2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kualiti automotif di Malaysia

Pemilik kenderaan baru Malaysia didapati paling kerap mengalami masalah dengan bahagian luar dan enjin/transmisi kenderaan, menurut kajian oleh J.D. Power Asia Pasifik 2007 Malaysia Initial Quality StudySM (IQS) yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tinjauan tersebut, yang menjadi penanda aras industri bagi kualiti kenderaan baru dinilai antara tempoh pemilikan dua hingga enam bulan, telah dirangka semula sepenuhnya pada 2007.

Kini ia mengukur lebih daripada 200 gejala masalah yang meliputi lapan komponen jentera: bahagian luar kenderaan, pengalaman memandu; ciri/kawalan/paparan; audio/hiburan/pengemudian; tempat duduk; HVAC; ruang dalam kenderaan; dan enjin/transmisi.

Semua masalah diringkaskan sebagai bilangan masalah yang dilaporkan bagi setiap 100 kenderaan (PP100), di mana markah lebih rendah menunjukkan bilangan masalah lebih rendah dan kualiti lebih tinggi.

Kajian ini mendapati bahawa kualiti awal kenderaan Malaysia berada pada purata 146 PP100. Isu mengenai bahagian luar kenderaan dan enjin/transmisi merangkumi kira-kira 40 peratus daripada jumlah masalah yang dilaporkan.

Antara masalah luaran kenderaan, pelanggan menyatakan bunyi angin terlalu kuat sebagai paling kerap dialami, manakala penggunaan minyak berlebihan ialah masalah yang paling kerap dialami dalam kategori enjin/transmisi.

Tinjauan IQS yang dirangka semula ini terus memaparkan peranan penting yang dimainkan oleh kualiti kenderaan terhadap kesanggupan pelanggan mengesyorkan jenama,” kata Endina Widartama, Pengurus J.D. Power Asia Pasifik, Singapura.

Di kalangan pelanggan yang berkata mereka tidak mengalami sebarang masalah dengan kenderaan baru mereka, 40 peratus berkata mereka pasti akan mengesyorkan model yang dibeli mereka kepada rakan dan ahli keluarga.

Tetapi apabila pelanggan mula mengalami masalah, jumlah ini jatuh kepada 29 peratus. Kebelakangan ini, jualan kenderaan baru telah menunjukkan tanda kemerosotan. Justeru, pengeluar kenderaan perlu terus memperbaiki kualiti produk untuk memanfaatkan pandangan positif pelanggan yang disebarkan dari mulut ke mulut.

Sorotan Penarafan IQS 2007

Buat tahun kedua berturut-turut, model Perodua mendahului segmen kereta kompak. Perodua Myvi mendapat penarafan tertinggi dalam segmen ini dengan 142 PP100, diikuti oleh Perodua Kelisa dan Proton Savvy, yang berkongsi tempat kedua (161 PP100).

Model Honda merangkul dua daripada lima anugerah segmen - lebih tinggi daripada mana-mana syarikat pengeluar automotif dalam kajian ini.

Honda City mendapat menduduki tempat teratas dalam segmen saiz sederhana permulaan dengan markah 84 PP100. Buat tahun kedua berturut-turut, Honda Civic mendahului segmen kereta saiz sederhana dengan melaporkan 112 PP100.

Dalam segmen MPV/ Van, Toyota Innova mendahului dengan 102 PP100, diikuti oleh Naza Citra (153 PP100) dan Toyota Avanza (155 PP100).

Dalam segmen pikap, Ford Ranger mendapat penarafan tertinggi dengan markah 98 PP100. Menyusuli Ford Ranger dalam segmen ini ialah Toyota Hilux (101 PP100) dan Nissan Frontier (180 PP100).

IQS dibuat berasaskan penilaian oleh kira-kira 2,800 pemilik yang telah membeli kenderaan baru mereka antara Oktober 2006 dan Jun 2007. Kenderaan yang dinilai termasuk 52 model kereta penumpang, pikap dan kenderaan serba guna meliputi 14 jenama berbeza. Kajian lapangan untuk tinjauan ini dijalankan antara April hingga Ogos 2007.

Tinjauan IQS ialah satu di antara tiga kajian berasaskan pengguna yang dilakukan oleh J.D. Power Asia Pacific di Malaysia. Tinjauan 2007 Malaysia Customer Satisfaction Index (CSI), yang menilai kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan lepas jualan pengedar sah, telah dikeluarkan pada Julai 2007.

Tinjauan 2007 Malaysia Sales Satisfaction Index Study, yang menilai kepuasan pelanggan terhadap proses jualan kenderaan baru, telah didedahkan pada Oktober 2007.
.


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, Januari 04, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog