2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kesan pemanasan global

Oleh RAMLI ABDUL SAMAD

PARA
ilmuwan iklim dan cuaca sedunia bagaikan sepakat bahawa gejala pemanasan global boleh mengundang kemudaratan global. Pemanasan global adalah kesan daripada aktiviti manusia juga.

Meningkatnya emisi gas rumah kaca adalah punca besar terjadinya pemanasan global. Bagaimana pula gejala pemanasan global terjadi?

Beberapa gas di dalam atmosfera kita, khususnya karbon dioksida menjerat haba yang dihasilkan oleh Bumi. Manusia mengeluarkan banyak gas buatannya sendiri ke udara, sama ada melalui corong-corong kilang atau kenderaan yang seterusnya menjerat haba. Kegiatan ini semakin meningkat dan dilaporkan suhu Bumi meningkat sebanyak satu darjah setiap 25 tahun. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) adalah penyumbang besar kepada pemanasan global.

Sebelum era perindustrian, atmosfera Bumi mengandungi 280 ppm (bahagian per juta) karbon dioksida. Kini jumlah itu meningkat sehingga 370 ppm. Penelitian menunjukkan kenaikan itu akan terjadi sehingga 450, 550, 650, 750 dan 1,000 ppm.

Satu laporan yang dikeluarkan badan ilmiah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai perubahan iklim (IPCC) menunjukkan, pada dekad 1990-an suhu Bumi telah merakam titik panas dalam sejarahnya. Namun tahun 2004/05 sebagai puncaknya, dinyatakan sebagai tahun paling panas sejak pencatatan suhu Bumi bermula pada tahun 1861. Rata-rata suhu global meningkat dalam abad ke-20, terutama pada tahun-tahun antara 1910-1945 dan 1976-2000.

Akibatnya, terjadi perubahan iklim global. Puncak-puncak ais banyak yang mencair dan akan menenggelamkan banyak pulau, sementara terdapat kawasan terjadi suhu ekstrem yang meningkatkan kawasan gurun atau curahan hujan tinggi yang menyebabkan banjir.

Pemanasan global boleh membahayakan manusia, malahan telah diperkatakan ia boleh menjadi lebih dahsyat daripada senjata pemusnah besar-besaran.

Fenomena pemanasan global tidak mengenal perbatasan negara.

Para peneliti daripada Universiti Washington dan McGill University telah menjalankan kajian ilmiah mengenai pengaruh pemanasan global terhadap lautan beku di sekitar kutub. Hasil kajian dimuatkan ke dalam jurnal Geophysical Research Letters edisi 12 Disember 2006. Mengikut corak perubahan iklim akibat pemanasan global dan juga sekiranya tingkat pelepasan emisi gas rumah kaca tetap berterusan, besar kemungkinan bahawa kita tidak akan bertemu lagi ais di wilayah Kutub Utara pada musim panas tahun 2040.

Pada November 2006 perairan yang berais di kutub utara adalah seluas 2 juta km persegi atau saiznya sama seperti negeri Alaska. Pengamatan perairan beku pada musim panas terhadap Kutub Utara yang telah dibuat selama 29 tahun melalui satelit menunjukkan bahawa angka tercatat itu adalah dalam urutan yang keempat terbawah. Dalam sebuah simulasi didapati bahawa luas daratan ais pada bulan September lalu mengalami penurunan daripada 5.9 juta km persegi menjadi 1.9 juta km persegi bagi tempoh 10 tahun.

Tebal lapisan ais di permukaan perairan Kutub Utara pada musim panas lalu adalah sekitar 3.6 meter. Pada tahun 2040 tebal lapisan ais di permukaan laut Kutub Utara akan merosot kepada 0.9 meter. Pada tahun itu juga ais hanya ditemukan di sebahagian kecil wilayah Greenland dan Kanada.

Ramalan juga dibuat bahawa pada tahun 2060 Kutub Utara sama sekali akan kehilangan ais. Manusia boleh ke Kutub Utara tanpa halangan ais. Laluan maritim ke sana menjadi lancar. Tiada lagi haiwan seperti beruang kutub. Kutub Utara menjadi lautan terbuka. Ia tidak lagi menjadi destinasi yang sulit untuk dikunjungi.

Marika Holland, salah seorang pengkaji dari Pusat Nasional Bagi Penyelidikan Atmosfera (NCAR), meluahkan kata-kata begini: “Kita telah menyaksikan banyak kes daratan ais telah hilang. Kajian kita menunjukkan pengurangan ais pada dekad mendatang ini akan menjadi lebih dramatik. Apabila ais mencair, samudera akan mengirim lebih banyak haba kepada Kutub Utara dan air yang luas terbuka itu akan menyerap lebih sinaran matahari yang seterusnya mempercepatkan proses pencairan ais.

Bagaimanapun cairnya ais laut tidak meningkatkan paras air laut kerana air pepejal berada dalam air cecair. Tetapi jika ais dan salji pada negeri Greenland mencair paras air laut dijangka meningkat sebanyak tujuh meter.

Dr. Jeff Ridley, seorang saintis iklim di Met Office’s Hadley Centre menyatakan bahawa kajian terhadap ais di Kutub Utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais di sana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi, maknanya ais akan hilang pada tahun 2070-2080. Bagaimanapun kajian terbaru ini memberi ramalan bahawa dalam tempoh 30 saja fenomena itu akan berlaku gara-gara pemanasan global yang tidak terkawal.
try , Rabu, Disember 20, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. Peculiar article, exactly what I wanted to find.

    Feel free to visit my site jeux machine a sous

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog