2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Gelang Zamrud

Ezza menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak kari kapitan kepala ikan merah kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada diPenang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya.. malam ini Pezal suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Ezza mengambil cuti kerja setengah hari.. hari ini anak anaknya Ziana dan Padil siang siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Pezal.. lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu.. malah tiga hari lagi genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Alhamdullilah. . walaupun perkahwinannya dengan Pezal mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya.. ternyata Ezza tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat  bahawa Ezza anaknya yang berkelulusan universiti.. jatuh hati dengan Pezal  yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah  menengah.
Ezza faham.. bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Pezal tidak akan dapat membahagiakan Ezza anaknya yang cuma seorang itu.. dengan gaji Pezal sebagai kerani. Tetapi Ezza sudah nekad. Dia tahu PezaL bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita cita dan matlamat hidup yang tinggi.

Buktinya Pezal sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan
yang paling penting..Pezal menyintainya sepenuh hati. Perlahan Ezza mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang tuanya, Ezza diijab kabulkan dengan Pezal dalam majlis yang penuh ceria.

"Assalamualaikum. ....." kedengaran suara memberi salam. Ezza tersentak.
"Abang! Walaikumsalam. .." senyumnya melebar melihat Pezal dibelakangnya. Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah di dahi Ezza. "Terperanjat Za!Bila abang masuk? Za tak dengar bunyi pintu dibuka pun?". "Saje aje. Nak suprisekan Za!" Pezal membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Ezza.  Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Pezal.
Mungkin Pezal beli "perfume" yang baru dari Penang, fikir Ezza.

"Eh! kata abang berangkat pagi ni.. takkan baru pukul tiga abang dah  sampai JB? Abang naik apa?" "By air..." ringkas jawapan Pezal. "Habis kereta abang?". "Pada Mofazha..." jawab Pezal. "Oh patutlah.." Ezza hanya menganggukkan kepala.

Dia kenal benar pada Mofazha.. salah seorang rakan kongsi suaminya.  Masa bertolak kelmarin pun.. Mofazha menumpang kereta Pezal. Sementara Jatt rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu.. menumpangkan Abdul Samad  rakan kongsi mereka yang ke empat. "Hah! Jatt tak ikut abang balik ke?.
Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu...." tanya Ezza.
Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Jatt, rakan baik suaminya itu yang masih membujang. "Nanti dia datang...... ." ujar Pezal. "Mana budak budak Za...?" tanya Pezal. "Ada dalam bilik..tidur kepenatanlah  tu....main basikal satu hari." "Basikal?" tanya Pezal.

"Hah ah.. ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu.."
jawab Ezza sambil meletakkan milo ais kegemaran Pezal di depannya. "Abang laparlah.. belum makan. Za masak apa?". "Ah.... Za masak lauk favourite abanglah..." senyuman Ezza melerek. "Kari kapitan?" teka Pezal. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu... Za siapkan makan. Abang nak tengok budak budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang....". "Habis  dengan mamanya tak rindu ke?" usik Ezza. "Tersangatlah rindu....." jawab Pezal lalu mengucup dahi isterinya lagi. Ezza tersenyum melihat Pezal berlalu.
Kasih sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Pezal yang penyayang.

Pezal terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi disaat ini mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Pezal merenung kedua dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Dikucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya?. Itulah yang selalu Pezal fikirkan. Dia tahu.. Ezza seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Ezza dapat mengatasinya. Namun nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian. Ezza masuk ke bilik anak anaknya perlahan lahan.
Sempat dia melihat Pezal menyeka airmata. Ezza hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Pezal menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Ezza walaupun mendapat tentangan hebat  dari ayah Ezza. "Bang... kenapa ni...?" Pezal mengangkat muka memandang Ezza.

"Za...kalau apa apa jadi pada abang.. Za jagalah anak anak kita baik baik.
Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya.. ." ujar Pezal
lembut. "Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan. Za dah
siapkan
tue". Za janji dengan abang dulu...." rayu Pezal. Ezza merenung wajah
suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Pezal hari ini. Tidak pernah
seingatnya Pezal berperangai pelik seperti ini. "Yalah...Za janji.."
akhirnya Ezza bersuara tidak mahu memanjangkan teka teki ini lagi.
"Za...abang ada belikan Za sesuatu...." ujar Pezal sambil menyeluk pokek seluarnya.

"Eh......gelang zamrud...." senyum Ezza tatkala melihat seutas gelang
tangan zamrud yang berkilauan. "Za ingat tak gelang nie?". Gembira benar
hati Pezal melihat keriangan di wajah Ezza. "Ingat!!!!!" Ezza
mengerutkan
dahinya sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat
langsung
pada gelang itu. "Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai
mas
di Komtar? Za suka sangat tengok gelang tu. Masa tu.. abang tak ada
duit
nak belikan Za. Tapi abang janji pada diri abang.. satu hari abang akan
belikan juga gelang tu untuk Za. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan
Jatt.. abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli...". Terpegun
Ezza
mendengar cerita Pezal. Sungguh tidak disangka setelah sekian lama..
Pezal
masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah
mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih
sayang
Pezal selama ini sudah cukup buatnya. "Terima kasih bang...." Ezza
memeluk
suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...". bisik Pezal ke
telinga
Ezza. "I love you too.." balas Ezza. Air jernih mula tergenang di anak
matanya. Dalam kesyahduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang.
"Jatt
agaknya tu...." bisik Pezal. "Tak pa. Biar Za yang buka pintu..." Ezza
bangun melepaskan pelukannya. "Za...."Pezal menyambar tangan Ezza. "I
love
you...very very much....." Pezal mengucup tangan Ezza.. penuh kasih.
"Me
too.." jawab Ezza pendek.

Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya. Sebaik saja pintu terbuka..
terpacullah wajah Jatt dengan rambut yang kusut masai. "Hai..Jatt. Apa
kena
dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?" usik
Ezza. Jatt hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan
melabuhkan
punggungnya di sofa. "Zaa...can you please sit down..", pinta Jatt.
Ezza
mengerut dahi. Apa kena dengan si Jatt ni agaknya? detik hatinya.
"Please...I have something very important to tell you..." pinta Jatt
lagi.
Ezza semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta.
Jatt
tertunduk.

Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Za...apa pun yang
Jatt
nak sampaikan ni.. Jatt nak Za sabar dan bertawakal. Terimalah dengan
hati
yang tenang..." perlahan ayat yang keluar dari mulut Jatt. "Apa yang
you
merepek ni Jatt?". Teka teki terus bermain di benak Ezza.
"Za.......Pezal. ...Pezal kemalangan. Dia tak dapat di selamatkan Za..."
tersekat sekat kekata itu keluar dari mulut Jatt. Ezza tertawa kecil.
Sandiwara apa pulak yang Jatt lakonkan nie..mengarut betul? Pezal kan
ada
di rumahnya tika dan saat ini. "Apa ni Jatt...kalau nak bergurau pun
biarlah bertempat... " balas Ezza. "I'm serious Za.....Jatt yang
saksikan
sendiri.. "Ezza terpegun. Mana mungkin Jatt berkata benar sedangkan
suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak anaknya,
gurauan
apakah ini..gumamnya sendiri... "Jatt.....apa yang Jatt repekkan
ni...Pezal
kan dah balik.

Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia" ...."Apa? Pezal
dah
balik?" terbeliak mata Jatt. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri
yang
memangku kepala Pezal di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas
yang
terakhir. Malah dia sendiri melihat bagaimana Pezal dirempuh lori tanah
ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan
setelah jenazah Pezal dibawa ke hospital dengan diikuti Mofazha dan
Abdul
Samad, dia terus memecut menuju keJohor Baru untuk ke rumah Pezal. Dia
mahu
menyampaikan berita buruk ini pada Ezza sendiri. Dia tahu betapa wanita
ini
menyintai suaminya. Tadipun sebelum masuk ke rumah ini dia telah
menelefon
Mofazha untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Pezal pulang
berjalan dengan lancar. Mana mungkin Pezal pulang ke rumah?

"Jatt...you dengar tak apa Za cakap? Pezal dah balik..." Ezza
mengejutkan
Jatt dari lamunannya. "Za...Jatt tak tahu apa nak kata apa. Tapi
percayalah, Jatt sendiri yang melihat kejadian itu. Pezal meninggal di
pangkuan Jatt... "Bohong...Pezal dah balik...Nanti biar Za panggil
dia...."
Ezza semakin binggung. Apa tujuan Jatt ..bercerita yang bukan bukan
padanya?. Pantas dia menjenguk ke bilik anak anaknya. Pezal tiada di
situ.
Ah! Tentu Pezal di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga sambil
memanggil nama Pezal. Tiada respon, Dia berlari ke dapur pula. Mana
tahu
PezaL mungkin ke sana. Tiada juga.

Akhirnya setelah penat mencari.. Ezza terduduk di ruang makan.
Disamping makanan yang belum terjamah. Mulutnya di tangkup dengan tangan
kanannya. Apakah benar yang Jatt sampaikan? Mimpikah dia? Jatt hanya memerhati
gerak geri Ezza. Pilu hatinya melihat Ezza berlari ke sana sini mencari Pezal
yang dikatakan sudah pulang. "Za...arwahnya mengamanatkan sesuatu..."
Jatt menghulurkan kotak berwarna merah. Ezza hanya mampu memandang tanpa
suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang Jatt hulurkan disambut juga.

Perlahan lahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang
subang zamrud. Terlopong mulut Ezza. "Rasanya ada barang yang hilang dari
kotak tu. Kelmarin masa arwah beli,Jatt pasti benar ada seutas gelang zamrud
bersama subang tu...tapi puas Jatt cari.. tak jumpa juga" sayu je suara
yang keluar dari mulut Jatt. Ezza memandang Jatt. Terkedu. Air jernih
sudah
deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Pezal.
Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya. "Ini ke Jatt?" tanyanya
perlahan. Jatt tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya semasa Pezal  membelinya malam kelmarin. Saat itu tidak putus putus Pezal menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Ezza. Tapi macam mana  pula benda itu boleh berada pada tangan Ezza?.

Apakah benar keterangan Ezza bahawa Pezal sendiri yang pulang
menghadiahkan gelang itu kepada Ezza? Kalau benar.. bagaimana? Yang nyata di bumi  Allah ini tiada yang mustahil dengan izinNya. Ezza hanya mampu menangis. Dia memandang kari kapitan yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya,  terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis.  Kalau benar Pezal sudah tiada....sebagaiman a kata Jatt.. siapa pula yang  datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya?

Sungguh sukar untuk Ezza menerima kenyataan ini. Dan ketika ruang  rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin.. Ezza masih mengharap akan  kepulangan Pezal.. sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Pezal tiba di rumah.. barulah Ezza yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal  kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.
Muhammad Ttuyup , Rabu, November 29, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.