2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takagi Sayang (Part 3/22)

ANGIN petang bertiup lembut membelai rambut. Petang-petang begini memang syok layan blues kat atas pelantar sambil tengok ayam-ayam makan. Mujur keliling rumah banyak pokok, kalau tak..aku bangun menghampiri pokok jambu merah yang sedang lebat berbuah.
Emm..kalau makan cicah ngan gula nie tak tunggu lama aku segera memanjat pokok jambu itu. Tiba di dahan yang paling atas aku berjuntai sambil memetik setangkai jambu yang masak ranum. Nyamm bestnya! Sebenarnya dah lama tidak mempraktikkan kerja-kerja memanjat ni. Sejak berada di ITM Jengka aku jarang balik, keadaan yang tidak mengizinkan. Dua tahun setengah aku di sana, membawa haluan hidup selepas tamat sekolah. Waktu itu Aznil telahpun berada di oversea menyambung pelajarannya. Sejak itu jugalah hidupku aman daripada gangguan Aznil. Aku bersyukur sangat bila dapat tahu dia melanjutkan pelajaran ke UK selepas setahun persediaan di UiTM. Waktu itu aku masih form 4. Tak perlulah bertemu muka.. bertekak.. Kalau boleh digambarkan perasaan gembira ini nak je aku lukis atas kertas yang paling besar kat dunia ni.

Masih terasa lagi sakit hati pasal hal tengah hari tadi. Aku cukup benci pada orang yang tidak berterus terang. Pasal dia jumpa Tiara tu lantaklah, peduli apa aku! Tapi, kenapa dia tak cakap awal-awal. Tak pun cerita aje la kat aku, bukan mati pun! Selama ni pun aku tak kisah, faham sangat perangai dia tu..lagipun kan ke Tiara tu girlfriend dia? Nak sangat balik kat Tiara tu no hal! Go ahead! Jumpa abah cakap nak putuskan pertunangan ini, tak mati aku kalau tak dapat dia..bersepah lagi orang nak kat aku..Yang aku geram tu kenapa tak kasi tahu????? Eiii geramnya aku pijak-pijak kepala kau! Bisikku sambil memijak-mijak dahan jambu itu. Prakkkk!!! Alamak?? Seraya itu aku rasa macam terawang-awang di udara.

"Mak!!!!" Mampuslah jatuh atas tunggul kayu! Aku memejam mata rapat, menantikan saat tubuh terhempas macam nangka busuk di atas tanah. Tapi, terasa ada something menampung tubuh dan,

"Awak?" Aznil menurunkan aku perlahan-lahan. Aku control perasaan malu. Tadi baru sumpah nak pijak kepala dia, alih- lih dia yang sambut aku! Control ayu.. control ayu

"Nak bunuh diri lain kali cari pokok yang tinggi sikit, ni tak cukup tinggi ni," perli selamba. Eh, ingat aku ni dah hilang pedoman nak bunuh diri?

"Nak sangat ke saya mati cepat? Suka la hati awak sebab tak ada orang yang mengganggu hidup awak kan?" Ambik kau nak sangat!

"Lagi la susah," Jawabnya sambil memetik sebiji jambu dari dahan yang paling hampir dengannya.

"Kenapa pulak?"

"Nanti saya nak kawin dengan siapa?" pura-pura tanya aku ? Peeeegii dahh!

"Kan Tiara ada.." sindirku sambil zelabuhkan punggung di atas pangkin.

"Marah lagi ke?" Hai buat-buat tanya pulak. Aku pandang ke arah lain.

"Rasa-rasanya?" Aznil tersenyum lantas duduk rapat disisiku.

"Tak kan le pasal tu pun nak marah..awak kan steady.." taik kucing!

"Saya tunggu awak lama tadi tau! Ingat kita ni apa tercongok depan bank tu..lain kali kalau berjanji tepatilah sikit..menyampah..bukan awak tak tau perangai saya yang memang pantang menunggu orang ni.."

"Ohhh..ni marah sebab lambat la..bukan pasal Tiara.."

"Eh..awak nak keluar dengan seribu perempuan pun saya tak heran la.."

"Ye ke? Habis kes kat gerai ari tu ..yang awak merajuk sehari suntuk tu..bukan pasal jealous ke?"

"Ehh..tolong sikit..tak kuasa tau jealous kat perangai buaya cam awak ni.." jawabku selamba.

"Habis tu..selama ni awak anggap saya ni macammana? Jangan nak bohong la..saya tahu.."

"Habis awak tu macammana pulak?" soalku kembali. Aznil tersengih.

"tolong boleh tak Dian?" pintanya.

"Tolong apa?" soalku.

"Senyum! Biar cun sikit," Eh..macam ni punya kelles tak cukup lagi? Bodoh..tak pandai menilai..! Aku pandang ke arah lain. Tengok ayam lagi bagus daripada tengok muka dia..

