2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pertunangan dan mas kahwin

Hak dalam pertunangan

Berkaitan hak seseorang individu di dalam pertunangan, Undang-undang Kekeluargaan Islam telah memperuntukkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan itu diputuskan oleh pihak satu lagi.

Sebagai contoh, seorang perempuan yang diputuskan pertunangannya
dalam keadaan dia tidak rela dengan keputusan pihak lelaki tersebut,
maka dia berhak menuntut pihak lelaki membayar gantirugi
perbelanjaan yang telah dibuat sebagai persediaan majlis dan
menuntut supaya memulangkan semua pemberian pertunangan atau nilai
barangan jika ianya telah digunakan.

Sekiranya suatu pertunangan itu diputuskan oleh pihak perempuan,
maka keadaannya sama seperti jika pertunangan diputuskan oleh pihak
lelaki. Pihak perempuan mesti memulangkan semua pemberian
pertunangan atau nilai barangan jika ianya telah digunakan.

Pihak lelaki juga berhak menuntut gantirugi perbelanjaan yang telah
dibuat untuk persediaan majlis dan menuntut kembali wang hantaran
sekiranya telah diberikan kepada pihak perempuan.

Hak mendapat mas kahwin

Hak untuk mendapat mahar atau mas kahwin hanya diperolehi oleh pihak
perempuan iaitu bakal isteri. Mas kahwin adalah hak yang wajib
diperolehi oleh seorang isteri daripada suaminya. Mengikut
peruntukan undang-undang, mas kahwin hendaklah dibayar oleh suami
atau wakilnya kepada isteri atau wakilnya semasa pernikahan
dijalankan di hadapan dua orang saksi.

Pihak pendaftar nikah akan mencatatkan jumlah mas kahwin, pemberian
atau sebarang perjanjian pemberian atau cagaran mas kahwin dan
pemberian bagi serahan masa akan datang iaitu selepas akad nikah.

Tiada ketetapan khas di dalam perundangan berhubung dengan jumlah
mas kahwin. Namun, memadailah jumlah tersebut dalam anggaran
kemampuan bakal suami dan tidak melibatkan hutang yang akan
membebankan kehidupan kedua pasangan suami isteri tersebut di masa
akan datang.

Tidak terdapat peraturan atau syarat tertentu berkaitan dengan
ketetapan kadar mas kahwin. Namun, ada negeri yang menyelaraskan
kadar mas kahwin tetapi ianya bukanlah satu kadar yang tetap dan
perlu dipatuhi. Bererti, pengantin perempuan atau walinya berhak
untuk meletakkan jumlah mas kahwin yang berbeza sama ada lebih
kurang atau lebih tinggi berbanding amalan yang ada sekarang.

Ada di kalangan masyarakat kita yang masih keliru antara mas kahwin
dan hantaran. Realitinya, terdapat perbezaan yang ketara antara
keduanya. Mas kahwin ialah pemberian wajib daripada suami kepada
isterinya dan mas kahwin itu disebutkan semasa akad sama ada dibayar
secara tunai atau hutang. Sementara hantaran ialah hadiah daripada
suami kepada isterinya dan juga hadiah daripada isteri kepada
suaminya iaitu saling bertukar hadiah sebagai tanda setuju dengan
perkahwinan tersebut. Hantaran juga bukanlah perkara wajib tetapi
hanyalah satu hukum adat.

Kebiasaannya, sebahagian daripada hantaran ini akan diberikan pada
hari pertunangan dan sebahagian lagi akan diberikan pada hari akad
nikah dijalankan. Barangan hantaran inilah yang ditetapkan mesti
dipulangkan semula sama ada dalam bentuk asal atau nilaiannya
sekiranya berlaku pemungkiran pertunangan.

Dalam pengamalan sekarang, masyarakat lebih menitik beratkan soal
hantaran sehingga sanggup bergolok gadai. Malah apabila timbul
persoalan untuk menaikkan kadar mas kahwin, masyarakat mula kecoh
kononnya ianya akan membebankan pihak lelaki. Realitinya, kadar mas
kahwin yang perlu diutamakan kerana ianya merupakan penghargaan
untuk seorang isteri yang bersedia mempertaruhkan jiwa dan raganya
bagi mengabdikan diri sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki
bernama suami.

Sememangnya terdapat hadis yang menjelaskan bahawa antara ciri-ciri
wanita sholehah ialah apabila nilai mas kahwinnya rendah. Namun,
harus diingat, Islam adalah bertepatan dan bersesuaian dengan setiap
keadaan dan masa. Mas kahwin sepatutnya adalah sesuatu yang mampu
memberi nilai kepada seorang isteri. Jika mengikut pengamalan
sekarang, apakah yang boleh dibuat dengan RM22.50?

Kaum wanita berhak untuk meminta jumlah mas kahwin yang bersesuaian
dengan dirinya tetapi bukanlah keterlaluan hingga menyebabkan bakal
suami terpaksa berhutang. Di zaman Saidina Omar, ketika beliau cuba
menetapkan kadar mas kahwin, bangun seorang wanita mempertikaikan
cadangan beliau lantaran di dalam al-Quran jelas mengatakan mas
kahwin adalah hak mutlak wanita. Saidina Omar akhirnya akur dengan
pendapat wanita tersebut dan tiada ketetapan dibuat.

Merujuk kepada masyarakat kita hari ini, kenapakah tidak jumlah wang
hantaran yang tidak wajib itu dikurangkan sedikit, cukup sekadar
untuk membiayai majlis perkahwinan dan ditambahkan kadar mas kahwin,
sebagai penghargaan dan hadiah pertama tanda cinta dan kasih seorang
suami kepada isteri?

Sumber : www.keluarga. net.my
try , Ahad, Januari 21, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog