
DUA lelaki meredah banjir di Mekah semalam.
ABU DHABI – Salji telah meliputi bahagian utara Arab Saudi dengan sejumlah sekolah, masjid dan badan pentadbiran ditutup, menurut laporan media tempatan semalam.
Negara yang terkenal kaya dengan minyak mengalami suhu bawah sifar dan ribut salji dengan angin sejuk beku bertiup sehingga 50 kilometer sejam.
Sementara itu, di sesetengah kawasan terdapat gangguan bekalan air berikutan beberapa paip pecah manakala banyak ternakan mati kesejukan.
Menurut Saudi Gazette, musim sejuk yang dilaporkan bermula Disember lalu dijangka memakan masa selama 89 hari, dengan suhu mencecah di bawah sifar.
Media itu turut menyatakan bahawa musim sejuk kali ini merupakan yang paling teruk pernah dialami sejak 20 tahun lalu.
Kanak-kanak dan remaja juga dilaporkan gembira kerana mereka boleh bermain salji dan membina orang salji.
Bagaimanapun, di Mekah, beberapa batang jalan raya ditenggelami air berikutan hujan lebat.
Beberapa orang juga membantu menolak kereta yang terperangkap akibat banjir itu.
Hujan lebat turun di beberapa bahagian Arab Saudi sejak Khamis lalu. – Agensi
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan