Khamis, 31 Januari 2008

Khidmat Internet Mesir, India terjejas teruk

KAHERAH 30 Jan. – Beberapa negara mengalami gangguan perkhidmatan Internet hari ini apabila kabel dasar laut Lautan Mediterranean mengalami kerosakan.

Menurut kenyataan Kementerian Telekomunikasi Mesir, punca masalah tidak dapat dipastikan tetapi ia biasanya akan kembali pulih dalam tempoh beberapa hari.

Kira-kira 70 peratus rangkaian Internet terganggu di seluruh negara,” kata kementerian itu dalam kenyataannya.

Impak gangguan terhadap perkhidmatan kewangan masih belum ditafsirkan sementara urus niaga saham masih diteruskan.

Sementara itu di India, sekitar 60 peratus rangkaian Internet terjejas akibat masalah yang sama.

Terdapat gangguan 50 hingga 60 peratus jalur lebar,” kata Presiden Persatuan Perkhidmatan Internet India, Rajesh Chharia.

Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Arab Saudi turut mengalami masalah serupa dengan akses kepada Internet yang perlahan. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan