Jika seseorang berpakaian biasa yang menyatakan dirinya polis menahan anda, anda berhak meminta mereka menunjukkan kad kuasa mereka. Polis dikehendaki mengenalkan diri mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan tugas. Catatkan nama dan nombor pengenalan mereka.
Jika anda ditanya soalan-soalan lain, tanya polis tersebut, "Adakah saya ditangkap?". Anda berhak mengetahui sama ada anda ditangkap atau tidak. Jika polis menjawab YA, JANGAN jawab sebarang soalan lagi. Anda berhak menjawab soalan-soalan tersebut di Mahkamah. Jika polis menjawab TIDAK, anda bebas untuk beredar dari tempat itu.
Polis tidak berhak memeriksa anda tanpa sebab. Polis hanya boleh memeriksa anda jika anda ditangkap. Hanya pegawai wanita sahaja yang boleh memeriksa badan seorang wanita dan pegawai lelaki yang akan memeriksa badan lelaki dan dilakukan dengan sopan. Ini hak anda seperti yang termaktub dalam prosedur jenayah.
Anda dianggap DITANGKAP sekiranya polis memberitahu anda, "Anda Ditangkap" atau digari atau dilarang daripada meninggalkan tempat anda ditahan. Polis mesti memberitahu yang anda ditangkap. Ini adalah hak perlembagaan anda.
Sekiranya anda ditangkap, pastikan ada orang yang tahu anda telah ditangkap. Jika anda membawa telefon bimbit, hubungi rakan, keluarga atau peguam anda. Kenalpasti tempat dan masa anda ditahan. Kemungkinan besar anda akan dibawa ke balai polis yang terdekat. Minta rakan, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis yang berhampiran dengan tempat anda ditahan.
Apabila berada di lokap, barang-barang yang anda bawa akan diambil dan disenaraikan oleh polis. Periksa senarai tersebut, pastikan jumlah wang dan butir-butir kad kredit dan bank ditulis dengan betul. Pastikan anda tandatangani senarai tersebut. Polis hanya boleh menahan anda dalam lokap selama 24 jam sahaja tidak kira sama ada pada cuti umum atau hujung minggu. Sebelum tempoh 24 jam tersebut tamat, polis harus membawa anda berjumpa Majistret.
Apabila dihadapkan ke mahkamah, beritahu Majistret jika anda ada apa-apa aduan contohnya anda dipukul, dipaksa membuat pengakuan, diugut, ditangkap tanpa memberitahu kesalahan anda, perlu berjumpa doktor dan sebagainya. Majistret hanya boleh mengenakan tahanan reman dalam lokap tidak lebih dari 14 hari. Peguam wajib ada bersama anda. Jika tiada peguam, maklumkan kepada Majistret untuk mendapatkan perkhidmatan peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menyediakan khidmat guaman.
Jika anda memerlukan bantuan hubungi :
* Pusat Bantuan Guaman KL : 03-26913005 / 26932072
* Pusat Bantuan Guaman Selangor : 03-33722792
* Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan : 03-26942700
* Biro Bantuan Guaman Selangor : 03-55194367 / 55106192
* SUARAM : 03-77843525
* HAKAM : 03-26938828
Selasa, November 14, 2006
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Ketahui hak anda jika ditahan pihak polis silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "