2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terima Kasih Teman : Part 7

Ika terduduk di kerusi kafe. Cindy masih setia menemani Ika. Tengahari tadi Ika nampak lemah. Malah berkali-kali Ika ke tandas.

“Aku call Syed ya.”
“Tak...Tak payahlah. Ika pening je.”


Ika menghalang.

“Ika nak baliklah, mungkin lepas tidur nanti eloklah ni. Nasib ‘paper’ SCE tadi tak susah sangat.”
“Kau tidur jam berapa semalam?”
“Entahlah. Beberapa minit lepas Ika tidur, ayam pun berkokok. Agaknya sebab tak cukup tidur kot.”
“Ika....Kau bahagia dengan Syed?”
“Iyalah! Kenapa tanya gitu?”
“Aku takut kot-kot Syed selalu marahkan kau dan dera kau je.”
“Mengarutlah, cuma sekarang ni Syed sibuk sangat. Kadang-kadang tu bergegas dia keluar pagi-pagi buta. Ada kes.”
“Ooh....Jom aku hantar kau balik. Takkan kau nak ‘drive’ macam ni. Bimbang aku tengok.”

Ika mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Cindy. Di dalam kereta.

“Lepas ni tinggal dua ‘paper’ lagi, Ika.”
“Iyalah sekejap je, kan? Lepas ni merdeka lah kita.”
“Eh! Agaknya kau mengandung tak?”

Ujar Cindy. Ika terkejut.

“Tak mungkinlah, lagipun Ika tak rasa apa-apa yang teruk pun. Syed pun jadi macam ni minggu lepas. Lepas tu demam-demam lagi. Agaknya Ika pun nak demam macam Syed.”

Di hatinya terdetik rasaa bimbang. Bagaiman kalau benar dia mengandung. Padahal hanya sekali dia menyerahkan dirinya pada Syed. Itupun terpaksa. Dia masih ingat. Hari itu dia ada discussion dengan teman-teman sekuliahnya. Dia terpaksa pulang lambat. Lebih-lebih lagi masa itu keretanya rosak. Syed pula sibuk dengan kerjayanya. Selepas petang barulah discussion selesai, semua teman-teman lain telah balik ke rumah. Kecuali dia, Syed tidak boleh menjemputnya keran sibuk. Kebetulan Cindy pun telah pulang ke kampungnya di Pulau Pinang. Sedang dia menunggu bas, hujan mulai turun.
Kebetulan Hisyairi melintas d depannya, dan menawarkan bantuan untuk menumpangkannya pulang. Kerana hari hampir malam Ika menerima pelawaan Hisyairi. Tak disangkanya masa dia sampai ke kawasan apartmen, Syed melihat dia turun dari kereta Hisyairi. Malah Hisyairi menolong membukakan pintu kereta untuknya. Syed jadi marah dan cemburu. Sebaik masuk ke rumah.

“Awak balik dengan siapa tadi?!”
“Hmm....Kawan yang hantar. Kenapa?”
“Abang tak suka awak buat abang macam ni. Dahlah balik larut malam, lepas tu awak balik dengan lelaki pula tu. Siap bukakan pintu lagi.”

Syed melontarkan tali lehernya ke sofa. Geram dengan sikap isterinya.

“Saya takde apa-apa dengan dia. Lagipun kami kawan baik. Kebetulan dia nak hantar saya tadi tu. Kalau nak ikutkan awak tu, 24 jam sibuk. Takkan saya nak tunggu bas datang sampai malam!”

Ika menjawab lagi.

“Abang tak suka!!! Fahamlah sikit!”
“Awak nak saya faham awak tapi awak tak pernah nak faham situasi saya. Awak jangan lupa, Syed! Kita kahwin kerana paksa, kalau tak kerana rancangan awak dan Cindy dulu tu. Tak mungkin saya jadi isteri awak. Mungkin masa ni saya tak perlu bertekak dengan awak macam ni!”

Syed terdiam. Rancangan?! Dia jadi pelik bila Ika mengatakan dia berpakat dengan Cindy. Dia semakin rimas.

“Apa awak cakap ni?!”
“Jangan pura-pura tak tahulah, Syed!! Cindy dah beritahu semuanya dekat saya. Kalau tak kerana semua tu, saya tentu dah....”
“Tentu awak dah boleh ‘tackle’ budak lain, kan? Aku kenal kau tu Ika!! Aku tahu kau dah lama gilakan budak tu, kan?”

Syed mula menyindir. Kesabarannya tergugat bila Ika menuduhnya macam-macam.

“Awak ingat saya ni apa?! Tolong sikit.”
“Hei!!”

Syed menarik Ika kasar ke sisinya.

“Aku tak suka kau kawan dengan budak tu lagi.”
“Sakitlah! Apa ni?!”

Ika melarikan diri dari cengkaman Syed. Dia terus ke bilik membersihkan diri. Membiarkan Syed dengan amarahnya. Syed duduk di sofa, hatinya masih belum puas. Di hospital tadi Nisya yang menuduhnya macam-macam, malah macam-macam perkara yang Nisya ungkitkan darinya. Dahlah seharian dia sibuk tanpa menjamah apa-apa makanan. Habis kakitangan hospital dimarahnya.
Syed bangun menuju ke bilik dengan kasar. Pintu bilik dihempas kuat, mengejutkan Ika yang baru keluar dari bilik air.

“Kenapa dengan awak ni?! Tak puas hati lagi ke?”

Sindir Ika lagi. Syed mendekati Ika, merapatkan diri Ika ke dinding. Baju tidur dari tangan Ika diragut kasar. Syed seolah kerasukan. Ika semakin takut dengan perilaku Syed yang ganas.

“Betul kau takde apa-apa dengan budak tu?!”
“Hmm...”

Ika mengangguk takut-takut. Dia sedar dalam situasi sebegini, dia tidak harus turut berkasar. Syed semakin menghimpit tubuhnya, tangan Ika dipegangnya kemas. Syed semakin dikuasai oleh nafsu, lebih-lebih lagi bila melihatkan Ika yang segar dengan rambut yang masih basah. Dibenamkan kepalanya ke leher Ika.

“Abang tak percaya....Abang nak Ika tunjukkan pada abang hari ni.”

Ika semakin keliru. Syed menarik Ika kasar ke atas katil. Tuala yang dipakai Ika terselak. Ika semakin takut, bimbang andai Syed melanggar perjanjian mereka. Syed menanggalkan kemejanya dan melanggari perjanjian antara mereka.Walaupun Ika menangis dan merayu, Syed terus dengan sikap kasarnya.

“Kau isteri aku, tak salah untuk kau serahkan semua ni pada aku. Dari dulu lagi kau patut jalankan tanggungjawab kau.”

Kasar suara Syed menyapa di telinga Ika. Ika seolah-olah tidak mengenali Syed yang sedang kerasukan hari ini. Ika menangis seolah tidak merelakan semua ini. Namun Ika tak mampu melawan kudrat Syed yang benar-benar kerasukan.

“Jangan menangis, sayang....”

Syed mengesat airmata yang mengalir di pipi Ika dan mencium pipi Ika berkali-kali. Selepas beberapa minit kemudian, Syed bingkas bangun menuju ke bilik air. Meninggalkan Ika sendirian di katil. Ika semakin hiba, dirinya seolah-olah tidak bermaya lagi. Syed keluar dari bilik air dengan tuala pink di pinggangnya, di capainya sepasang sut melayu kemudian terus meninggalkan bilik.

“Sampai hati kau, Syed...Aku benci kau Syed. Aku benci!!!!”

Rintih Ika sayu. Syed terasa puas. Beberapa bulan dia menahan semua ini. Akhirnya dia berjaya mengikat Ika dengan apa yang dibuatnya tadi. Selama ini dia cuba menepati perjanjian perkahwinan mereka tapi...Ika bangun menuju ke bilik air, segalanya bagaikan mimpi ngeri buat Ika. Ika merintih di bilik air sayu. Tubuhnya sedikit bertenaga bila terkena curahan air yang mencurah ke badan. Baru semalam dia menghantar surat pada Azie agar menanti Syed melepaskan dirinya dengan rela. Namun, hari ini. Segalanya tidak semudah semalam lagi.

“Dah 8 bulan kamu kahwin. Takkan tak ‘terisi’ lagi kot.”

Ika terkejut, memandang Cindy yang masih bergandingan di sisinya.

“Tak mungkinlah....”

Satu cubitan hinggap ke lengan Cindy, Cindy mengaduh kesakitan. Selepas sampai ke apartmen. Ika segera menyiapkan makan tengahari. Selepas siap menghidangkan makan tengahari, Ika terus ke bilik air. Mandi untuk menyegarkan diri. Dia terasa benar-benar letih. Kemudian Ika berbaring di sofa. 4 hari lagi, pengajiannya akan berakhir. Ika terlelap di sofa.
Syed lansung tidak boleh menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya. Sejak minggu lepas kesihatannya terganggu. Dia terasa pening-pening dan kadang-kadang perutnya memulas-mulas, lebih-lebih lagi masalah yang berat melanda di benaknya sekarang. Selera makannya pun terganggu. Ika pula sejak beberapa minggu ini sibuk dengan minggu peperiksaannya. Itulah membuatkan Syed tidak mengadu pada Ika tentang kesihatannya. Lagipun ada perkara yang belum dia dan Ika selesaikan buat masa ini, hubungannya dengan Ika sendiripun sudah asing. 


Malah kalau boleh Syed tidak mahu mengganggu korsentrasi Ika pada peperiksaan akhirnya. Masalah yang diwujudkan olehnya sendiripun belum tentu boleh menenangkan Ika. Hari itu dia meminta cuti ‘half-day’. Kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia tidak bermaya untuk bertugas. Selepas waktu ‘lunch’. Syed memandu pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, Ika terlena di sofa menantinya. Malah makanan tengahari telah disiapkan. Syed terus meletakkan briefcase dan kot putihnya di atas kerusi meja makan. Kemudian dia ke bilik membersihkan diri. Dibiarkan Ika terlena di sofa. Sebaik saja Syed keluar dari bilik air, kedengaran bunyi benda terjatuh di dapur. Bergegas Syed ke dapur. Tubuh isterinya terlantar di lantai. Kaca mug juga bertaburan di sekitar tubuh isterinya. Dan ada kaca terkena dahi isterinya.

“Ya allah!! Ika, Ika...Bangunlah.”

Diangkatnya tubuh isterinya ke sofa. Kemudian dia bersiap mengambil kunci kereta dan mengenakan pakaian. Ika di bawa ke hospital. Kebetulan Daniel dimaklumkan terus hal tersebut. Sebaik tiba di hospital, Daniel terus memeriksa Ika. Beberapa minit kemudian, Daniel keluar dengan senyuman.

“Tahniah, aku dah nak jadi ‘uncle’. Ika pregnant.”
“Alhamdullillah.”

Syed meraup tangannya ke muka. Besyukur dengan apa yang didengarnya.

“How month?”
“Second month.”

Daniel memeluk temannya erat.

“Kau kena jaga dia elok-elok, biasanya kandungan pertama ni bermasalah sikit. Lagipun Ika tu lemah sangat. Jangan beri dia terlalu banyak tekanan ya.”
“Boleh aku tengok dia?”

Daniel mengangguk. Syed masuk menemui Ika. Sejak peristiwa tempoh hari dia dan Ika semakin jauh. Hubungan antara mereka hambar dan kaku. Syed tahu semuanya berpunca dari amarahnya sendiri. Ika telah banyak bertolak ansur dengannya. Syed sendiri pun tidak pasti mengapa dia berani bertindak diluar kemahuan Ika. Ika masih membelakanginya.

“Ika kita akan jadi ‘parents’ sayang dah mengandung. Terima kasih, sayang. Maafkan abang yea.”

Ika terkejut, airmatanya tumpah tiba-tiba. Apa yang ditakutinya kini telah menjadi
nyata. Ika masih diam.

“Ika...Maafkan abang.”

Syed duduk di tepi Ika yang masih membelakanginya.

“Abang tahu abang langgar perjanjian kita, abang minta maaf. Pleasee.... Tapi, abang sayangkan sayang. Cukuplah Ika seksa abang lepas kejadian tu. Abang tahu....”

Syed terdiam bila Ika merenungnya tajam dengan mata berkaca.

“Ika.....”

Ika masih terdiam, satu persatu airmatanya menuruni pipi. Syed benar-benar rasa bersalah.

“Maafkan abang, Ika.”

Ika ditarik ke dalam pelukannya.

“Kita bina hidup baru, sayang. Abang janji abang takkan sakiti hati Ika lagi. Kalau Ika benci pada abang sekalipun, janganlah Ika ‘bunuh’ benih yang ada pada Ika sekarang. Abang janji akan akan jadi suami yang baik buat Ika. Abang janji, sayang.”

Ika menolak tubuh Syed yang cuba memeluknya erat.

“Ika tak mahu.....”
“Ika?!”

Ika menangis lagi.

“Semua ni berlaku diluar kemahuan Ika. Ika tak mahu semua ini. Azie masih harapkan Syed. Apa salah Ika pada Syed? Kenapa Syed buat Ika macam ni? Umi dah buang Ika... Tapi Syed pula mengkhianati Ika. Ika berjanji pada Azie, Ika berikan Azie harapan. Agar satu hari nanti Syed kembali pada Azie. Tolonglah....Jangan ikat Ika dengan semua ni lagi. Azie dah cukup bencikan Ika. Ika tak snaggup lagi. Ika sayangkan persahabatan Ika dengan Azie... Begitu juga persahabatan Ika dengan Syed. Bila semua ni berlaku... Ika tak tahu, Ika tak tahu, Syed.”

Tangis Ika lagi. Syed tergamam. Pelik bila Ika melibatkan Azie dalam rumahtangga mereka.

“Ika.....Kenapa Ika libatkan Azie dalam masalah kita.”
“Sebab Ika sayangkan Azie! Dia sahabat Ika, sahabat Syed juga. Syed lupakah. Ika banyak tolong Azie, Azie dah lama terseksa, Azie sayangkan Syed. Kalau Syed bencikan Azie. Bermakna Syed juga bencikan Ika. Azie dah macam kembar Ika. Kami ibarat 'twin'. Sye dpun tahu hal ni. Tapi kenapa Syed buat juga semua ni pada Ika?"
"Ika...Abang dah lama sayangkan Ika. Abang nak bina keluarga kita, dengan Ika dan baby dalam perut ni."

Syed memegang perut Ika. Ika menepis kasar.

"Ika benci, Ika benci semua ni! Ika benci!! Kembalilah pada Azie, Syed. Kalau Syed nak Ika merayu dengan Syed sekalipun Ika sanggup. Tolonglah Syed... Berilah perluang pada Azie. Tolonglah."

Ika berkali-kali merayu dengan Syed.

"Tak mungkin... Abang takkan sesekali sayangkan orang lain sepertimana abang sayangkan Ika. Abang minta maaf."
"Kalau macam tu Ika tak nak tengok muka Syed. Ika benci Syed,tolong tinggalkan Ika sendirian, Ika tak nak tengok muka Syed lagi. Tolonglah!!”

Syed terkejut, Ika tegas menghalaunya keluar dari wad tersaebut. Perlahan-lahan Syed berlalu meninggalkan Ika. Daniel yang kebetulan dari tadi memerhatikan kelakuan kedua-dua temannya hanya kehairanan. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi di dalam rumahtangga teman baiknya, Syed Nizam.




***


“Syed...Syed....Syed....Maafkan Ika, Syed.”

Ika meracau lagi. Sejak dia balik ke rumah mertuanya. Kerapkali dia bermimpikan Syed ditimpa malang. Peluh memercik ke suluruh tubuhnya. Dia terjaga dari tidur dan terus beristighfar panjang.

“Ya allah! Lindungilah suamiku. Sesungguhnya aku masih menyayanginya, dialah ayah kepada anak-anakku nanti.”

Doa Ika perlahan. Ika bangun menuju ke dapur. Entah macam mana, gelas yang dipegang untuk diisi air terlepas dari tangannya. Kak Long Syed, Radhiah yang berada di bilik bacaan pantas menuju ke dapur. Sejak sebulan lalu Syed menghantar Ika ke sini, kerana bimbangkan Ika yang sering ditinggalkan di rumah sendirian. Lagipun adik iparnya itu telah sarat mengandung. Dia perasan perubahan air muka adik bongsunya itu, agak tidak terurus dan bermasalah. Malah dia dapat menghidu kehambaran rumahtangga adiknya. Paling teruk, Syed lansung tidak pulang semenjak menghantar Ika ke rumahnya. Ika pun hanya kelihatan bersedih beberapa bulan ini. Kandungan Ika sudah mencecah 8 bulan lebih.
Umi pun pelik bila melihat Ika yang sering bermurung dan termenung. Malah Kak long sendiripun kasihan bila melihat adik iparnya itu mengusung kandungannya sendirian tanpa perhatian dari suami.

“Ika....Kenapa ni?”
“Eh! Kak Long?! Ika nak minum air tadi tu, entah kenapa terlepas gelas ni bila nak tuang air.”

Kak Long merapati Ika yang susah payah membersihkan kaca yang berselerak.

“Ika sihat ke?”
“Hmm.....”
“Tak payah kutiplah, biar Mak Mah yang buat nanti. Mari kita ke ruang tamu ya. Dah lama akak tak sembang dengan Ika. Kenapa Ika nampak sedih je. Ika ok ke?”

Radhiah cuba membantu adik iparnya melangkah ke ruang tamu, biarpun Ika menolak.

“Kak Long....Ada abang telefon?!”

Radhiah kesian bila melihat reaksi wajah Ika yang seolah-olah kerinduan.

“Takk....Dah mula rindu dekat Syed ya. Agaknya adik tu sibuk kot. Lansung tak telefon. Nanti kita telefon dia ya.”
“Takpelah, kak. Kalau abang ingat kat saya dan anak dalam ni, takkan tak boleh nak telefon tanya khabar pun.”

Ika bernada sedih, sambil mengusap perutnya yang memboyot.

“Sabarlah, dik. Akak faham orang mengandung memang sensitif skit.”
“Kak....Minggu depan insyaallah, ‘due’ Ika bersalin. Kalau jadi apa-apa...”
“Hisy! Jangan cakap bukan-bukan”

Radhiah memeluk bahu adik iparnya erat. Ika mengesat air yang bergenang di tubir matanya.

“Ika rindu kat abang. Oklah kak, Ika nak ke bilik dululah, dah lewat ni.”
“Bawakkan bersabar, adi tu kerja.....Eloklah kalau Ika nak pergi tidur, lagipun dah lewat ni. Orang sarat tak boleh tidur lewat-lewat tau.”

Pipi Ika dicium oleh Radhiah. Dengan kepayahan Ika berjalan ke biliknya. Selepas Ika hilang ke biliknya, Radhiah termenung di ruang tamu. Pelik memikirkan situasi rumahtangga adiknya.

“Kring! Kring!”

Bunyi telefon mengejutkan lamunanya.

“Assalamualaikum, Kak Long?”
“Waalaikumsalam. Hah! Telefon pun kamu. Kenapa tak telefon-telefon?”
“Sibuk, kak? Ika dah tidur ke?”

Syed cuba mencari alasan dan mengalih topik.

“Baru je masuk kejap tadi. Nak panggilkan dia ke?”
“Tak...Tak....Anak-anak akak dah tidur?”
“Budak-budak tu takde, ikut abah dia pergi ‘camping’. Kamu ke mana menghilang selama ni? Bini mengandung dia lesap.”
“Ika sihat, kan?”
“Sihat apa? Pegang gelas pun tak larat. Tadi dia jatuhkan gelas kat dapur. Kesian akak tengok. Kamu tak nak balik ke?”
“Dia ok ke? Kesian Ika. Sayapun rindukan dia kak. Tapi...Dia tak suka saya balik. Buat ape?”

Spontan Syed menjawab. Radhiah hairan.

“Kenapa pulak? Tadi dia bagitahu kak long, dia rindukan kamu.”
“Hah?! Takdelah, gurau je. Ika tak apa-apa, kan?”
“Takk.....Tapi kamu tu baliklah, minggu depan ‘due’ dia bersalin, kan?”
“Iyalah, saya tahu. Tapi...”
“Baliklah, dik. Kesian akak tengok dia. Menangis sorang-sorang. Termenung je.”
“O.klah kak, Kirim salam kat semua ya. Saya tengah bertugas ni. Bye.”

Klik! Talian dimatika, Radhiah semakin pelik. Sejak itu, Syed terus menyepi. Hinggalah 2 hari sebelum ‘due’ Ika bersalin. Syed pulang ke rumah.Ika kelihatan berseri-seri gembira bila Radhiah mengkhabarkan berita tersebut. Sedang Ika bersiap-siap di bilik. Perutnya terasa sakit. Dia terduduk dilantai, sambil beberapa kali menjerit memanggil umi dan Radhiah. Kain yang dipakainya dibasahi air. Ika terus di bawa ke hospital. Pantas, Radhiah menelefon Syed agar pulang segera.

“Kak, kalau abang balik. Sampaikan maaf saya pada dia. Ika takut tak sempat.”

Ika terus ditolak ke wad kecemasan. Beberapa minit kemudian Syed pun tiba. Cemas. Begitu juga dengan Ikmal dan Iffah, Kak Long Ika. Masing-masing cemas. 4 jam Ika berada di wad kecemasan.

“Sabar, dik. Kejap lagi keluarlah tu.”

Syed semakin gelisah.

“Dah lama sangat kat dalam tu, kak. Hisy!”
“Istighfar banyak-banyak, Syed. Angah tahu Ika mesti selamat punya.”

Beberapa minit kemudian, seorang doktor perempuan keluar dari bilik kecemasan tersebut.

“Tahniah, sepasang!”
“Hah?! Sepasang?”

Syed tercengang.

“Anak encik kembar, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.”
“Alhamdullillah.”

Masing-masing mengucap syukur. Syed masuk untuk mengazan dan mengiqamatkan kedua anaknya.

“Terima kasih, sayang.”

Ubun-ubun Ika dicium Syed. Ika yang masih dalam keadaan separuh sedar seolah-olah bermimpi menyambut kedatangan Syed. Samar-samar dia mendengar Syed mengalunkan azan dan iqamat untuk kedua-dua anaknya. Ika kembali terlelap. Kali ini dia bermimpi lagi, kehadiran Azie dengan menuntut janjinya dari Ika, kemudian Ika melihat Azie dan Syed bersanding di atas pelamin sambil bergelak tawa dengan zuriatnya. Dia jadi takut, bila Syed mengetawakannya dan meninggalkannya bersama zuriat-zuriatnya. Dia cuba memanggil Syed, tapi Syed hanya berlalu tanpa berpaling lagi. Azie tersenyum puas.

“Syed.....Syed.....Jangan tinggalkan Ika. Abang!!”

Syed tersentak dari lenanya bila mendengar panggilan Ika bersama rintihannya. Didekati Ika perlahan, dihatinya masih bimbang andai Ika masih membencinya lagi. Dia sudah bosan dengan semua itu. Sejak dari Ika mengetahui dirinya hamil. Syedlah jadi mangsa melepaskan marahnya. Kadang-kadang Syed jadi hilang sabar. Namun, bila mengenangkan isterinya yang masih mengandung tika itu disabarkan diri sendiri. Ika membuka mata, memandang Syed yang masih melihatnya dari jauh. Ika bangun dari baringnya.

“Abang......”

Syed masih mendiamkan diri. Dia sudah puas bersabar selama ini. Dia tidak mahu Ika mengherdiknya lagi.

“Maafkan Ika, bang.”

Kata-kata yang lahir dari mulut Ika mengejutkan Syed.

“Jangan tinggalkan Ika lagi. Saya tak sanggup kehilangan abang lagi.”

Ika tertunduk memandang tilam, kemudian tangisnya kedengaran. Egonya untuk tidak menyayangi Syed telah musnah dek rindu yang mendalam kepada Syed selama mereka berjauhan. Syed mendekati Ika. Di dekatkan kepala Ika ke dadanya. Ika membalas memeluk pinggang Syed.

“Ika tak pernah buat salah dengan abang. Kenapa mesti minta maaf?”
“Hukumlah Ika, bang. Tapi jangan tinggalkan Ika dan anak-anak lagi.”

Ika tersedu lagi. Syed mengemaskan pelukannya, saabil mencium ubun-ubun Ika. Telah lama dia nantikan saat ini. Dia juga inginkan Ika menyayanginya. Mulai minggu depan, genaplah 1 tahun perkahwinan mereka.


***



“Hati-hati, Ika. Kamu tu baru 2 minggu. Jangan lupa berpantang.”

Syed memimpin Ika masuk ke kereta. Perlahan-lahan.
“Alah, Umi ni. Adik tu kan doktor. Tahulah dia jaga isteri dia. Betul ke nak balik Terengganu, kan. Boleh ke lama-lama dalam kereta tu?”

Tanya Radhiah bimbang.

“Kan kita bawa Mak Mah sekali. Lagipun bukan lama sangat tiga jam je.”
“Jangan laju-laju bawa kereta tu, Dik. Kan teruk anak-anak kamu tu kena macam-macam penyakit.”
“Iyalah tu. Baiklah Umi, dah lewat ni baik bertolak dulu. Lagipun kang sampai lewat teruk juga ni.”
“Hah! Baguslah tu. Abah ingat elok juga abah dan umi iring kereta kamu sama.”

“Betul ke, bang?”

Puan Sri Jasmin terkejut dengan cadangan suaminya. Tan Sri Hisyam hanya mengangguk, cepat-cepat Puan Sri Jasmin menyiapkan keperluan mereka berdua.

“Kak Long jaga rumah ya. Lusa Umi dan abah balik. Hah! Jomlah.”

Puan Sri mengarahkan Radhiah. Terkocoh-kocoh dia masuk ke Mercedez suaminya.
Akhirnya mereka bertolak ke Terengganu. Unser silver yang baru di beli oleh Syed menyelesakan perjalanan mereka. Sesekali Ika membetulkan duduknya, pinggangnya terasa lenguh bila duduk terlalu lama di dalam kereta.

“Iqa o.k ke?”
“Hmm...”

Ika menganguk. Syed menarik dan menggenggam tangan Ika erat.

“Tidurlah dulu, lagi setengah jam sampailah ni.”
“Takpelah Ika temankan abang ‘drive’.”

Terasa pinggangnya menyucuk-nyucuk perit. Ika cuba bertahan lagi.

“O.k ke ni?”

Syed memberhentikan kereta ke tepi jalan bila merasakan genggaman Ika dengan semakin erat. Ika mengangguk lagi. Syed mengambil beg yang berisi ubat dari tempat duduk belakang.

“Kenapa Syed? Ika?”
“Ika ni, Mak Mah. Sakit agaknya, bagi termos air tu.”
“Hah?! Kamu tu elok baring je, Ika. Memanglah pinggang tu sakit kalau dah lebih dua jam duduk je.”

Beberapa biji pil dihulurkan oleh Syed pada Ika, beserta segelas air suam. Ika menurut. Ika menarik nafas lega. Bebrapa minit kemudian, dirinya mulai letih. Tidak kedengaran lagi suara bebelan Umi yang turut memberhentikan kereta bersama abah. Ika terlena di kerusi, kerana tindakbalas dari ubat yang dimakan sebentar tadi. Syed meneruskan perjalanan. Beberapa minit lagi mereka akan sampai ke apartmen yang hampir 3 minggu ditinggalkan.

“Mah!! Bawa masuk makanan ni pada Ika dan Syed tu.”
“Baiklah, Puan.”

Terdengar riuh rendah dari dapur suara Umi Syed dan Mak Mah. Terasa berat untuk membuka mata. Ika terkejut bila melihat dirinya yang berada di atas katil di apartmen mereka. Malah dia lagi terkejut bila melihat suasana bilik Syed yang telah diubahsuai. Barang-barangnya turut berada di bilik Syed. Dia menggeliat beberapa kali, kemudian telinganya menangkap bunyi dari bilik air.

‘Argh! Mungkin Syed berada di bilik air.’

Tiba-tiba Mak Mah tersembul dari muka pintu, masuk membawa dulang makanan. Ika hanya tersenyum memandang Mak Mah meletakkan dulang di atas meja di hujung katil.

“Dah bangun, Ika?”
“Hmm....Dah lama ke Ika tidur, makcik?”
“Taklah lama sangat, nasib Syed ada. Boleh gak dia kendong kamu bawak naik tadi tu.”

Ika terkejut. Patutlah dia boleh berada di atas katil sekarang ni. Terasa bersalah bila, mengenangkan Syed yang mesti kepenatan mengusungnya naik ke apartmen mereka di tingkat 3, malah Syed pun mesti penat kerana terpaksa memandu dari rumah Umi di Pahang lagi.

“Jangan susah hati Ika. Diakan suami kamu juga.”

Mak Mah menyedari perubahan air muka Ika. Sebelum keluar, Mak Mah menyerahkan ‘tuku’ yang baru di bakar pada Ika. Ika hanya tersenyum memandang Mak Mah yan tergedek-gedek keluar dari biliknya. Beberapa minit selepas Mak Mah keluar dari bilik, Ika bangun dari katil. Mencari-cari pengepit rambut yang dipakai sebelum terlelap tadi.

“Cari apa tu?”
“Hah?!”

Ika berpaling memandang Syed yang baru keluar dari bilik air, dengan tuala di pinggang. Ika menyelak rambutnya yang jatuh di pipi.

“Nampak pengepit rambut Ika tak?”
“Ooh...Pengepit tu, ada abang letak kat dalam laci meja katil tu.”

Ika kembali menuju ke katil perlahan-lahan. Syed mencari t-shirt dari dalam almari. Sebelum Ika melangkah masuk ke bilik air.

“Baju-baju Ika, abang dah pindahkan dalam almari ni.”

Ika terkejut.

‘Alamak! Takkan semua barang-barang dalam aku pun dia susun dalam almari. Malulah aku macam ni.’

Syed menyedari langkah isterinya yang berhenti bila dia memaklumkan tentang barang-barang peribadinya dia pindah ke biliknya. Ika menutup pintu bilik air perlahan. Sementara menunggu Ika selesai mandi Syed menunaikan solat Asar, kemudian peti televiseyen yang berada di biliknya dibuka. Ika masih di bilik air. Syed benar-banar bersyukur, isterinya itu telah lembut hati menerima dirinya selepas kelahiran anak-anak sulung mereka.
Doanya selama ini dimakbulkan Tuhan, Ika melayani dan mengambil berat tentang dirinya selepas melahirkan bayi-bayi mereka. Syed tersenyum sendiri. Namun, kesihatan Ika agak terjejas selepas melahirkan anak mereka. Kedengaran derap kaki Ika keluar dari bilik air. Ika membuka almari mengeluarkan pakaian tidurnya. Syed hanya memerhati dari jauh. Selepas siap berpakaian Ika mencapai sikat dari meja soleknya. Sekarang dia cuba menjadi isteri yang terbaik untuk Syed.
Sedang Ika menyikat rambut di depan cermin di meja solek. Syed merangkul pinggangnya dari belakang. Sesungguhnya, Syed benar-benar ikhlas menyayangi Ika. Ika menghadiahkan sebuah senyuman untuk Syed melalui cermin yang berada di depannya. Syed melabuhkan dagunya ke bahu Ika.

“Abang benar-benar ikhlas sayangkan Ika. Terima kasih, sayang.”

Diciumnya leher dan pipi Ika lembut. Ika hanya tersenyum.

“Mengarutlah, abang ni. Dah makan ke?”
“Hmm...Belum, tunggu sayanglah ni. Tengah lapar ni.”
“Ooh...Lapar ye. Dah tu, biarlah Ika sikat rambut ni dulu. Abang ni sibuklah.”
“Sikatlah, tapi abang tetap nak ber’manja’ ngan Ika.”
“Tak malu, dah jadi abah orang tapi nak bermanja lagi.”

Ika meletakkan sikat di atas meja solek. Kemudian cuba meloloskan diri dari pelukan Syed.

“Tak suka abang peluk ke?”

Syed pura-pura merajuk. Ika ketawa kecil. Syed berjalan ke arah dulang makanan. Makan hati dengan sikap isterinya. Ika memaut pinggang Syed dari belakang, membuatkan Syed tekejut.

“Abang ni macam budak-budaklah, Ika geli abang pegang kat pinggang Ika. Tapi Ika tahu, abang tak geli kalau Ika pegang pinggang abang macam ni, kan?”

Syed tersenyum. Namun ditahannya, dia benar-benar bahagia. Ditarik si isteri mengadapnya. Ika hanya menurut.

“Abang sayang Ika.”

Ditarik Ika ke dalam pelukannya. Kemudian beriringan menuju ke arah dulang makanan. Ika duduk bersimpuh di lantai. Sementara Syed melabuhkan punngung ke kerusi rotan berdekatan meja tersebut. Ika pantas meletakkan nasi dan lauk untuk suaminya. Syed tersenyum melihat Ika, bangga dengan perubahan si isteri.

“Kenapa Ika duduk di lantai? Kerusi kan ada lagi ni.”
“Takpelah....Hari ni Ika nak layan abang makan. Abang makanlah puas-puas, lagipun tak digalakkan isteri duduk sama tinggi dengan suami kan?”

Syed mengucap syukur di hati. Disambut pinggan nasi yang dihulur oleh Ika. Ika memandang Syed yang menyuapkan nasi.

“Abang suapkan ya.”

Ika menurut dengan suapan dari Syed. Tiba-tiba dia jadi sebak. Kenapalah dia tidak menghargai lelaki sebaik Syed. Sepanjang dia menjadi isteri Syed, Syed tidak pernah merungut dengan apa yang dilakukannya. Malah tak pernah Syed meninggikan suaranya pada Ika. Airmata Ika bergenang.

“Kenapa ni, sayang? Sakit ke?”

Perlahan teguran dari Syed menyejukkan hati Ika.

“Takk....”

Ika menggeleng. Syed meletakkan pinggan nasi ke atas meja. Suapannya terbantut bila melihat mata isterinya digenangi air. Dia bimbang andai dia menyakiti isterinya.

“Abang makanlah, Ika minta maaf sebab membuatkan selera abang terbantut.”

Ika mengesat matanya, di tambahkan lauk nasi ke pinggan Syed. Syed terdiam memandang Ika. Ika di tarik ke sisinya.

“Kenapa ni, beritahu abang.”

Tegas suara Syed.

“Takde apa-apa. Ika teringatkan arwah Zek tadi tu.”

Syed terdiam. Teringat tentang rakannya yang terlebih dahulu dijemput Allah, akibat mengidap jantung berlubang. Alangkah berdosanya dia pada arwah kerana sering menaruh syak wasangka pada arwah.

“Abang.....”

Syed kembali ke dunianya. Ika menghulurkan pinggan nasi kepadanya. Selepas menghabiskan baki nasi yang masih di dalam pinggan, Syed berlalu ke ruang tamu. Ika dibiarkan berehat di bilik. Beberapa minit kemudian Mak Mah masuk mengangkat dulang.

“Makcik....”
“Ya, Ika?”

Ika tersenyum.

“Marilah borak ngan Ika dulu. Lagipun tak habisnya kerja tu. Ika pun dah sihat ni, bolehlah Ika bantu Makcik nanti.”

Mak Mah tersenyum. Ika dihampirinya.

“Takpelah Ika, Lagipun dah memang tugas Makcik. Ika berehatlah. Makcik keluar, nanti Syed marah sebab kacau Ika berehat.”
“Tapi....Ika dah jemu berehat tiap hari. Dah makin tembam Ika ni. Ika tak sangka boleh lahirkan anak dalam usia semuda ni. Dengan Syed pulak tu. Kelakar,kan?”
“Apa nak dikelakarkan, dah memang rezeki Ika dan Syed. Makcik tengok Ain dan Aril tu pun geram, comel dan tak banyak karenah.”

Ika memeluk bahu Mak Mah lembut, sambil ketawa kecil.

“Ika suka kalau Ika ada mak macam Makcik ni.”

Ika mencium pipi Mak Mah membuatkan hati Mak Mah tersentuh. Dipautnya bahu Ika kembali.

“Ika boleh nak anggap mak Ika pun. Makcik pun tak kisah. Lagi suka Makcik kalau ada anak menantu macam Ika dan Syed. Dan cucu-cucu comel tu.”

Mak Mah mencium ubun-ubun Ika.

“Hmm....”

Teguran Syed dari muka pintu mengejutkan Mak Mah dan Ika yang sedang bergelak ketawa.

“Hah! Tengok tu, Syed dah marah tu. Makcik keluar dulu ya. Ika rehatlah.”

Mak Mah tergocoh-gocoh keluar dari bilik Ika, dengan membawa dulang makanan. Syed menghampiri Ika di atas katil. Ika memberi ruang pada Syed untuk duduk.

“Cakap apa dengan Makcik? Kalau boring duduk sorang-sorang kenapa tak panggil abang?”

Syed memeluk bahu Ika. Ika merapatkan badan ke dada Syed. Dipanggungkan kepalanya ke dada Syed.

“Kenapa abang tanya? Jeles ke?”
“Bukan jeles, tapi nak jugak abang kongsi borak dengan Ika.”

“Eleh! Ika takkan mengumpat tentang abang lah.”

Ika ketawa kecil. Dipandangnya raut wajah Syed. Syed memegang jemari Ika erat.

“Ika.....”
“Hmm....”

Syed diam. Ika hairan dengan sikap Syed yang tiba-tiba berubah. Di angkat mukanya mengadap Syed yang semakin serius.

“Kenapa, bang?”
“Takde apa-apa.”
“Tipu....”

Ika menjawab.

“Beritahulah. Tak baik abang mainkan Ika macam ni.”

Ika mencebik. Syed merebahkan kepalanya ke ribaan Ika, sambil ketawa.

“Sayang.....Janganlah mencebik. Hodohlah. Abang tak suka tengok.”
“Abang tak penat ke?”

Ika malas melayani rajuknya. Tangannya mengusap-usap kepala Syed lembut. Persis seorang ibu membelai anaknya.

“Penat tu memang penat, tapi kalau sayang ada kat sisi tak terasa penat lansung pun.”
“Banyaklah. Abang rehatlah dulu. Ika nak habiskan novel tu.”
“Hmm....Dia stsrt lah tu. Abang baru nak bermanja dengan Ika. “

Tangannya memeluk erat pinggang isterinya.

“Ika ni busuk, bang. Kan tengah kotor ni. “

Namun tiada balasan suara atau perlakuan dari Syed. Syed diam tertidur di ribaan Ika. Perlahan-lahan Ika mencium ubun-ubun Syed. 


Ain dan Aril tidak henti-henti menangis. Syed baru mula berkursus 2 hari di kawasan pedalaman. Dan selama itulah kedua puteranya yang baru mencecah 4 tahun lebih menceceh menanyakan Ika kemana menghilang abahnya. Dan tiap-tiap malam mereka menangis minta dari Ika diberikan abahnya. Jenuh Ika memujuk kedua-dua anaknya yang semakin membesar dari terus-terusan menangis.

“Dahlah tu, sayang. Esok abah balik ya.”

Ika meriba si adik, sementara membelai-belai rambut si abang.

“Abah tak cium adik, Mi.”
“Abah pun tak cium abang. Malam ni, cemalam melam dulu-dulu pun. Mana aci. Cepatlah Mi, gi tat abah.”

Rayu si abang berkali-kali.

“O.k! Esok kita pergi ya. Malam ni tidur ngan umi dulu. Hmmuaah.... Sayang anak umi. Tidur ya.”
“Ecok tau. Caayang Umi.”

Si adik mengingatkan Ika sebelum Ika menyelimut tubuhnya. Si abang mendapatkan ribaan Ika. Ika hanya membiarkan Aril terlelap di ribaannya. Keesokan harinya. Selepas menunaikan solat Subuh. Ika terus ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Kemudian mengmaskan bilik putera-puteranya dan menggosokkan beberapa helai baju untuk di bawa ke tempat Syed petang nanti. Sedang Ika asyik menggosok pakaian. Telefon berdering.

“Ya, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam, sayang. Buat apa tu? Abang dan adik dah bangun ke?”
“Belum....Abang sihat ke? Budak-budak dah rindu kat abang ni. Bila abang nak balik?”
“Alah, sayang....Banyak lagi tugas kat sini. Minggu depan baru selesai.”
“Abang.....”
“Hmm....Abang tahu, tapi dah tugas abang.”
“Kalau macam tu takpelah, tak payah celebrate pun takpe.”
“Nampaknya macam tulah. Sayang tak marah, kan?”

Ika makan hati dengan sikap suaminya yang sering melupakan tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka.

“Hello?! Sayang?!”
“Hmm....”
“Kenapa diam? Marahlah tu.”
“Taklah. Abang, budak-budak dah bangun tu. Ika kena letak ni.”
“Lain macam je, sayang ni. Marah abang ya. O.klah nanti kita borak balik ya.”
“Nak borak panjang-panjang masa abang balik nantilah.”
“I love u, sayang.”
“Hmmm, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Gagang telefon diletakkan. Ika ke bilik mendapatkan kedua anaknya. Selepas kedua anaknya siap di beri makan dan berpakaian. Dr Daniel pun sampai.

“Apehal ni, Daniel?”
“Zam suruh saya datang jemput Ika dengan askar-askar ni.”
“Ohh....Kejap ya.”

Ika mencapai beg galasnya. Begitu juga Ain dan Aril.

“Mana beg pakaian?”
“Hah?!”

Ika terkejut.

“Ohh....Lupa! Zam suruh beritahu Ika, dia suruh Ika dan anak-anak bermalam kat sana satu minggu. Dia dan ‘book’ sebuah rumah untuk Ika sekeluarga.”
“Dia ni! Selalu buat kerja ‘last minute’. Saya tak siap apa-apa lagi. Daniel tunggu sekejap takpe kan?”
“O.k, take your time.”

Ika masuk ke bilik dan memasukkan beberapa helai bajunya ke dalam sebuah beg pakaian kecil. Selepas itu dia ke bilik putera dan puterinya.

“Abang! Adik! Cepat, bawak mainan mana yang kamu nak bawa. Dua mainan untuk seorang je tau.”

Selepas selesai mengemaskan apa-apa yang patut, Ika pun kembali ke ruang tamu. Beg pakaian anak-anak diserahkan pada Daniel.

“Sikit sangat barang Ika. Tak bawa beg solek ke? Atau anything else.”
“Alah, jeans dan t-shirt pun dah lebih dari cukup.”

Ika tersenyum.

“Simple. Tapi....Hmm...”
“Ooh....Maksud Daniel beg solek ke? "

Daniel mengangguk.

“Saya tak berapa sukakan kosmetik sangat. Setakat bedak muka dan pencuci muka. Dah cukup.”

Mereka mula bertolak.

“Nisya tak ikut?”
“Nisya dah pergi dengan Zam baru-baru ni lagi. Dia kan pembantu Zam.”
“Ooh....Tak jeles ke?”
“Takde apa nak dijeleskan, Ika. Saya percayakan Zam, lagipun takkan Nisya masih ada hati kat Zam sedangkan Zam dan ada Ika dan anak-anak, kan.”

Berbunga hati Ika mendengar pujian sebegitu dari Daniel. Mereka sampai ke Tasik Kenyir lebih kurang beberapa jam dari waktu mereka bertolak. Sebaik saja tiba di sana. Syed terlebih dahulu diberitahu oleh Daniel.

“Aku dah bawak buah hati pengarang jantung kau kat sini. Hah! Cepatlah datang sini. Kesian askar-askar dah mati kena tembak.”

Daniel menelefon Syed. Beberapa ketika kemudian. Syed tiba dengan Unsernya. Ika terus mendapatkan Syed. Mencium tangan Syed. Syed mengucup lembut dahi Ika.

“Hah! Itulah kau, Nell. Aku suruh kahwin tak nak. Bila tengok aku beromantis dengan Ika, melopng kau.”

Syed memeluk bahu Ika erat-erat, sementara Ika memaut pinggang Syed. Daniel tersengih malu bila menyedari perbuatannya, melihat kemesraan antara Ika dan Syed.

“Abah!!!”

Jeritan Ain dan Aril mengejutkan Daniel, Syed dan Ika.

“Bila pulak budak-budak ni bangun?”
“Budak-budak tu dapat bau abah dia, Daniel. Tengoklah tu! Rindu sangatlah tu.”
“Matilah abah macam ni. Sorang-soranglah dukung.”

Ika hanya menggeleng kepala dengan sikap anak-anak yang berebut minta didukung oleh Syed.

“Dr.Zam!!!!”

Dari jauh kelihat seorang gadis berlari-lari kecil mendapatkan Syed. Ika cuba meneliti kelibat gadis yang berlari diikuti beberapa orang gadis lain. Arul di serahkan pada Ika. Syed dan Nisya bercakap-cakap sesuatu. Kemudian Syed memanggil Daniel. Pada Ika hanya ditunjukkan isyarat agar ‘tunggu sebentar’. Ika hanya mengangguk. Ain dan Aril di bawa ke tasik.

“Umi...Tenapa auntie panggil abah?”
“Abah tengah kerja, sayang.”

“Umi....Adik lapar.”
“Abang pun....”

Ika tersenyum. Ika ternampak sebuah restoran di kawasan tidak berapa jauh dari lokasi mereka.

“Adik nak makan ayam.”
“Abang pun. Nak matan ayam TeAfCee.”
“Kat sini mana ada ayam tu. Nanti balik rumah, baru kita ajak abah pergi ya.”
“Abah tak cayang Umi ke?”

Soalan dari si adik mengusik hati Ika. Dia sendiri pun tak sedar, dia dan anak-anak datang dari jauh. Kemudian ditinggalkan sendirian di temapat yang terlalu baru bagi mereka. Ika mengambil tempat yang agak keluar. Sambil memerhatikan ikan-ikan di tasik. Ika menemani anak-anaknya menjamu selera. Hari semakin gelap. Ika masih menanti kehadiran sesiapa yang dikenalinya.

“Abah memang tak cayang kita, Umi. Tengok, matahari dah balik umah. Tapi abah tak datang ambik kita lagi.”

Si abang pula melepaskan luahan. Di tariknya tangan Ika agar memeluknya. Si adik, Ain telah lama terlelap. Di sofa di ruang menanti resort tersebut. Beberapa minit kemudian Syed pun tiba.

“Kenapa duduk kat sini lagi. Ika tak pandai ke nak ambik kunci spare. Hisy!”

Sikap Syed mengejutkan Ika. Daniel pun terkejut. Ika hanya terdiam.

“Hah! Tunggu apa lagi. Cepatlah!”

Syed mendukung Arul ke kereta. Di dalam kereta hingga ke rumah rehat yang disewa, Syed hanya mendiamkan diri. Ika turut mematungkan diri. Malas melayani amarah Syed. Setibanya di rumah rehat, Ika terus menidurkan Arul dan Aril. Di dalam diam, Ika benar-benar terkilan dengan sikap Syed. Syed terus merabahkan diri di atas katil ketika Ika mengambil kelengkapan mandinya.

“Kenapa tak kejutkana budak-budak tu. Lagipun sekarang tengah Maghrib, kan?”
“Takpelah...Diorang akan bangun sendiri jam 8 lebih nanti.”

Ika terus masuk ke bilik air.

‘ Ya allah! Apalah yang aku buat ni? Kenapalah aku sanggup marahkan Ika tadi tu. Ampunkan abang Ika.’

Sikap acuh Ika membuatkan Syed tersedar dari kesilapannya menengking Ika sebentar tadi. Ika siap berpakaian ketika keluar dari bilik air. Syed terus mendapatkan Ika.

“Maaf, bang. Ika nak solat dulu. Tengah ada wuduk ni.”
“Ika....”

Ika mengeluarkan pakaian sembahyang dari beg pakaian dan terus solat tanpa mempedulikan Syed. Ika semakin sebak ketika Syed cuba memujuknya. Semenjak kehadiran anak di antara hidupnya dan Syed. Dalam diam Ika mulai sensistif. Selesai Ika solat, Syed baru keluar dari bilik air. Ika terus mengelakkan diri dari Syed.

“Sayang.....”

Ika terkejut bila Syed merangkulnya dari belakang. Ika cuba menepis.

“Maafkan abang pasal tadi ya.”

Ika cuba meloloskan diri dari rangkulan Syed. Namun usahanya sia-sia. Nyata tubuh tegap Syed mengikatnya dari terus melepaskan diri. Syed semakin memeluk Ika seerat mungkin.

“Abang tak salah apa-apa. Ika ni yang tak reti nak usaha sendiri. Selalu nak menyusahkan abang. Ika yang bodoh.”

Ika semakin sebak. Belakang tangannya digunakan untuk mengesat mata yang semakin basah.

“Syyy....”

Lembut bisikan Syed menyapa di telinga Ika.

“Dari dulu lagi Ika beritahu abang. Kita tak secocok. Ika tak boleh berdikari sendiri. Ika banyak menyusahkan abang. Lepaslah!”

Ika cuba melarikan diri lagi.

“Abang minta maaf, ok? Abang yang salah. Abang tak sedar isteri dan anak-anak abang sanggup ke sini dari jauh semata-mata nak tengok abang. Abang tak hargai Ika dan anak-anak.”

“Abang tak hargai kami sebab....Sebab Ika bukanlah isteri yang abang pilih sendiri. Dan anak-anak ni lahir sebab bukan atas kerelaan abang. Abang terpaksa kahwin dengan Ika. Ika sedar, Ika miliki abang kerana kita ditangkap khalwat.”
“Stop!! Abang benci dengar semua tu!!!”

Tenkingan Syed membuatkan Ika terdiam. Ika terus melarikan diri keluar. Airmata yang ditahan sejak tadi merembes keluar.

“Berapa kali aku cakap! Jangan bangkitkan hal tu!! Aku tak suka!”

Syed bertempik, hingga menyebabkan kedua anaknya terjaga. Ika semakin kecewa. Syed yang menyedari kesilapannya terus mencari Ika di luar. Daniel dipanggil untuk melihat kedua-dua anaknya.

“Apa dah jadi, Zam?”
“Aku tengking Ika, Nell. Ntahlah... Fikiran aku pusing sekarang ni.”
“MasyaAllah! Apa nak jadi dengan kau ni, Zam? Lekas! Cari Ika, kawasan ni bahaya untuk. Budak-budak ni biar aku tengokkan.”

Syed mencapai torch light dan jaketnya. Langkahnya laju untuk mencari Ika.

“Ika!!”

Syed ternampak kelibat Ika di tepi taman tidak jauh dari rumah rehat mereka. Ika terjelepuk menangis di situ. Syed menyentuh bahu Ika perlahan-lahan.

“Maafkan abang, sayang...”

 



Ika menepis. Syed semakin berani menarik Ika ke pangkuannya.

“Lepaskan Ika!”
“Tak...Abang tak kan lepaskan Ika. Jangan tinggalkan abang lagi, sayang.”

Kepala Ika dtarik menghadapnya.

“Abang sayang Ika. Please, sayang!”
“Kalau abang tak suka Ika!! Lepaskan Ika saja, Ika tak boleh terima bila abang.... abang....”

Ika teresak lagi. Syed semakin rasa bersalah. Pipi Ika yang ditampar tadi, disentuh lembut. Ditariknya wajah Ika agar memandangnya.

“Ika benci bila orang berkasar dengan Ika. Lebih-lebih lagi...”
“Abang tahu. Abang tak sengaja, sayang.”

Dahi Ika diciumnya.

“Abang sayangkan Ika. Sayang sangat-sangat.”

Pujuk Syed lembut. Syed memeluk Ika seerat mungkin. Lama kelamaan, pelukan Syed berbalas.

“Abang....Ika rasa Ika abang tak perlukan di sini. Esok Ika nak balik.”

Sayu Ika memberitahu kehendaknya pada Syed. Syed sedikit terkejut. Dipandangnya wajah Ika sedalamnya.

“Ika....”
“Tak perlu lah abang pujuk Ika lagi. Keputusan saya muktamad.”
“Listen, honey! Tengok abang, abang mintak maaf dengan Ika pasal tadi tu. Tapi, please.... honey, i need you here. Pleasee....”

Ika terpaksa akur.

“Jom! Anak-anak dah tunggu tu. Lagipun abang laparlah, sayang.”

Syed menggosok perutnya. Ika kembali tersenyum.

“Ika pun.”
Mereka beriringan kembali ke resort. Ain dan Aril menanti dengan wajah mencuka. Syed terus mendukung si puteri.

“Mana uncle Nell??“
“Tuu....Uncle buat syusyu tak syedap. Manisy!”

Ain mengadu. Si abang menjeling.

“Adik tipu!! Mana ada?! Kan kiter dah ‘promisy’ ngan uncle. Kalau tak kita takleh makan ayem....”

Aril separuh berbisik pada si adik yang berada dalam dukungan Syed. Ika dan Syed ketawa dengan gelagat kedua anaknya.

“Mata umi masyuk abuk lagi ya. Meh abang tiup!”

Tangan Ika ditarik agar Ika tunduk mendepani Aril. Sebaik wajah Ika tiba ke wajahnya, perlahan Aril meniup mata Ika. Syed hanya tersenyum melihat keletah puteranya. Seketika kemudian Daniel keluar.

“Hah! Ke manalah tuan hamba sekalian bermadu kasih, hah? Letih nak layan karenah askar-askar ni.”
“Uncle buat syusyu tak syedap.”

Ain merangkul leher Syed. Cuba mengadu pada Umi dan abahnya.

“Tak adalah! Mana ada uncle buatkan susu untuk Ain.”
“Uncle tipu!! Dosya!!”

Ditekankan perkataan itu, hingga membuatkan Daniel, Syed dan Ika ketawa. Ain menutup mulutnya. Malu. Kemudian digomolnya pipi Syed.

“Hah! Kan dah malu anak abah ni. Hisy! Lemas abah ni, sayang.”
“Adik....”

Ika mengingatkan Ain.

“O.k!! Masuk dulu Nell, lepas tu kita pergi makan.”

Syed mempelawa Daniel.

“Jom! Umi mandikan, dah busuk anak-anak umi ni.”
“Abang dah mandi ngan uncle, Mi.”
“Adik pun.”

Ika sedikit terkejut.

“Betul ke Nell?”

Daniel menggaru kepal yan tidak gatal, sememangnya dia ada mandikan Ain dan Aril selepas mereka bangun sebentar tadi. Cuma baju mereka yang tidak berganti kerana Daniel tdak tahu mana Ika menyimpan pakaian-pakaian mereka.

“Pampers dah tukar?”
“Hmm....Yang tu saya ambil dari beg galas bebudak ni, Ika. Pakaian je tak tahu Ika letak mana.”
“Takpelah, mari umi tukarkan baju.”

Sementara menanti Ika menyiapkan pakaian anak-anak, Syed dan Daniel merehatkan diri di beranda.

“Uncle!!Jomlah! Kata nak makan ayem!!!”

Aril menjerit naik ke ribaan Daniel.

“Abang!! Tak siap lagi tu. Mari sini, jangan usik uncle tu.”

Panggilan Ika lansung tidak dipedulikan oleh Aril.

“Abang...Dengar tak? Kan Umi panggil tu. Cepat masuk. Kesian unle.”

Aril mencebik dan terus melangkah masuk.

“Kau buatkan budak-budak tu susu ke tadi, Nell?”
“Hah! Malu aku, Zam! Abang suruh aku letak gula, jadi aku letak jelah. Lepas tu Ain yang rasa terus merungut. Hisy! Tak terlayan aku. “
“Tulah, aku suruh kahwin kau tak nak. Nanti dah ada anak sendiri baru kau tahu.”
“Hah!! Abah, Uncle...Tom...”

Ain memanggil Syed dan Daniel dengan pelatnya. Gaun tidur yang dipakainya meleret ke tanah, baju sejuk biru yang dipadankan dengan gaun tidurnya menampakkan kegenitannya.

“Puteri abah malam ni macam ‘pari-pari’ je. Mari abah dukungkan. Mana Umi?”
“Adik tak nak dukung. Adik nak pimpin ngan uncle. Abah dah ada umi.”

Ain minta diturunkan dari dukungan Syed. Syed menggeleng kepala melihat Ain yang tergedek-gedek dengan gaunn tidurnya yang labuh mengheret. Terus dia mendapatkan tangan Daniel untuk minta dipimpin.

“Abang....Cepatlah, bagi selendang umi tu. “
“Tak nak! Abah marah abang! Umi marah abnag! Uncle pun....Orang tak cayang abang....”

Aril mula membuat karenah rajuknya. Sebaik Syed masuk, Aril masih bergulung di katil dengan selendang uminya. Itulah perangai Aril, pantang hati terusik sikit, pasti tudung Ika yang dicarinya.

“Abang....Abah tak marah abang.....Abah beritahu abang je tadi tu. Kalau abang buat perangai macam ni, nanti uncle Nell tak belanja aiskrim.”
“Abang nak ayem....Abang tak nak selendang umi lagi. Uncle!! Uncle!!”

Aril keluar mendapatkan Daniel. Ika mencapai tudungnya dan sarungkan ke kepala. Syed hanya memerhati dari jauh. Sebaik Ika selesai memakai tudung, mereka sama-sama keluar ke cafe resort.

“Nell....Kenapa tak ajak Nisya makan sama.”
“Dia penat, pasal kes petang tadi tu.”

Ika hanya mendiamkan diri melayani karenah anak-anaknya. Sesekali, Syed menyuapkan nasi ke mulut Ain dan Aril. Dan sesekali juga suapan disua ke mulut Ika. Ika hanya menurut.

“Tak nak nasyi, umi. Nak nasyi uncle.”

Sengaja Ain dan Aril mengusik Daniel.

“Hah! Mengusiklah tu....Nakal!”
“Biarlah Ika. Biar Nell rasa macam mana ada anak sendiri.”

Syed menyampuk. Sementara Ain dan Aril mengganggu Daniel, sempat Ika menghabiskan nasi di pinggannya. Namun sesekali dia melayani Syed, meletakkan lauk pauk ke pinggan Syed. Selesai makan.

“Zam...Aku bawa budak-budak ni main kat taman sana sekejap ya.”

Syed dan Ika mengangguk.

“Kesian Nell tu, bang.”
“Takpelah, masa nilah kita nak bersendirian. Ika ingat tak ‘first’ masa abang kenal Ika dulu?”
“Kenapa keluarkan isu tu? Hal dah lepas, bang.”
“Iyalah, yang lepas tu yang mesti kita ingat dan kenang selalu. Manis bila dikenang tau.”
“Abang nak aiskrim tak?”
“Nak gak! Tapi nak share ngan Ika je.”
“Ha, gatal dah datanglah tu.”

Ika bergurau. Syed memaut tubuh isterinya rapat ke sisi. Sesekali dia mencium ubun-ubun Ika. Sementara menanti aiskrim tibe, Syed teringat peristiwa, di mana kali pertama dia menemui Ika.
Masa mula-mula Ika dan dia sama-sama masuk ke ‘form’ Satu. Ika seorang yang tegas, dia tahu semua tu. Pertama kali dia kenali Ika, dia bersama Azlan. Anak teman baik abahnya. Seorang peguam. Azlan kerap mengajak Syed ke kelas Ika. Malah Azlan suka mengusik Ika.

“Kau jadilah awek aku, Ika!!”
“Jangan nak mimpilah! Kalau saya nak ambil awak jadi pakwe saya. Hee! Tepilah skit!!! Awak ni ganggu lalulintas tau.”

Syed dimarahi oleh Ika. Azlan hanya ketawa kecil, senang hati melihat gadis yang dipuja menengking garang. Azlan masih membototi Ika. 


“Kau ni garang-garang, nanti tak sapa nak kat kau baru tahu.”
“Susah apa?!! Bukan awak je lelaki yang ada yang boleh kahwin, kat luar nun berduyun lagi tau.”
“Janganlah jual mahal...Kan abang lari kan??”
“Uwekk!!”

Ika pura-pura muntah. Azlan berlalu puas. Puas untuk hari itu. Esoknya, Azlan mengusik Ika lagi. Sudah rutin hariannya mengusik Ika yang sememangnya tidak senang dengan perangai Azlan. Suatu hari....

“Abang....Abang....”

Tanpa Syed sedar, aiskrim telah siap dihidangkan di meja mereka. Ika menguis tangan Syed beberapa kali. Syed mula tersedar dan tersengih.

“Nak Ika suap ke?”

Syed menurut bila Ika menyuakan aiskrim dalam sudu yang disediakan. Sesekali Ika menyapu birai mulut Syed perlahan.

“Abang berangan ya. Ingatkan sapa?”

Syed cuba mengubah topik perbualan mereka.

“Kan seronok kalau hari-hari macam ni. Berdua...Takde sebarang gangguan, kan?”

Sedang asyik Syed dan Ika bergurau. Nisya mencelah.

“Amboi-amboi, romantisnya.”

Perli Nisya. Ika pantas membetulkan duduknya. Cuma Syed yang masih erat memeluk bahu Ika.

“Abang Zam, ada nampak Abang Nell tak?”
“Hah ada! Dekat taman dengan Ain dan Aril tu.”

Nisya berlalu tanpa menegur Ika. Ika sedikit terkilan dengan sikap Nisya.

“Ika dah kenyanglah, lagipun dah lewat ni. Budak-budak kena tidur.”

Syed akur dengan kehendak Ika. Ika meminta diri dari Daniel dan Nisya untuk membawa Aril dan Ain kembali ke rumah rehat mereka. Ika mendukung Ain, sementara Syed mendukung Aril yang sudah kepenatan. Selepas menidurkan kedua anak mereka, Ika turut terlelap di samping Aril, hinggalah tersedar bila Syed cuba mencempung tubuhnya ke kamar mereka.

“Eh! Maaflah, bang. Ika terlelap kejap.”
“Syy.....”

Ika merangkul leher Syed, kemudian satu ciuman singgah ke pipi Syed. Syed hanya tersenyum. Syed melepaskan kerinduannya pada Ika. Hinggalah mereka terlelap.

“Abang....”

Ika mengejutkan Syed perlahan. Kain selimut digunakan Ika untuk menutup tubuhnya. Syed mengalihkan posisi tubuhnya.
“Bangun solat Subuh, sayang....”

Ika mengejutkan Syed perlahan-lahan. Syed menggeliat pulas, menarik selimut yang menutupi tubuh Ika. Dirangkulnya Ika kembali ke dalam pelukannya.

“Bang....”

Suara Ika yang perlahan membuatkan Syed perlahan-lahan membuka mata. Ika mencium kedua belah kening Syed. Kemudian terus ke bilik air. Sebaik keluar dari bilik air, Syed masih lena dalam gebarnya. Ika mengusik lagi dengan merenjiskan rambutnya yang masih basah ke muka Syed. Syed pantas membuka mata dan menarik Ika ke dalam pelukannya. Nasib Ika pantas mengelak. Akhirnya Syed bangun dan ke bilik air, mereka sama-sama solat. Kemudian kembali telelap di katil.

“Sayang....Abang pergi dulu. Nanti jam 9.00 abang tunggu di kafe.”

Satu ciuman singgah ke dahi Ika.

“Hmm....”

Ika menjawab malas, Syed masih sempat melayangkan ‘flying kiss’ buat isteri tersayang sebelum menutup pintu rumah rehat mereka. Beberapa ketika selepas Syed keluar, Ika mula melangkah ke bilik air. Membersihkan diri dan cepat-cepat bersiap.

“Umi!!!Umi!!!”

Kedengaran Ain dan Aril menjerit-jerit memanggilnya. Selepas siap memandikan kedua mereka, Ika terus menyiapkan mereka untuk sarapan di kafe. Sebaik melangkahkan kaki ke luar kawasan rumah rehat. Ika terpegun seketika, melihat keindahan persekitaran mereka.

“Wow!!”
“Wow!!”

Kedengaran suara kecil yang juga terpegun dengan apa yang terhampar di depan mata mereka.

“Syemalam tak cantik, Mi?”

Ain mula bersuara.

“Malam gelap, matahari masyuk tidur. Mana nampak.”

Si abang menjawab.

“Adik taulah! Adik tak tanya abang. Adik tanya umi.”
“Abang dengar, abang jawab ah!”
“Adik tak syuruh abang jawab.”
“Abang nak jawab juga!!”

Aril menengking Ain. Masing-masing berbalah cuba ingin tegakkan pendapat masing-masing. Ika hanya membiarkan anak-anaknya dengan halnya sendiri.

“Assalamualaikum, Puan?”

Seorang gadis menegur Ika lembut.

“Waalaikumsalam.”

Ain dan Aril terdiam, melihat gadis yang menegur mereka, yang dikenali sebagai Nadia.

“Puan ni isteri Dr Zam, kan?”

Ika mengangguk.

“Saya Nadia, pembantu Dr Daniel. Dr Daniel pun salah seorang doktor yang bertugas di sini. Ini siapa ni? Smart betul!”

Nadia memuji Aril, menyebabkan Ain yang bertocang dua mencebik.

“Ooh!! Saya kenal Dr Daniel tu, Nadia tak start kerja lagi ke? Saya Ika, Ini Ain dan yang smart ni...Aril. Hah! Salam ngan kakak tu.”

Ain dan Aril menurut, mencium tangan Nadia.

“Ni mesti permata hati Dr Zam, kan?”

Ain didukung oleh Nadia.

“Nadia dari mana ni? Jom ke kafe sama-sama.”
“Hah! Kebetulan saya pun nak ke sana.”

Aril dan Ain berebut-rebut untuk berpimpinan dengan Nadia.

“Cepat budak-budak ni mesra, puan?”
“Hmm....Macam tulah, kalau mesra je takpe. Tapi kalau dah naik tocang nanti. Penat orang nak melayannya.”
“Puan baru datang semalam, kan. Maaflah semalam saya tak sempat nak tegur Puan. Ada pawang kat kampung ni mengamuk. Marah kami buat operasi Perubatan kat kawasan ni.”
“Ooh...Sampai macam tu sekali. Nadia boleh panggil saya Kak Ika je lebih rapat, kan?”

Nadia terdiam. Teringat kata-kata Nisya tentang diri isteri Doktor Syed Nizam yang sombong dan tak beradab.

“Hah! Sampai pun. Penat Kak Nadia layan Ain dan Aril tau.”

Ika menegur anak-anaknya. Nadia ditarik oleh Aril ke meja makan abahnya.

“Abah, abang ada kawan.”
“Kak, nilah abah abang.”

Syed tersenyum. Daniel mengusik Aril.

“Kawan ke awek Aril?”
“Takdelah, kalau awek kena kahwin. Cam uncle ngan aunt Nisya.”

Daniel hanya tersengih.

“Kamu ni, menatang-mentang Nadia ni kecil molek, boleh kamu gosip dia dengan Aril ni. Daniel, Daniel....”

Ika dan Ain menapak ke meja mereka.

“Dr, inilah isteri saya. Ika.”

Seorang doktor yang agak berusia bangun bersalaman dengan Ika.

“Ika makan dekat meja sanalah, abang pun sibuk ni. Nanti susah bila budak-budak ni buat hal.”

Ika berbisik ke telinga Syed. Syed hanya mengangguk.

“Nanti abang pergi sana ya.”
“Ika....Join us.”

Dr Razif menawarkan tempat kosong di mejanya. Ika hanya menolak lembut pelawaan dari Dr Razif. Selepas Ika berlalu.

“Nice wife, macam anak menantu saya. Baguslah macam tu Zam. And you have cute babies. They remember me about my grandchilds.”

Ika makan semeja dengan Nadia dan kedua anaknya. Selepas selesai bersarapan, Syed menemui Ika terlebih dahulu sebelum memulakan kerja.

“Malam ni abang tak balik. Jaga diri ya.”
“O.klah!! Abang tu pun.”
“I love you.”

Ika menolak tubuh Syed dari mendekatkan hidung ke pipinya, malu Ika bila beberapa orang rakan sekerja Syed memandangnya dengan senyuman mengusik. Syed memulakan kerja-kerjanya, dan Ika melayani karenah kedua anaknya bermain di sepanjang kawasan ‘resort’ tersebut.

“Dr....”
“Yap! What’s problem, Nadia.”

Syed cuba menegangkan sendi-sendinya, yang lenguh-lenguh selepas seharian bertungkus lumus memberikan rawatan kepada anak-anak kampung.

“Tadi....Tadi..”
“Kenapa?! Kamu buat silap ke?”
“Takk....”

Pantas Nadia menjawab. Syed masih menggerakkan badannya yang sudah lenguh-lenguh.

“Kak Ika....”
Ayat yang keluar dari mulut Nadia, mengejutkan Syed. Syed memandnag Nadia.
“Kenapa dengan Ika?”
“Tadi lepas tengahari tadi, Dr suruh saya balik jengukkan Kak Ika, kan?”

Syed mengangguk.

“Kak Ika tak sihat, masa saya sampai kat ‘resort’ doktor. Aril menjerit-jerit minta saya tolong Kak Ika.”
“What happen to her, Nadia?”
“Kak Ika pengsan.”

Syed terkejut.

“Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal?”
“Kak Ika marah saya beritahu Dr, dia tak nak Dr terganggu.”
“Saya kena balik,hati saya tak tenteram lepas awak bagitahu macam tu. Maaf ya!”
"Takpe, doc. Saya faham."

Syed meraup mukanya. 


Sebaik tiba di resort, Syed terus ke rumah rehatnya. Syed terus masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Kelihatan kedua anaknya sedang bermain-main di depan televisyen.

“Mana Umi, sayang?”
“Umi mandi.”

Ain terus naik ke ribaan Syed.

“Umi jatuh tadi, bah.”

Adunya. Aril turut menghampiri Syed, menceritakan tentang kejadian petang tadi. Syed hanya mendengar cerita anak-anaknya satu persatu. Ika keluar dari bilik air. Syed terus mendapatkan Ika. Terus dipeluknya Ika. Sesungguhnya dia benar-benar bersyukur. Ika masih selamat.

“Kenapa abang ni?”

Ika masih kehairanan.

“Hah! Ni mesti anak-anak Umi yang beritahu abah ya. Abang kata malam ni takleh balik. Kenapa ni?”
“Abang minta maaf, sayang.”

Diciumnya wajah Ika berkali-kali.

“Ika ‘senggugut’ je. Tak tahu teruk sangat sampai jadi macam tu. Nasib Nadia datang.”
“Betul Ika tak apa-apa? Abang bimbang sangat.”
“Itulah Ika tak nak abang tahu tu.”
“Ika....Abang suami Ika.”
“Ika tahu, Ika tak nak abang susah hati. Ika tak nak kerja abang terganggu sebab Ika. Sorry key?”
“Abah tak malu ngan Umi. Cium Umi cam tu.”

Aril dan Ain bersorak bila melihat Syed memeluk dan mencium Ika.

Muhammad Ttuyup , Rabu, November 29, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.