"Dinda di manakah kau berada..rindu aku ingin jumpa meski lewat nada.."

"Jangan nak mengada-ngada tak suka dengar awak nyanyi lagu tu tau! Saya bukan dinda awak!" Aznil tergelak kecil.

"Hai..susah betul nak dapat senyum awak.." keluhnya.

"Dah tahu susah buat apa pilih saya?"

"tu yang adventurenya.." Ada saja jawapan yang menyakitkan hati. Aku sapu ngan taik ayam muka tu baru padan muka.

"Dian.." Aku tak alih muka sikit pun. Sakit hati bila mengenangkan perangainya yang gila-gila ni. Iye la kan..kalau benar dia sungguh nak kat aku..cuba ubah kelakuan tu sikit..awak tu tunang orang kalau aku buat kelaku serupa macammana? Sakit tak hati bila tengok aku membonceng motor lelaki lain? Keluar minum dengan orang lain?

"Yan.." serunya lagi bila aku membisu seribu bahasa. Tahu pun aku marah! Pling!! Sekuntum putik mawar merah muda terpacak di depan mata. Apologize le tu..

"Dian..i am sorry.." Ujarnya mengharap. Aku pandang wajah Aznil lama. Keikhlasan yang terpancar dari matanyalah membuatkan hatiku cair setiap kali kami berselisih faham. Paling best mesti ada setangkai mawar warna merah muda. Entah dari mana dia tahu bunya dan warna favourite aku..Dan ketika inilah nak tengok dia serius!

"Sebenarnya saya tak faham dengan awak ni, awak ni serius tak dengan saya ni?" soalku sambil membalas renungannya. Huluran mawar itu kusambut.

"Hui..soalan mencabar minda ni. Paper final exam pun tak sesusah ni," Aznil still nak berlawak.

"Macam ni la..oleh kerana awak dah lama jatuh hati kat saya, saya pun jatuh hati la kat awak.." Apa?

"Oi pak cik, sedar ke tidak ni? Bila pulak saya jatuh hati kat awak? Ayam tu pun nak muntah dengar awak cakap macam tu, tau?"

"Okey, kalau ayam tu tak muntah maknanya betul awak nak kat saya,"

Aku rasa nak je pulas telinganya kuat-kuat. Mana ada dalam sejarah ayam muntah!

"Tengok ayam tu tak muntah, berak je. Maknanya awak nak kat saya,"

"Eh, sorry..saya tak pernah cakap tau saya nak kat awak..saya bertunang ni pun sebab family tau.."

"Takkan sikit pun tak ada perasaan kat saya..tipulah!"

"Habis..buang masa saya je suka kat awak, awak kan ramai girlfriends..so buat apa saya nak bazirkan perasaan saya untuk awak?" Padan muka!

"Tu semua suka-suka je..mengisi masa lapang.."

"Habis, saya ni pun sekadar mengisi masa lapang?" soalku.

"Siapa cakap macam tu..awak lain.."

"Lain sebab saya ni selalu menyusahkan awak?"

"Ha..ya betulll!!"

"Aznil..???" Aznil tertawa kelucuan. Gerammnya!!!

"Dah, malaslah nak layan awak! Aku bingkas bangun dan meninggalkannya di situ..

"ALONG! ALONG ALONG!!" suara kanak-kanak kedengaran dari bawah. Macam suara anak buah Aznil aje tu..Apa la budak-budak ni nak? Aku bangun dari pembaringan. Seketika, potret Aznil di sisi Virago kesayangannya kukerling. Serentak itu aku menjelir lidah, padan muka! Menyampah!

"ALONG ALONG!" "Apa ni panggil along kuat kuat ni..ingat ni rancangan kucen besar tu ke?" soalku sambil menjengahkan kepala keluar tingkap. Kelihatan Ipan, Tur, Epoi, Jenor, Putet, Acik anak saudara Aznil sedang menanti di bawah.

"Along, Ucu suruh Along gi jumpa dia kat sungai," Apai anak kakak Aznil yang kedua merenungku lama.

"Bila balik Apai?" soalku.

"Semalam mama suruh Along datang rumah, nenek pun suruh.." Aku tersengeh. Untungnya dapat bakal ipar dan mertua yang baik..memang adik beradik dia baik-baik..dia je yang tak baik!

"Along, ucu suruh along jumpa dia..penting!" Tur mengingatkan tujuan utama mereka ke sini.

"Cakap kat dia, along malas nak pergi, banyak kerja nak buat," jawabku. Malas nak layan kerenah Aznil.

"Tak boleh! Ucu cakap ini antara hidup dan mati.." Hidup dan mati?

"Kalau tak pergi tak boleh ke?" soalku. Budak-budak tu cuma menggeleng kepala. Ishh..ni buat aku tak sedap hati ni, tak pernah-pernah dia suruh aku jumpa dia, selalunya dia yang datang jumpa aku, lebih-lebih lagi kalau ada yang buat aku marah, pukul dua pagi pun dia sanggup datang selagi aku tak maafkan. Tak pun, dia nak buat surprise kot..macam hari tu..sanggup tempah mawar berdozen-dozen dari Cameron Highlands..lepas tu siap kasi rantai emas lagi gara-gara dia buat aku marah. Satu minggu aku mogok tak tegur dia..baru dia tahu kerasnya hati Diana Adurah ni..Adik-adik aku siap respect habis kat Aznil. Susah nak dapat lelaki yang sanggup buat macam tu katanya. Lagipun, setelah difikirkan semasak-masaknya.. buat apa nak cari pasal dengan dia kan? Kalau dia main-mainkan aku tak kan sampai ke tahap ni. Melibatkan keluarga pula tu. Aku rasa aku pun dah mula suka kat dia..sebab sejak bertunang ni..walaupun marah..sehari tak tengok muka dia rasa macam tak mandi satu hari..rimas semacam..

"alamak..eh..mana bunga tadi?" soal Acik tiba-tiba. Masing-masing berpandangan sesama sendiri.

"Hah..ni dia.." Acik menghulurkan sekuntum putik mawar yang dah terperenyuk teruk. Mawar lagi?

"Dah lama ke Ucu tunggu along?" soalku sambil mencium bunga itu.

"Dah lama," Jawab Jenor sambil menyedut hingusnya yang hampir meleleh.

"Okey,jom kita pergi," Ajakku sambil menuruni tingkap itu.

"Oii..elok sangatlah tu..turunlah ikut pintu!" Teriak Ina dari ampaian bila tengok aku macam pencuri masuk rumah. Tak apa, nak jumpa tunang tersayang punya pasal!

"Biarlah Ina..orang baru belajar nak bercinta.." fina menyampuk lalu tertawa.

DERU air sungai dah kedengaran dari jauh. Kami melalui denai kecil untuk cepat sampai ke sungai . Apa yang dia buat kat sungai ni? Cari ikan kut..itulah kerjanya kalau tak sibuk di ladang atau di kolam udangnya. Sanggup simpan ijazah kerana nak jadi petani moden.

"along gi la kat bawah pokok buluh tu, kat batu batu tu.."

"Habis kau orang nak kemana?" soalku, risau jugak kalau berdua kat sini.

"Ucu ada ngan Ijan, ngan abang Rahim.." Oh..iye ke? Aku senyum dan menuju ke arah yang disebutkan. Apa la yang Aznil nak cakap ni? Setakat Ijan dengan Rahim tu aku tak kisah sangat.

"Hihihi" Eh! Langkahku mati. Suara macam suara perempuan! Aku rasa tak sedap hati, takkan bawak perempuan kot! Ah..mesti Ijan tu nyamar kut, dia tu kan suka buat lawak! Aku menyedapkan hati dan menghampiri tempat itu. Tapi, ni apa hal ada sandal perempuan ni?

"Ala tak nak, takut..cepat la tolong.." suara perempuan jelas kedengaran. Aku segera turun ke gigi air dan di antara batu batuan itu aku lihat Aznil sedang memaut mesra pinggang sorang gadis dan gadis itu dengan penuh mengada-ngada memeluk leher Aznil di tengah-tengah arus yang deras. Dan, bila arus kuat datang dengan pantas Aznil merapatkan perempuan itu ke badannya. Aku tergamam tak dapat berkata-kata. Putik mawar pemberiannya tadi terjatuh dari pegangan. Amboi, dengan aku sentuh pun tak berani, dengan perempuan tu? Inikah balasan di atas keikhlasan aku selama ini? Dan, setelah menyedari aku berdiri tidak jauh dari situ Aznil cepat-cepat mendapatkan aku.

"Ini ke hal hidup dan mati awak?" soalku. Air mata dah bergenang di birai mata. Sakit hati aku melihat Aznil masih mampu tersenyum. Tapi senyumannya mati bila melihat ada air jernih terjun dari kelopak mataku.

"Yan, awak dah salah sangka ni,"

"Saya tahu ini yang awak inginkan sangat betul tak? Kalau benar awak tak sukakan saya tak perlu nak tunjuk depan saya macam ni, saya pun tak pernah mengharapkan yang awak akan jadi milik saya,"

"Dian, cuba dengar dulu penjelasan saya," pintanya.

"dah terang dan jelas kan? Nah! Ambil balik hak awak!" Cincin di jari manis kulucutkan dan kucampak ke tubuhnya.

"Dian!!" Tanpa menoleh lagi aku berlari pulang. Aku benci Aznil!!!

.....bersambung.....

try , Rabu, Mei 17, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog