Pengerusi Women's Health and Asian Traditional Medicine (WHAT) Datuk Dr Rajen M berkata herba hasil kajian Institut Perubatan Integratif India itu kini dalam percubaan klinikal yang ketiga di Amerika Syarikat.
"Herba ini tidak akan mengurangkan daya ketahanan badan seseorang dalam jangka masa yang panjang, malah ia juga bertindak sebagai pemulih kepada penyakit dengan cepat," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan persidangan WHAT di sini hari ini oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Beliau berkata herba tradisional India itu boleh diambil seiring dengan aktiviti terapi moden dan ia dikeluarkan dalam bentuk serbuk serta kapsul.
Dr Rajen berkata ubat-ubatan tradisional telah dianggap sebagai salah satu perubatan alternatif di samping perubatan moden dan kajian terperinci dilakukan mengikut piawaian agar masyarakat tidak meragui kehebatan herba.
"Ubatan herba kini kembali mendapat tempat memandangkan kos perubatan moden untuk merawat penyakit kronik begitu mahal," katanya. - Bernama
> Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan