2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mufti nafi kayu kokka berkhasiat

Berita Harian : 28/11/2006
KANGAR: Tindakan menjual Kayu Kokka yang didakwa dari jenis tongkat Nabi Musa dan mempunyai pelbagai khasiat adalah perbuatan yang menyeleweng dari Islam.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata tindakan peniaga terbabit menerusi risalah yang mendakwa kononnya Kayu Kokka itu mampu memakbulkan hajat, keselamatan dan memajukan perniagaan, adalah satu bentuk penyelewengan daripada Islam.

"Dakwaan yang dibuat peniaga terbabit menerusi risalah yang diedar kepada orang ramai adalah dakwaan palsu dari segi agama," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mohd Asri memberi dua hujah bagi menyangkal dakwaan yang dibuat peniaga itu iaitu tiada dalil sahih yang mengatakan tongkat Nabi Musa atau bahtera Nabi Nuh atau mana-mana nabi diperbuat dari kayu jenis itu.

"Jika kayu dari jenis ini (Kayu Kokka), mukjizat yang terjadi bukan disebabkan faktor jenis kayu tetapi kerana mereka ditabalkan menjadi Rasul.

"Mengaitkan Kayu Kokka dengan mukjizat nabi lebih kepada motif perniagaan yang boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan akidah," katanya.

Hujah kedua beliau ialah, dakwaan yang dibuat peniaga itu boleh membawa kepada syirik dan pendustaan kepada Allah s w t.

" Allah tidak pernah berjanji dalam al-Quran atau sunnah Rasul bahawa Allah akan memberikan khasiat kepada sesiapa yang memakai kayu berkenaan.

"Dakwaan yang dibuat peniaga itu bererti mereka mempergunakan nama Allah secara dusta kerana ada sesetengah peniaga yang dikesan menggunakan hadis palsu," katanya.

Mohd Asri juga berkata, tindakan peniaga yang menjual dan berkempen mengenai khasiat Kayu Kokka itu adalah perbuatan memperbodohkan orang ramai dan memalukan Islam.

“Umat Islam harus berusaha membangunkan diri dengan menggunakan sains dan teknologi, berusaha bersungguh-sungguh dan berdisiplin untuk memajukan perniagaan.

"Kepercayaan terhadap dakwaan yang dibuat peniaga ini boleh membawa kepada syirik, penyelewengan, khurafat dan karut disamping memalukan umat Islam pada zaman serba maju ini," katanya.

Sementara itu, Berita Harian menghubungi seorang peniaga di Kuala Lumpur yang menjual Kayu Kokka yang mendakwa tongkat diperbuat dari Kayu Kokka itu diimport dari Mesir dan dijual dengan harga RM950 sebatang, jauh murah dari harga sebenar iaitu lebih RM3,000.

Katanya, tongkat itu boleh diletakkan dalam rumah sebagai perhiasan untuk keselamatan harta benda, diri dan keluarga serta mengukuhkan perniagaan.
try , Selasa, November 28, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog