2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Terima Kasih Teman : Part 1

“Ika janji Sue, Ika akan bukukan kisah persahabatan kita. Sue dan Rin jadi saksi tau.”
“Betul…Kalau Ika bukukan kisah kita, tentu Rin boleh glamour kan. Masuk nama pun acilah.”
“Ika…Sue tak ingin itu semua, tapi kalau Ika nak bukukan sangat. Sue harap Ika boleh bagi Sue,Rin dan Azie novel ‘free’ tu ye.”
“Ika…Ika nak buat tajuk aper, novel tu nanti?”
“Ntahlah tak fikir lagilah,Rin.”
“Eh!! Dah ‘time’ Isyak nie. Kan naya bile Cik kapten tegur…”
Itulah Rin group’s.Bergurau,berseloka dan berbincang memang tak kena tempat. Biasalah,kan. Dah jadi member kamceng nie. Susah kalau bila berjumpa takde topik. Nasib berempat je. Kalau berlima nak senget jadinya surau asrama Permatang. Nasib Azie dan Zira dapat MC.
Sebaik agenda bersalam-salaman selesai solat masing-masing terus pecut seribu. Bimbang lewat masuk Dewan Study. Ngan para boy ‘Aspura’, habis kena ‘control keayuan’. Biasalah pompuan. Kalau dah ader hal-hal berkait ngan teruna, pastinya bersolek 4 hingga 5 jam. Tapi Rin group’s, hanya selamba giler. Kononnya senior, berlagaklah skit.

“Kak Ika!!!Kak Ika!! Ada perjumpaan AJK…”
“Ya allah! Lupa lagi, takpe ‘cover’…..’cover’…”
“Nyior ngkau, Ika… Big Boss nak bersua tu… Kan kena ‘lecture’ kan tak pasal-pasal Sue tak lelap malam nie.”

Ika terus memecut sama, sambil melambai tanda terpaksa. Sementara Rin dan Sue, meneruskan aktiviti. Menambahkan dosa ‘free’ ngan cik-cik abang. Memang tiap-tiap malam diorang berempat dating. Tapi bukan ngan kekasih laa. Tapi ngan member yang se’kepala’ juga. Azim, Syafri, Zul, Shah, Syed, Lan dan adik-adik junior kesayangan. Time student lain turun study barulah diorang merangkak naik. Mentang-mentanglah study kat atas, semuanya ikut pandai. Dah besar, tapi ajarnya tak pernah cukup-cukup.

“Kak Rin! Mana Kak Zira, Kak Ika dan Kak Azie… Haa, tentu cuti am kan.”
“Pandailah adek Dugong nie.”

Adek Dugong gelaran paling ideal untuk junior kesayangan mereka Affiz Najmi. Mereka akrab seolah punyai ikatan adikberadik yang cukup akrab. Dengan kehadiran junior form satu yang manja-manja dan comel-comel seperti Adek Dugong dan Faris. Memang dioranglah pengubat rindu, bagi member-member Rin. Tapi kat aspuri Permatang, tiada insan lain yang lebih glamour dari mereka. Cuma tanggungjawab yang ada pada mereka agak ringan kecuali Ika. Adik-adik junior di Aspuri lebih suka membebani Ika. Ika lah Penolong dorm, Ikalah AJK asrama, Ikalah Pengawas, Ikalah Bendahari dan macam-macam lah.
Tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan besar SPM. Hanya mereka yang perlu gigih berusaha. Tiada insan yang boleh diharapkan kecuali diri sendiri. Dan masuk tahun ini 3 tahun asrama mereka bernaung dibawah pentadbiran Cikgu Razman, guru disiplin sekolah. Di mana cikgu yang paling garang dan berdisiplin.
Sepanjang asrama mereka bernaung dibawah Cikgu Razman, tiap hujung minggu kawad kaki diharuskan. Petandingan antara dorm dan seribu satu aktiviti yang menyukarkan mereka ‘rileks’. Tapi mereka sedar dengan kehadiran Cikgu Razmanlah, asrama mereka menjadi Johan Disiplin, Kebersihan dan Keceriaan Asrama antara Daerah. Dengan itulah, membuatkan asrama mereka sering mendapat tempat di dalam daerah
Muhammad Ttuyup , Rabu, November 29, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.