Ada sepasang suami isteri yang dah lama kawin..Si laki ni ada satu tabiat buruk iaitu setiap kali bangun tidur mesti dia kentut, kentut puaka gitu sebab bunyi dia menggegarkan bilik tidur dan baunya ya rabbi tak leh nak cerita nanti pembaca muntah pulak
Si bini ni memang sokmo komplen pasal kentut tue dan banyak kali termuntah sebab
tak tahan…tapi si laki dengan muka penuh selamba menjelaskan, kentut tu perkara semulajadi yang baik untuk kesihatan…. Satu hari si bini yang dah lama tak tahan perangai si laki berkata, "satu hari nanti awak kentut bukan sahaja angin yang keluar… semua isi perut awak pun akan keluar sama, masa tu baru padan muka awak…", si laki cuma sengih jer.
Hari raya korban pun tiba…keluarga tersebut banyak dapat daging dan dalam banyak2 bungkusan tue ada perut lembu, hati, paru-paru… maka timbullah idea si bini nak pekena laki dia…Masa laki dia tengah seronok tido dia telah longgokan perut lembu yang berjela2 betul2 kat bontot laki dia, lepas tu dia pun ke dapur untuk menunggu aksi seterusnya….
Dipendekkan citer…maka laki dia dia pun bangun dan macam rutine biasa dia melepaskan das das kentutnya yang maha dahsyat bunyinya dan maha busuk baunya… si bini tunggu dengan penuh khusyuk. Dari dalam bilik tido terdengar suara laki dia terjerit sakan,…hysteria gitu… sibini tertonggeng tonggeng dan guling2 ketawa. 20 minit pastu silaki pun kedapur untuk sarapan.. sibini pun buat donno dan control macho....
"masin betullah mulut awak… habis tali perut saya terkeluar macam yang awak cakap hari tue". Kata laki dia bersungguh-sungguh. "Habis tue abang buat macam mana?" tanya sibini sambil control suara dan perut yang nak pecah sebab nak ketawa.
"nasib baik abang tak panic… abang terus ke bilik air, dan sekarang dah settle..."
"abang buat macam mana?" Tanya sibini agak suspend.
"Dengan menggunakan jari sahaja abang berjaya memasukkan balik semua isi perut abang tadi…tak payah susah2 pegi hospital untuk operation"…Si bini terdiam kaku…
Nampaknya Puan Begitu sabar
Seorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..
Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata
"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."
Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..
"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"
Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..
"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesai.."
Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian....
"Sungguh Luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.
Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily"
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Oktober 29, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lawak Power silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "