SINGAPURA, 27 Okt, - Mulai 1 Nov ini, pengembara yang membawa keluar atau masuk wang melebihi S$30,000 atau nilai yang sama dengannya dari negara ini, diwajibkan mengisytiharkan jumlahnya kepada pihak berkuasa.
Polis berkata langkah ini bertujuan mengesan dan memantau pergerakan mata wang atau pembawa instrumen boleh runding (CBNI) oleh penghantar wang bagi tujuan membiayai kegiatan keganasan atau pengubahan wang haram.
"Ia bukan langkah kawalan mata wang. Tiada had dikenakan bagi jenis atau jumlah CBNI yang boleh dibawa masuk atau keluar dari Singapura," kata polis dalam kenyataan hari ini.
Kegagalan seseorang memberi laporan penuh dan tepat merupakan kesalahan mengikut Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Perampasan Faedah) republik ini yang telah dipinda dan mereka yang disabitkan kesalahan, boleh didenda hingga S$50,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Borang perisytiharan boleh didapati di semua pintu pemeriksaan, pejabat polis, Pusat Pelawat Singapura dan cawangan Pos Singapura, kata polis.
Peraturan itu juga terpakai bagi mereka yang menghantar dan menerima wang melalui kargo, pos atau cara lain. Bagaimanapun, ia hanya membabitkan pergerakan CBNI secara fizikal dan tidak melibatkan urusniaga secara elektronik. - Bernama
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Oktober 29, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Pengembara Perlu Isytihar Pemindahan Wang Lebih S$30,000 Di Singapura silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "