/

Pelanggan terlepas penerbangan berhak tuntut cukai

PELANGGAN yang menempah tiket penerbangan syarikat penerbangan tambang murah (LCC) tetapi tidak menaiki pesawat berhak menuntut kembali cukai lapangan terbang yang dibayar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata kerajaan mempunyai dasar yang jelas mengenai hak pelanggan itu tetapi ramai yang tidak sedar hak mereka itu.

"Saya sudah beritahu kepada syarikat penerbangan jika pelanggan tidak menaiki pesawat, jika tidak dapat kembalikan sepenuhnya tambang tetapi mesti kembalikan cukai lapangan terbang berkenaan.

"Ini memang dasar kerajaan yang sangat jelas dan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet kementerian semalam (kelmarin) kita berbincang dengan panjang lebar supaya perkara ini harus dilaksanakan...ia adalah hak rakyat untuk menuntut balik," katanya menjawab soalan tambahan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit).

Chan berkata, cukai lapangan terbang mesti dipulangkan kerana wang itu bukan hak milik syarikat penerbangan sebaliknya dikutip bagi pihak kerajaan dan diserahkan kepada Malaysia Airport Bhd (MAB).

Katanya, AirAsia memaklumkan kepadanya syarikat itu akan memulangkan cukai itu jika pelanggan membuat tuntutan.

"Saya meminta kerjasama pihak media menyebarkan maklumat ini kepada pelanggan dan rakyat mengenai hak mereka," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen kemudian, Chan berkata, beliau sudah mengarahkan pegawai undang-undang kementerian dan bahagian Penerbangan melihat dari sudut perundangan bagi mewujudkan tabung khas bagi menguruskan wang cukai lapangan terbang yang tidak dituntut.

Beliau berkata, MAB dan syarikat LCC juga akan diarah menyediakan prosedur jelas mengenai tuntutan cukai itu yang perlu dikeluarkan secepat mungkin bagi memudahkan pelanggan berbuat demikian.

"Cukai lapangan terbang di LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) bagi penerbangan antarabangsa adalah RM35, bagi lapangan terbang lain ialah RM45 manakala domestik RM6. Jika setahun dua tiga kali tidak dapat naik pesawat, angkanya agak besar.

"Jika orang tidak tuntut pun, wang itu tidak boleh pergi kepada mereka (LCC).

"Jadi kita lihat dari sudut perundangan, kita nak mulakan dengan menyediakan mekanisme, di mana walaupun wang itu tidak dituntut, ia mesti disimpan dalam dana bebas dan pada masa depan pelanggan masih boleh tuntut.

"Saya mencadangkan tiada had masa (untuk tuntut). Saya sudah arahkan pegawai undang-undang kementerian dan bahagian penerbangan melihat perkara ini," katanya.

sumber dari Berita Harian - 01/12/2006
try , Jumaat, Disember 01, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog