Isnin, 12 November 2007

Lelaki sebar virus komputer

LOS ANGELES: Seorang lelaki Los Angeles mengaku bersalah menyebarkan virus kepada 250,000 komputer selain mencuri identiti beribu-ribu orang dengan merakam komunikasi dan menceroboh akaun bank mangsa.

John Schiefer, 26, bersetuju mengaku bersalah di atas empat tuduhan melakukan penipuan dan merakam komunikasi dan boleh didenda sehingga AS$1.75 juta (RM5.95 juta) dan penjara sehingga 60 tahun.

Pihak pendakwa Los Angeles berkata Schiefer dan sekumpulan penjenayah lain, bertindak menyebarkan kod komputer tertentu yang bertindak menceroboh komputer selain memintas mesej ke laman web www.paypal.com dan laman web lain.

Dia mencuri maklumat seperti nama dan kata laluan yang digunakan bagi menceroboh akaun bank.

Mereka berkata, Schiefer bertugas sebagai pakar runding keselamatan maklumat pada waktu siang, tetapi turut dikenali pakar penggodam 'Botmaster'. - AP



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan