/

CARA MENGELAK DARIPADA MENJADI MANGSA JENAYAH GANAS

Berikut adalah beberapa perkara terpenting:

1. Tiga sebab mengapa wanita merupakan sasaran mudah bagi tindakan ganas secara rawak adalah:

a) Kurang Kesedaran – Anda MESTI tahu di mana anda berada dan apa yang sedang berlaku di sekeliling anda.
b) Bahasa Gerak-geri – Tegakkan kepala anda, ayunkan tangan anda, berdiri tegak.
c) Tempat Yang Salah, Waktu Yang Salah – JANGAN berjalan seorang diri di lorong, atau memandu di kawasan yang tidak selamat pada waktu malam.

2. Wanita sering memasuki kereta mereka setelah membeli-belah, makan, bekerja, dan sebagainya, dan kemudian duduk sahaja di situ (sambil menyemak buku cek atau membuat senarai, dan sebagainya). JANGAN LAKUKAN INI! Pemangsa akan memerhatikan anda, dan ini merupakan peluang terbaik bagi dia untuk memasuki tempat duduk penumpang, mengacukan pistol ke kepala anda dan mengarah ke mana anda harus pergi.

SEBAIK SAHAJA ANDA MEMASUKI KERETA ANDA, KUNCI PINTU DAN BEREDAR.

Beberapa peringatan berkenaan cara memasuki kereta di medan letak kereta atau tempat menyimpan kereta:

a) Berjaga-jaga: Perhati di sekeliling anda, lihat di dalam kereta anda, pada lantai di tempat duduk penumpang, dan di tempat duduk belakang.
b) Jika anda meletakkan kereta bersebelahan sebuah van besar, masuk kereta anda melalui pintu penumpang. Kebanyakan pembunuh bersiri menyerang dengan menarik mangsa mereka ke dalam van sewaktu wanita tersebut sedang cuba memasuki kereta mereka.
c) Perhatikan kereta yang terletak bersebelahan kenderaan anda di sebelah tempat duduk pemandu, dan sebelah tempat duduk penumpang. Jika ada lelaki sedang duduk berseorangan di tempat duduk yang terdekat dengan kereta anda, mungkin wajar untuk anda berpatah-balik ke dalam pusat membeli-belah, atau tempat kerja, dan dapatkan seorang pengawal atau pegawai polis untuk menemani anda keluar. BIAR LAMBAT, ASALKAN SELAMAT. (Lebih baik paranoid daripada mati.)

3. Sentiasa gunakan lif dan bukan tangga. (Ruang tangga adalah tempat yang menakutkan apabila bersendirian dan merupakan tempat yang terbaik untuk melakukan jenayah).

a) Jangan memasuki lif jika ada orang pelik di dalamnya. (Sudah tentu lelaki jahat tidak selalunya nampak jahat).
b) Jangan berdiri jauh di penjuru lif, beradalah hampir dengan hadapannya, berdekatan pintu, sambil bersiap-sedia untuk keluar atau masuk.
c) Jika anda menaiki lif di tingkat 25, dan si Penjahat masuk di tingkat 22, keluarlah semasa dia masuk.

4. Jika pemangsa mempunyai pistol dan anda bukan di bawah kawalannya, LARI!

a) Hanya 4 daripada 10 tembakan polis terkena sasaran apabila mereka berada pada jarak 3 – 9 kaki. Ini disebabkan tekanan.
b) Pemangsa hanya akan terkena anda (suatu sasaran bergerak) 4 dalam 100 kali. Dan walaupun terkena, besar kemungkinan TIDAK AKAN terkena organ penting. LARI.

5. Sebagai wanita, kita sentiasa cuba bersimpati: HENTIKAN! Ini mungkin boleh menyebabkan anda diperkosa atau dibunuh.

a) Ted Bundy, seorang pembunuh bersiri, adalah lelaki yang tampan dan berpelajaran tinggi, yang SENTIASA mempermainkan simpati wanita-wanita yang tidak menaruh syak wasangka. Dia berjalan menggunakan tongkat, atau menempang, dan selalu meminta "bantuan" untuk memasuki kenderaannya ataupun dengan kenderaannya, dan pada ketika itulah dia menculik mangsa seterusnya.

b) Pat Malone menceritakan kepada kami kisah anak perempuannya, yang keluar daripada pusat membeli-belah dan sedang berjalan menuju keretanya apabila dia ternampak 2 wanita yang lebih tua di hadapannya. Kemudian, dia ternampak sebuah kereta polis mara ke arahnya dan pegawai-pegawai polis di dalamnya mengucapkan salam. Dia juga perasan yang kesemua 8 petak meletak kereta bagi orang cacat yang terdapat di kawasan itu kosong. Sedang dia menghampiri keretanya, dia ternampak seorang lelaki di beberapa barisan di hadapan memanggilnya untuk meminta pertolongan. Lelaki itu memintanya menutup pintu keretanya di sebelah penumpang. Dia sedang duduk di tempat duduk pemandu dan berkata yang dia cacat. Dia terus memanggil, sehingga wanita itu berpatah-balik menuju semula ke pusat membeli-belah, kemudian dia mula memaki wanita itu. Sementara itu, wanita itu berasa hairan mengapa lelaki itu tidak meminta pertolongan daripada 2 wanita yang lebih tua tadi, atau pegawai polis yang berada di situ, dan mengapa dia tidak meletakkan keretanya di salah sebuah petak kosong yang dikhaskan untuk orang cacat itu. Sedang dia memasuki pusat membeli-belah itu, dua orang kawan lelakinya sedang menuju keluar. Sambil dia menceritakan kejadian tersebut kepada mereka, dan berpusing untuk menunjuk mereka kereta berkenaan, lelaki itu keluar daripada tempat duduk belakang untuk ke hadapan, dan kereta tersebut memecut pergi. JANGAN TERKENA PERANGKAP INI.

6. Nasihat untuk menyelamatkan nyawa anda, jika anda terperangkap di dalam keadaan ganas.

a) BERTINDAK DENGAN SEGERA – Jika dia menculik anda di medan letak kereta, dan sedang membawa anda ke tempat yang sunyi, JANGAN BIARKAN DIA MEMBAWA ANDA KE TEMPAT ITU. Jika anda yang memandu, bertindak segera dalam situasi itu, dan rempuhkan kereta anda semasa masih bergerak pada kelajuan 5 bsj. Jika dia yang memandu, tunggu sehingga waktu yang terbaik, kemudian cucuk matanya dengan jari anda. Dia terpaksa memerhatikan jalan, jadi pilihlah waktu yang tidak disyaki, dan cungkil matanya. Inilah satu-satunya pertahanan anda. Sedang dia dalam keadaan terkejut, KELUAR. (Ini mungkin berbunyi tidak munasabah, tetapi apa yang berlaku sebaliknya adalah akibat kesilapan anda jika anda tidak bertindak).

b) MENENTANG – Jangan mengikutinya. Lari, jika anda terdaya: JANGAN SEKALI-KALI BERPUTUS ASA! Anda TIDAK ingin pergi ke tempat kejadian jenayah.

7. Sentiasa jarakkan diri anda apabila berjalan melintasi orang yang tidak dikenali di jalan atau di tempat yang gelap.

8. Dapatkan telefon bimbit.

a) Terdapat pakej yang membenarkan anda memprogramkan hanya nombor 911 ke dalam program dail keluar. (Ini merupakan alternatif untuk ibu bapa yang merasakan adalah terlalu mahal untuk anak mereka memiliki telefon bimbit).

9. Kerosakan: Berikhtiar sedaya upaya bagi mengelakkan ini dengan SENTIASA memastikan kereta anda dalam keadaan yang baik.

a) Jika kereta anda rosak: KUNCI PINTU ANDA. Anda sepatutnya mempunyai telefon bimbit untuk mendapatkan pertolongan.
b) Jika anda tidak mempunyai telefon bimbit: simpanlah selimut, pakaian panas, sepasang but, dan lampu suluh di dalam kereta anda pada setiap masa, untuk kecemasan.
c) Jika waktunya tengah hari pada hari bekerja, mungkin wajar untuk anda memasang lampu petanda bahaya dan berjalan ke tempat yang selamat.
d) Jika waktunya pukul 2 pagi, pakailah pakaian panas anda, dan berjalanlah menuju ke tempat yang terang. Anda merupakan sasaran terbaik jika anda duduk di dalam kereta anda yang rosak. Pemangsa mencari-cari sasaran mudah seperti anda di lebuh raya.
e) Jika anda berada di jalan yang sunyi: tinggalkan kereta (dengan memakai pakaian panas anda) dan berjalanlah menuju ke pokok-pokok, atau kawasan lain yang JAUH daripada kenderaan anda. Ianya tentulah sejuk dan tidak selesa, namun anda TIDAK ingin duduk di dalam kereta anda, dan tiada penjahat gila sedang menunggu di celah pokok, yang tahu kereta anda akan rosak di tempat dan pada waktu itu.

10. Pertahan fizikal yang boleh kita gunakan terhadap pemangsa ganas:

a) MATA adalah bahagian tubuh yang paling mudah tercedera. Cucuk matanya. Dengan KUAT. Ini mungkin satu-satunya peluang yang terbuka untuk anda.
b) Leher juga mudah tercedera, tetapi anda MESTI tahu tempat untuk mencengkam, DAN MESTI CUKUP KUAT untuk menyekat nafasnya.
c) Tempat terakhir ialah LUTUT. Lutut setiap orang amat mudah tercedera, dan satu tendangan pantas di situ akan menumbangkan sesiapa sahaja.

Peringatan berjaga-jaga tentang perkara ini: Sekiranya anda tidak bertindak dengan betul pada kali pertama, anda dalam bahaya, kerana ini hanya akan menyebabkan penyerang itu marah, dan kemarahannya akan DITUJUKAN KEPADA ANDA. Bukan maksud saya supaya anda tidak mencubanya (ini mungkin satu-satunya harapan anda), tetapi bertindaklah dengan kuat.

11. Jika anda berjalan seorang diri di tempat gelap (sepatutnya tidak) dan anda mendapati seorang lelaki mengekori / mengejar anda:

a) Jeritlah "API!" dan bukannya "Tolong!". Orang ramai tidak mahu terlibat apabila orang menjerit "Tolong!", tetapi "API!" akan menarik perhatian kerana pada lazimnya ramai yang penyibuk.

b) LARI!

c) Carilah suatu perintang, seperti kereta yang terletak, dan lari mengelilinginya, seperti permainan kanak-kanak 'Ring Around the Rosie'. Ini mungkin berbunyi bodoh, tetapi sepanjang tahun-tahun ini, 5 wanita telah memberitahu Pat Malone bahawa ini telah menyelamatkan NYAWA MEREKA.

d) Harapan terakhir anda ialah untuk masuk di bawah kereta. Sebaik sahaja anda berada di bawah, anda boleh berpaut pada berbagai benda, dan dia tidak akan dapat menarik anda keluar dan tidak akan masuk di bawah untuk mendapatkan anda (kemungkinan besar). Selalunya mereka akan mengaku kalah pada ketika ini. Tetapi ANDA MESTI BERLATIH UNTUK MASUK DI BAWAH KERETA. Anda hendaklah bersedia dengan satu rancangan (dia akan mempunyai rancangan); tentukan sama ada anda akan masuk secara berbaring, meniarap, dari sisi atau belakang kereta. Ini mestilah dilatih.

12. Jangan biarkan diri anda atau sesiapa yang anda kenali menjadi "penutup kedai" bagi apa-apa jenis perniagaan (bar minuman, gedung jualan, restoran, stesen minyak). Pat mengenali Danielle, seorang gadis yang baru sahaja mati ditembak pada jarak dekat oleh beberapa orang remaja semasa dia sedang menutup kedai di sebuah stesen minyak tempatan. Pat berbual dengannya pada malam sebelum kematiannya, dan bertanya sama ada dia berasa takut semasa menutup kedai bersendirian. Jawabnya ya, tetapi berkata, "Saya akan selamat, Pat. Saya akan selamat." Dia tidak selamat. Dunia kita tidak seselamat yang kita sangka, dan hidup di dalam dunia fantasi lama-kelamaan AKAN memudaratkan kita.

Pat Malone kerap kali mengatakan bahawa wanita-wanita yang mati SETIAP MINIT akibat jenayah ganas menjangka akan tidur pada malam itu, dan bangun pada keesokan harinya. Tiada siapa dapat menduganya, tetapi kita mestilah bersedia dan berjaga-jaga supaya kita MEMPUNYAI SATU RANCANGAN. BERSEDIA UNTUK BERTINDAK! DAN BERTINDAK DENGAN KUAT! SEDIAKAN RANCANGAN!




: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Sabtu, September 22, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog