BITOLA (Macedonia): Gelombang suhu panas melanda tenggara Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa tempat di Asia yang sekali lagi mengundang persoalan mengenai isu pemanasan global atau perubahan cuaca dunia.
- Suhu melampau melanda kali kedua dalam tempoh sebulan menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang maut di Romania, empat lagi di Itali dan berpuluh rumah musnah dalam kebakaran di Macedonia, manakala bekalan elektrik terputus di seluruh Albania.
- Di New York, bahang panas menyebabkan pemilik bangunan tinggi di kota terpaksa melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan penggunaan pendingin hawa bagi menjimatkan bekalan elektrik.
- Kawasan barat Amerika pula menghadapi kebakaran hutan seperti di timur lautnya, bekalan elektrik terputus sejak enam hari lalu kerana api menyebabkan 240 tiang elektrik musnah.
- Sementara itu, Menteri Kesihatan Romania, Eugen Nicolaescu berkata, sekurang-kurangnya 27 orang, termasuk 12 lagi kelmarin meninggal dunia akibat strok panas, manakala beratus-ratus yang lain, kebanyakannya warga tua pengsan di tepi jalan akibat kepanasan.
- Di Macedonia, seorang penduduk meninggal dunia manakala 20 yang lain terpaksa dipindahkan daripada rumah yang terbakar berhampiran Bitola, bandar kedua terbesar di negara itu.
- Beribu-ribu anggota bomba dan penduduk tempatan bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, manakala Presiden Branko Crbvenkovski mengarahkan unit tentera digerakkan untuk memberi bantuan.
- Beribu-ribu hektar hutan dilaporkan turut musnah di Serbia akibat kebakaran.
- Di Albania, seluruh negara itu terpaksa bergelap kelmarin selepas transmisi yang menyambung bekalan elektrik dari Macedonia mengalami kerosakan dan memburukkan keadaan di negara yang sekian lama mengalami masalah bekalan elektrik itu.
- Di Itali, berpuluh kebakaran berlaku, menyebabkan empat orang terbunuh manakala beratus hektar hutan terbakar, lapor satu berita.
- Dua mayat rentung ditemui di dalam sebuah kereta di Puglia, manakala dua lagi maut akibat sesak nafas, lapor agensi berita Ansa.
- Di Kanada, sebahagian Prairie, Alberta, Saskatchewan dan barat laut Ontario mengalami suhu melampau sejak 18 Julai lalu.
- Wilayah Regina adalah yang paling teruk dilanda bahang panas setakat ini dengan suhu mencapai 48 darjah Celsius, manakala permintaan alat pendingin hawa meningkat drastik menyebabkan kedai kehabisan stok.
- Antaranya dengan menggunakan ketulan air batu bagi mengalirkan udara sejuk.
- Penggunaan ketulan air batu membantu mengurangkan pencemaran. Air dibekukan pada sebelah malam di dalam tangki perak yang besar ketika permintaan terhadap tenaga elektrik berkurangan.
- Udara sejuk kemudian dialirkan ke dalam bangunan menggunakan saluran khas dan proses pembekuan air diulang pada sebelah malamnya.
Jabatan kaji cuaca meramalkan cuaca lebih teruk dalam tempoh beberapa hari lagi dengan menjangka ribut petir dan puting beliung akan berlaku. – AP
Khamis, Julai 26, 2007
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Dunia kepanasan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "