhbar-akhbar tempatan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan daripada kedua-dua saksi itu.
“Polis sedang siasat maklumat daripada kedua-dua saksi itu, kami juga harap lebih ramai saksi akan tampil memberi keterangan,” ujarnya. - Utusan
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan