2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pembeli rumah dapat lebih perlindungan


KUALA LUMPUR: Kabinet semalam bersetuju meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118) yang akan memberi lebih perlindungan kepada pembeli rumah serta mengenakan denda lebih tinggi kepada pemaju.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting, berkata pindaan akta itu serta dua lagi akta berkaitan di bawah kementeriannya akan dibentangkan di Parlimen bulan depan.

Beliau berkata, pindaan Akta 118 memberi kuasa Menteri membatalkan pengecualian yang diberikan kepada pemaju seperti pembukaan Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) dan penghantaran laporan beraudit bagi agensi kerajaan.

Katanya, ia memperuntukkan Menteri dengan kuasa perseorangan untuk melantik syarikat baru mengambil alih pemaju perumahan yang tidak memenuhi obligasi tanpa perlu merujuk kepada Menteri Kewangan.

"Ia juga akan meningkatkan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) mendengar tuntutan daripada tidak melebihi RM25,000 kepada tidak melebihi RM50,000.

"Pindaan juga memberi hak kepada pembeli rumah menamatkan perjanjian jual beli rumah dalam tempoh enam bulan selepas perjanjian pertama ditandatangani khususnya jika projek berkenaan bermasalah.

"Ketika ini Akta 118 ini hanya memihak kepada pihak pemaju saja," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Ong berkata, jurutera, arkitek atau pemegang amanah harta yang melanggar Akta 118 boleh menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan penalti maksimum RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Beliau berkata, hukuman dan denda sama boleh dikenakan bagi kesalahan menghalang siasatan oleh pegawai pemeriksa dan kegagalan memberikan terjemahan betul dalam Bahasa Melayu.

Katanya, denda kesalahan atau kegagalan mematuhi peruntukan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Akaun Pemajuan Perumahan) 1991 ditingkatkan dari RM5,000 kepada RM20,000 manakala tempoh penjara dari tiga kepada lima tahun.

"Kesalahan tidak membuka dan menyelenggara HDA dengan betul dan menjalankan pemajuan tanpa lesen ditingkatkan daripada minimum RM50,000 kepada RM250,000.

"Kesalahan tidak memenuhi kewajipan sebagai pemaju perumahan berlesen ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada minimum RM50,000 dan maksimum RM250,000.

"Denda sama dikenakan bagi kesalahan pengarah, pengurus atau setiausaha syarikat yang diisytiharkan bankrap atau disabitkan kesalahan pecah amanah," katanya.

Sumber dr. Berita Harian Online - 30/11/2006
try , Khamis, November 30, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog