/

Akta Pasaran Dan Perkhidmatan Modal 2007 Dikuatkuasakan Bermula Hari ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) - Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) akan dikuatkuasakan mulai esok, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Menurut SC, CMSA itu akan menjadi satu peristiwa penting utama dalam langkah berterusannya untuk mengukuhkan rangka kerja pengawalseliaan pasaran modal, menambahbaik kecekapan pengurusan dan meningkatkan lagi perlindungan pelabur.

"Ia (CMSA) menyediakan tapak bagi kami untuk mencapai hasil utama pengawalseliaan berhubung dengan perlindungan pelabur, integriti pasaran dan kestabilan bersistem," kata pengerusi SC Datuk Zarinah Anwar dalam satu kenyataan.

Zarinah berkata CMSA meningkatkan kuasa SC untuk mengambil tindakan sivil dan tindakan pentadbiran, dan membolehkan ia mendapatkan semula tiga kali ganda daripada jumlah kerugian melalui tindakan sivil bagi pelbagai kesalahan tatalaku pasaran yang lebih meluas termasuk manipulasi pasaran.

Akta baru itu juga menyediakan perlindungan kepada pelabur dengan mengkehendaki wang permohonan pelabur sofistikated dipegang atas amanah dalam amalan penjanaan dana, meningkatkan standard pemegang amanah bagi pemegang debentur dan meluaskan peruntukan perlindungan pelabur kepada pelanggan-pelanggan institusi kewangan, katanya.

Satu langkah penting CMSA yang memberi manfaat kepada pengantara pasaran modal ialah memperkenalkan satu rejim pelesenan tunggal, kata Zarinah.

"Di bawah langkah ini, pengantara hanya memegang Lesen Pasaran Modal dan Perkhidmatan, berbanding pelbagai lesen berasingan sebagaimana sebelumnya, yang mengurangkan kos pentadbiran dan tadbir urus dengan berkesan dan apa yang paling penting menjimatkan masa," katanya.

Sebuah buku panduan pelesenan yang memberikan penjelasan mengenai pelaksanaan rejim pelesenan tunggal turut dikeluarkan.

Menurut SC, CMSA meningkatkan kecekapan proses penjanaan dana yang mana kelulusan SC tidak lagi diperlukan terhadap cadangan korporat seperti pecahan saham atau gabungan saham dan kelayakan yang berhubungan dengan waran, opsyen atau hak.

"Undang-undang tersebut memberikan lebih lagi dorongan terhadap kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab kewangan Islam global yang berdaya saing dengan menyediakan peruntukan statutori yang jelas bagi mengiktiraf produk-produk Islam," kata SC.

"Yang jelas, di bawah CMSA, bank-bank Islam yang melaksanakan keseluruhan aktiviti pasaran modal bagi semua produk dan perkhidmatan berdasarkan Syariah akan secara automatik diberikan status `orang yang berdaftar'," kata suruhanjaya itu.

Bagi memastikan peralihan yang lancar kepada rangka kerja pengawalseliaan yang baru ini SC telah memperkenalkan "Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007" dan "Garis Panduan mengenai Peraturan Pasaran" yang berkuatkuasa secara serentak dengan CMSA dan pindaan penting kepada Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.



: Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau pandangan mengenai Artikel / 'Poasting' di atas, Kami mengalu-alukan komen anda kepada kami. [ sebarang aduan, cadangan, pendapat, rencana atau sebagainya ]
try , Jumaat, September 28, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog