
Persijilan bising luaran adalah sebahagian dari proses bagi pengeluaran sijil bersama EASA dan FAA bagi A380 yang menggunakan enjin GP7200, yang dijadual dilancarkan dalam Disember 2007.
Paras bising yang disahkan ke atas enjin GP7200 pada A380 bersamaan dengan enjin Rolls Royce Trent 900 yang digunakan pada A380, kata satu kenyataan Airbus di sini hari ini.
Pesawat itu dapat mematuhi dengan mudah standard bising paling ketat yang ada pada hari ini, kata Naib Presiden Eksekutif Program A380 Airbus Mario Heinen, sambil menyatakan keputusan cemerlang itu adalah satu mercu tanda akhir sebelum pengeluaran sijil dalam Disember.
"Pesawat itu secara tekal mematuhi dan kebiasaannya melepasi sasaran reka bentuknya," katanya. - Bernama
Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan