Jumaat, 23 November 2007

Bayi 6 bulan mampu kenal baik, jahat

LONDON: Bayi seawal usia enam bulan mampu mengenal pasti antara orang baik dan jahat, kata satu kajian di mana bayi terbabit menunjukkan karektor membantu dan sebaliknya.

Saintis menganggarkan bahawa penilaian sosial adalah membabitkan bahasa di kalangan bayi berusia 18 bulan hingga dua tahun. Bagaimanapun keputusan itu mencadangkan bahawa keupayaan untuk membuat penilaian moral adalah asas semula jadi dan bukan sekadar belajar daripada ibu bapa.

Di sini kami ada satu komponen mengenai apa yang diperlukan dalam sistem penilaian moral canggih,” kata Profesor Karen Wynn, ahli psikologi di Universiti Yale, Connecticut yang turut bersama pasukan yang menjalankan kajian terbabit.

Pasukan itu mengkaji reaksi bayi berusia enam dan 10 bulan terhadap senario membabitkan seorang pendaki yang cuba mendaki sebuah bukit.

Reaksi dengan mata bulat adalah membantu manakala yang dihalang membabitkan dua bentuk tompokan. Bentuk segi tiga membantu pendaki untuk menolak manakala bentuk segi empat menghalang pendakian pendaki.

Bayi terbabit ditawarkan pilihan memegang segi tiga atau segi empat. Sebanyak 14 daripada 16 bayi berusia 10 bulan dan semua 12 daripada bayi berusia enam bulan memilih segi tiga. Kajian dilaporkan dalam jurnal Nature. Wynn berkata bahawa sifat semula jadi terhadap siapa yang terbabit dalam peraturan sosial dan sebaliknya adalah satu peluang evolusi dan penting bagi perkembangan sosial manusia.

Tetapi lebih memeranjatkan bahawa bayi semuda itu mampu membuat penilaian berkenaan. - Agensi


Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan