2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Warna gigi tentukan senyuman menarik

LONDON: Senyuman menawan tidak hanya bergantung kepada tahap keputihan gigi tetapi juga beberapa beberapa faktor lain, kata saintis.

Dr Nicholas Davis daripada Fakulti Pergigian Universiti Loma Linda di California Selatan berkata, saiz dan kelebaran tepat setiap gigi, ukuran, warna dan bentuk, serta lebar keseluruhan kawasan mulut juga menjadi penyumbang mendapatkan senyuman menarik.

Dia berasa tahap keputihan gigi perlu berpadanan dengan warna putih mata, jika tidak senyuman terlalu menyerlah.

Salah satu perkara pertama mengenai senyuman yang orang kesan ialah warnanya. Orang ramai berusaha keras memutihkan gigi dan melakukannya melampaui apa yang sepatutnya semula jadi.

Gigi sepatutnya sama warna dengan putih mata. Jika gigi terlalu putih, ia menjadi terlalu menyerlah berbanding mata,” akhbar Daily Mail memetik Dr Davis sebagai berkata.

Menggambarkan formulanya untuk senyuman sempurna dalam jurnal Dental Clinics of North America, Dr Davis, berkata idea senyuman lebar tidak sepatutnya kurang daripada separuh kelebaran muka, dan kedua-dua bibir atas dan bawah perlu simetrik dengan pertengahan garis muka.

Katanya, baris depan gigi atas perlu lebih menyerlah, manakala barisan depan gigi bawah tidak perlu demikian.

Dr Davis juga berkata, semua gigi perlu selari dan tidak sepatutnya menunjukkan tanda-tanda ia diperbetulkan. Laporan seterusnya mencadangkan saiz gigi perlu menurun dari depan ke belakang.

Gusi tidak perlu ditonjolkan keterlaluan untuk mengelakkan senyuman tidak menarik.

Dr Oliver Harman, pakar pergigian beribu pejabat di London, yang pelanggannya termasuk pelakon Catherine Zeta-Jones, mencadangkan ‘rawatan bulanan’ kerap untuk membuang kotoran. Katanya, pembedahan kosmetik mahal tidak perlu untuk mendapatkan kesempurnaan senyuman. - Agensi


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Khamis, November 29, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog