2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 9/22)

KOTAK-kotak berisi udang harimau yang akan di bawa ke Kuala Lumpur kelihatan bersusun di dalam lori. Aku duduk berjuntai di atas bangku sambil mengunyah mangga muda yang sudah tersedia di situ. Entah siapa yang punya aku kebas aje!

"Amboi.. sedapnya makan sorang-sorang.."satu suara menyapa membuatkan aku menoleh.
"Eh.. kau Ana.. ingatkan sapa tadi.. meh la join.."pelawaku. Ana tersenyum sambil duduk di sisiku.

"Mangga? Kau makan mangga muda.. ke kau..

"Ehh.. tolong sikit belum lagi la.. kau ni pantang tengok org makan mangga.."jawapanku itu membuatkan Ana tertawa.

Bukan dia tak tahu memang favourite aku makan mangga tak kira masak atau muda sejak dari dulu. Nasib baik dapat tokei ladang mangga.. boleh makan free!

"Manalah tau.. pengantin baru..

"Bila kau balik? Tak tahu pun"soalku.

"Ala.. dah dua hari aku kat rumah.. suami aku kursus so aku balik la kampung.."Ana senyum lagi.

"Apa yang kau senyum-senyum ni Ana?"soalku pelik.

"Siapa perempuan cantik dengan Aznil tu? Bukan main mesra lagi dia.."soal Ana. Lantas aku menoleh ke arah kolam. Di situ kelihatan Izan sedang berbual-bual dengan Aznil sambil mencatat sesuatu.

"Kawan dia masa di Jepun dulu, kenapa?

"Wahh sportingnya kau yek.. kawan ke girlfriend dia masa kat sana?

"Girlfriend pun kan ke dia dah kawin dengan aku.. ala Ana.. kalau dia tak jujur dengan aku tak tahulah..

"Kau tak jealous ke Yan.. dulu kau ingat tak masa kita sekolah dulu.. siapa orang yang kau paling benci dunia akhirat? Hah.. sekarang..

"Manalah aku tahu tuhan nak temukan aku dengna dia.. eh aku kena balik dululah.. aku janji dengan mak mentua aku nak petik pucuk ubi nie.. " Aku segera menyarung selipar.

"Aku pun nak baliklah.. anak aku tidur tadi aku nak tengok.. eh datang la ke rumah kita borak-borak..

"InsyaAllah.. kau pun datang la rumah aku.."Ana Cuma mengangguk. Aku mengatur langkah menghampiri Aznil dan Izan.

"Bang, Yan nak balik ni.. nanti mak tunggu lama pulak..

"Emm.. Yan balik dululah.. abang ada sikit lagi dengan Izan.."katanya lantas menghulurkan kunci Kembaranya. Aik.. aku Cuma menjeling mereka. Sejak bila pulak dia tak reti nak hantar aku ni? Selalunya kalau nak kemana-mana dia akan hantar. Kecuali memang sibuk sangat.. ni aku tengok urusan timbang menimbang dah selesai.. atau.. kerana perempuan ni?

"Habis, nanti abang dengan kak Izan nak balik dengan apa?"soalku.

"Tu motor.."Apa? Nak naik motor? Aku merenung Aznil tepat.

"Janganlah bimbang.. abang sayangkan Yan.. nanti hitam pulak isteri abang ni kena panas.." bisik Aznil membuatkan Aku Cuma mengangkat kening. Nak pujuk aku la tu!

"Sejak bila pulak abang dah tak boleh hantar Yan ke mana-mana?"soalku. Aznil Cuma senyum.

"Bawak kereta elok-elok.. masak sedap-sedap sikit okey?

Aznil sempat mencuit hidungku sebelum menutupkan pintu kereta. Hmm.. si Izan di sebelah Cuma mengangkat tangan. Aku segera melarikan Kembara menghala ke rumah ibu mertuaku. Tentu sebentar lagi Izan dan Aznil akan pulang kerana di kolam tadi Cuma tinggal mereka berdua sahaja. Berdua? Hmm cemburu ke aku? Walaupun Cuma seorang rakan lama, isteri mana tak cemburu bila suami bersama wanita cantik, educated pulak tu jangan-jangan masa di universiti dulu mereka pernah bercinta! Tapi kalau benar pun, takkan Aznil sanggup melukakan hati aku yang sedia maklum memang keras ni.

Tapi, sejak kehadiran perempuan itu banyak waktu kami bersama dirampas. Seharian dihabiskan di kolam ikan.. Aznil sudah tiada masa untuk duduk berbual-bual minum petang bersama seperti kebiasaan kami. Ada saja kerjanya dengan Izan. Si Izan itu pula pantang melihat kami bermesra, pasti ada saja masalahnya dengan komputer la.. bukulah.. Aku tiba di halaman rumah dan segera masuk ke rumah selepas meninggalkan kereta di bawah pokok rambutan di tengah laman. Kelihatan ibu mertuaku sedang melayan cucu-cucunya yang baru balik.

"Ha Yan.. Aznil mana? Kata nak keluar ke bandar.."soalnya melihat aku keseorangan masuk ke dalam rumah.

"Tak jadi mak.. Aznil ada kat kolam.. dengan Izan,"jawabku sambil mencium tangannya.

"Dengan kawan dia tu? Apa dia buat lama-lama kat situ? Habis nanti dia balik dengan apa?"soal mak curiga.

"Dengan motorlah agaknya.."jawabku dan menuju ke dapur. Pucuk ubi yang kupetik di kebun tadi kuletakkan di atas meja. Kelihatan kakak iparku sedang sibuk menyediakan hidangan tengahari. Udang masak lemak campur belimbing buluh amat membuka selera.

Kakak iparku ini memang pandai memasak.

"Mana Kak Sal, kak?"soalku, dari tadi tak nampak-nampak sedangkan anak-anaknya dibiar bermain di luar sana.

"Orang morning sickness.."jawab Kak Mah sambil tersenyum sambil menghulur sesudu kuah gulai tempoyak ikan sembilang untuk aku merasa.

"Ohh.. iye ke? Patutlah tak nampak.. " sahutku sambil merasa masakannya itu. Sedap!

"Rezeki.. anak ni rezeki tahu?"kak Mah senyum lagi.

Kakak ipar Aznil ini memang suka memberi nasihat. Sejak menjadi ahli keluarga mereka aku memang tidak megalami apa-apa masalah. Lagipun Kak Mah seorang yang amat sporting dan sebagai menantu yang kerap balik ke kampung dan rapat dengan ibu Aznil, dia banyak memberi tunjuk ajar; termasuklah apa yang mak dan bapa mertua suka dan tak suka.. masakan
kegemaran.. macam-macam lagilah!

"Macammana dengan tesis kak Mah? Dah okey?"soalku sambil membantu menggoreng telur. Aku ni masak-masak tak reti sangat, setakat nak bagi makan suami tu boleh la.. kalau kat rumah mak mertua memang jarang aku menggulai.. takut tak sedap!

"Tu la.. akak ingat minggu depan akak kena pergi ke universiti nak jumpa pensyarah akak.."kak Mah menjelaskan.

"Mak cakap ada kawan lama Aznil tumpang di rumah Yan ye? Dah lama?"soal Kak Mah.

"Emm.. ada la tiga hari dah.. dia nak buat research tentang udang harimau "

"Ohhh.."kak Mah mengangguk.

"Mama! Mama!"Boboy anak Kak Mah yang bongsu tiba-tiba datang menerpa.

"Kenapa Boboy?"soalku sambil mendukungnya mesra. "Ucu bawak balik orang cantik.. "

"Orang cantik? Siapa tu?"soal Kak Mah.

"Kawan Uculah!"jawab Boboy petah. Amboi.. budak umur 4 tahun pun pandai menilai bagaimana rupa si Izan! Ini kire hebat..

"Mana cantik? Mak Ucu ke.. kawan Ucu tu?"soal kak Mah.

"kawan Ucu.."jawapan Boboy membuatkan air mukaku berubah.

"Jangan percaya cakap budak-budak.."kak Mah tersenyum membuatkan aku terasa malu sendiri. Cakap budak.. buat apa aku nak sensitif sangat kan? Tapi budak-budak tak pandai menipu..

"Kak Lang, dah lama ke sampai?"Aznil muncul di depan pintu dapur, diekori Izan di belakangnya.

"pukul 10.00 tadi..

"Err.. kak Lang , ni kawan Nil masa di Jepun dulu, Izan, Izan ni kakak ipar I,"Aznil memperkenalkan dua insan itu.

"Izan,

"Halimah,"Izan membalas huluran tangan dan terus duduk di sebelah Aznil.

"Jomlah kita makan nasi,"Aznil sudah menyingsing lengan melhat gulai sudah masak di atas dapur.

"Isteri abang masak apa?"soal Aznil.

"Goreng telur jer"jawabku. Serta merta Izan tertawa kecil, membuatkan aku merenungnya tepat. Apa yang lucu sangat?

"Ohh.. you ketawakan I ye?"soal Aznil sambil mencekak pinggang.

"Mana tak I ketawa.. you kata wife you teror masak.. setakat goreng telur I pun boleh buat.."jawab Izan.

"Ohh.. berlagak yek.. kerek.. okey kalau you teror you boleh buat apa?"soal Aznil. Izan memandang sekeliling. Tertumpu pada pucuk ubi di atas meja yang kupetik tadi.

"Okey, I buat Kerabu pucuk ubi, boleh?"Aznil Cuma mengangkat kening. Izan bangun dan mencapai pisau di atas sinki..

AKU masih gagal melelapkan mata. Sekejap berkalih ke kanan, sekejap ke kiri. Sekejap-sekejap aku melihat jam di dinding. Sudah pukul 12.00 tapi Aznil masih belum pulang lagi. Perut aku terasa pedih, sekejap-sekejap rasa macam nak termuntah. Menyesal tak makan banyak-banyak tadi. Tapi sememangnya selera aku mati bila seisi rumah memuji kesedapan kerabu buatan Izan. Si Aznil sampai bertambah tiga pinggan nasi. Pak mentuaku pun bukan main suka lagi sampai gulai tempoyak ikan sembilang kegemarannya tidak luak di pinggan. Itu belum lagi aksi ceduk menceduk si Izan ke pinggan Aznil.. macamlah suami aku tu tak pandai ambil kuah sendiri. Dan, macamlah aku ni tunggul kayu kat depan dia orang. Si Aznil tu pulak macam tak paham ajer.. iyelah.. si cantik manis melayan makan..bertambah sukalah.. Dek kerana geram tadi aku sudah meluahkan rasa tak puas hati aku pada Aznil.

Tapi seperti biasalah pak cik tu.. ala biasalah.. dia kan tetamu kita kena layan elok-elok.. jangan cemburu sangat nanti abang sangkut betul Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan di pintu membuatkan aku bingkas bangun. Siapa pulak yang mengetuk pintu macam nak roboh ni? Sebaik saja pintu terkuak muncul wajah Kak Mah cemas.

"Yan, cepat Aznil pengsan di kolam.."Apa? Aku segera meluru ke luar.
Di ruang tamu kelihatan Aznil terbaring tidak sedarkan diri.

"Macammana boleh jadi macam ni?"soalku sambil merapati mertuaku yang sedang memangku kepala Aznil. Kepalanya yang berdarah kuusap lembut. Saat itu juga air mata dah meluru turun. Janganlah jadi apa-apa pada dia!

"Kamu tak tahu ke dia demam?"soal mak mertuaku sambil merenungku lama.

"Tepi sikit tepi sikit.."Izan muncul dengan sekeping tuala basah. Dengan selamba dia menepis tanganku dan mengelap kesan darah yang sudahpun berhenti mengalir.

"Man, macammana Abang Aznil boleh luka ni?"soalku pada pembantu Aznil yang Cuma terdiam dari tadi.

"Dia pitam kak, jatuh berguling ke bawah bukit masa kami tengok tali air tadi dari semalam dia kata dia dah tak sedap badan.."jelas Man.

"Nasib baik ada Izan, terima kasihlah Izan kerana susah payah.."ucap mak mertuaku penuh terharu.

"Izan risaukan dia mak cik sebab Izan tahu dari universiti lagi Aznil memang mudah demam. Sebenarnya Izan perasan masa first day Izan sampai kat sini lagi dia dah tak sihat.. sebab tu Izan cari dia tadi.."Izan menjelaskan sambil mengusap kepala Aznil. Apa? Maknanya dia keluar bersama suami aku tengah-tengah malam? Aku menarik nafas. Aznil mula bergerak dan membuka matanya perlahan-lahan.

"Nil.. alhamdulillah dah sedar anak mak.."Aznil meraba kepala yang sakit.

"Jangan banyak bergerak Nil, you tak sihat.."Izan memegang bahunya.

"Betul Nil.. nasib baik ada Izan.. kalau tak tak tahu apa dah jadi.."sampuk kak Sal.

"Sudah tu.. Yan, bawak Aznil masuk ke bilik.."bapa mertuaku bersuara.

Aku akur dan memapah Aznil dibantu oleh Man. Izan Cuma merenung kami lama sebelum kembali ke biliknya. Aznil merebahkan badan di atas katil. Aku membantu dia menukarkan pakaian sebelum mengisi ubat di lukanya. Aznil tersenyum sambil mengesat pipiku yang basah.

"kenapa Yan menangis ni? Abang bukannya nak mati.. luka sikit jer.."pujuknya sambil memegang tanganku.

"Kenapa abang tak beritahu Yan abang demam?"soalku. Sungguh aku tak tahu dia tak sihat. Dia tak pernah mengadu pening atau apa.. badannya juga tak panas dan dia sentiasa gembira. Jauh di sudut hati aku berkecil hati juga bila mak mertua menganggap aku seolah-olah tak mengambil berat tentang anak bongsunya. Kalau aku tahu takkan aku biarkan suami kesayangan aku ni bekerja siang malam panas berembun wahai ibu mertuaku!

"Dah la tu.. abang bukan demam teruk.. tapi lepas makan tengah hari tadi abang makan penadol.. agaknya berlawan ubat tu yang abang terpening sikit agaknya..

Aku merenungnya lama.

"Izan tu rapat sangat ke dengan abang di universiti dulu?"soalku ingin tahu.

"Ala.. kawan satu universiti.. biasalah.. dah.. jangan sedih-sedih.. mari kita tidur.."pujuknya lagi.

"Tapi Yan tengok kenapa dia..

"Kita tidur okey.. Yan sayang abang tak? Kalau sayang kita tidur okey?"Aku Cuma mengangguk dan bangun mematikan lampu..

Bersambung............

try , Rabu, Mei 17, 2006 | 1 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

1 ulasan :

  1. nak buat cerita janganlah separuh2,tak bestlah......... lain kali nak buat biar pikir dulu heeee

    BalasPadam

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog