ROME: Kitab suci al-Quran dan Islam menjadi sasaran penghinaan terbaru apabila pihak tidak bertanggungjawab menjual pelapik mangkuk tandas yang memaparkan ayat suci al-Quran.
Bagaimanapun, hasil tindakan pantas penduduk Muslim yang segera melaporkan perbuatan berkenaan kepada pihak berkuasa, anggota Kabinet dan ahli politik yang dapat menyekat penjualan bahan berkenaan di beberapa kedai.
Syarikat yang berpejabat di Lazio, Itali, Orizzonte Company awal bulan ini melancarkan koleksi terbaru produk bilik mandi terbarunya termasuk pelapik mangkuk tandas yang memaparkan sebahagian ayat suci al-Quran itu.
Ayat berkenaan pula diselitkan dengan hiasan bunga dan perkataan Latin.
Penjualan produk itu di beberapa kedai, disedari penduduk Muslim yang membuat laporan polis secara beramai-ramai.
Berikutan itu, pihak polis menyerbu 4 cawangan Orizzonte di bandar Latina, 60 kilometer ke selatan Rome dan merampas 2,000 unit pelapik berkenaan yang sudah dijual kepada orang ramai.
Kontroversi itu turut memaksa Menteri Dalam Negeri, Giuliano Amato bertemu dengan pemimpin Muslim Itali di Masjid Besar Rome, kelmarin bagi menyampaikan jaminan kerajaan tidak bertolak ansur dengan penghinaan sedemikian.
"Ini satu penghinaan terhadap Islam," kata imam bandar Lazio, Sheikh Yusuf kepada Amato, yang dilaporkan sebuah perkhidmatan berita Arab, semalam.
Amato segera menenangkan Yusuf dan berkata: "Saya mahu memaklumkan semua sahabat kami di sini yang kami sudah pun dimaklumkan mengenai penghinaan ini dan mengambil tindakan sewajarnya kerana ia sememangnya satu perbuatan yang tidak boleh diterima."
Itali mempunyai penduduk Muslim seramai 1.2 juta orang, termasuk 20,000 saudara baru.
"Mujurlah kami bertindak pantas menghalang penghinaan dan cubaan mencabar Islam dan Muslim dengan mempersendakan kitab suci al-Quran.
"Kami sebaliknya menyerahkan tanggungjawab menyelesaikan isu ini ke tangan ahli politik dan pegawai keselamatan dengan menuntut mereka segera merampas barangan itu bagi mengelak tercetusnya kemarahan umat Islam. "Sehubungan itu, kami mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Itali yang bertindak secara positif terhadap aduan berhubung penghinaan ini," kata Samir Al-Khalidi, Pengerusi Pusat Islam Al-Huda.
Ditanya bagaimana kejadian itu terbongkar, Al-Khalidi berkata, seorang penduduk Muslim ternampak produk berkenaan ketika keluar membeli-belah di Latina, Rabu lalu.
Mereka kemudian bertemu pemilik syarikat berkenaan yang memberi alasan dia tidak tahu maksud ayat suci al-Quran yang terpampang pada pelapik mangkuk tandas berkenaan.
"Ini bukan lagi soal hasil seni dan kecantikan tersendiri seperti didakwa syarikat itu, tetapi satu jenayah kerana menghina Islam," tegas Al-Khalidi.
Kejadian itu hanya menambah kemarahan umat Islam Itali yang sudah pun terguris dengan kenyataan seorang Senator, Roberto Calderoli, bulan lalu apabila mencadangkan demonstrasi 'Hari Babi' sebagai membantah pembinaan sebuah masjid di utara negara itu.
Tahun lalu, Calderoli yang sememangnya dikenali kerana sikap kerasnya terhadap Islam, hilang jawatan Kabinetnya dalam kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Silvio Berlusconi kerana memakai kemeja-T memaparkan lakaran karikatur Denmark yang menghina Nabi Muhammad. - Agensi
: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
Isnin, Oktober 29, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ayat al-Quran ditulis pada pelapik tandas silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "