/

Lapor Jika Bank Guna CTOS Tanpa Kebenaran Pelanggan, Kata Kayveas

SEREMBAN, 6 Okt (Bernama) - Orang ramai diminta supaya tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati pihak bank menggunakan perkhidmatan Credit Tip Off Service Sdn Bhd (CTOS) untuk mendapatkan maklumat kredit mereka, tanpa terlebih dahulu meminta kebenaran.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas berkata kerajaan tidak akan berkompromi dalam membawa bank perdagangan terbabit ke muka pengadilan sekiranya mereka didapati berbuat demikian.

Beliau yang juga Presiden Parti PPP berkata tindakan bank-bank berkenaan secara jelas membelakangkan kepentingan pelanggan.

Kayveas berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian Konvensyen PPP Negeri Sembilan di sini hari ini, semasa mengulas tindakan sesetengah bank yang masih menggunakan CTOS untuk memeriksa latar belakang pelanggan mereka tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kabinet pada Julai lepas mengarahkan semua agensi kerajaan dan kementerian yang mengeluarkan pinjaman supaya tidak lagi menggunakan CTOS sebagai rujukan bagi mendapatkan maklumat kredit berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun 22 bank komersial yang menjadi anggota Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) masih berkeras untuk terus menggunakan khidmat agensi rujukan kredit CTOS itu.

Namun Pengerusi ABM, Datuk Seri Abdul Hamidy Hafiz dalam satu kenyataan kemudiannya berkata bank-bank terbabit diminta mendapatkan persetujuan daripada pelanggan terlebih dahulu sebelum merujuk kepada CTOS atau mana-mana agensi rujukan kredit.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Isnin, Oktober 08, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog