2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Cinta Hot Chocolate - Part 1/3

``DIA segalanya bagi saya.'' Memaling, melarikan pandangan daripadaku - melihat pada kenderaan yang berlalu agaknya - dengan jari telunjuknya menguis-guis lembut bibirnya dan sambil mengetuk-ngetuk dada dengan jari-jari halus tangan kanannya, dia berkata, ``Saya benar kehilangan. Kosong dia tiada dan dalam ini pun kosong.'' ``Aneh bukan?'' Selama ini pandanganku terpaku padanya. Lantas apabila dia berpaling memandangku dan berkata, ``Aneh bukan?'', aku tersentak. Mengapa? Entahlah, aku sebenarnya jauh berkhayal mengamati wajahnya itu. Entah bila dan di mana, tetapi tanyanya itu menyentak dan aku kembali pada diriku sendiri. Mencari kata-kata menyahut pertanyaannya itu, aku kembali hanyut entah ke mana. ``Hello dengar tidak apa yang saya cakap?''

Senyum, ``Saya dengar, cuma... ''

``Tak faham?''

``Iya.''

``Tak faham?''

Aku hanya mengangguk sambil jari-jemariku menarik-narik lembut janggut yang aku sedar agak panjang meliar dan perlu dirapikan semula.

Dia memaling semula, melihat jalan besar itu. Sebahagian rambutnya jatuh menutupi sebahagian mukanya. Dibiarkan begitu, tidak ditolak dan diselitkan pada telinganya, seperti kebiasaan. Rambutnya yang lurus paras bahu itu berwarna jingga tua; sinaran lampu di kafe menyerlahkannya. Aku benar tertarik. Ia kena pada rupa parasnya. Bujur sirih dan kulitnya yang bersih putih itu. Hidungnya. Bibirnya. Matanya. Aku benar hilang dalam mengagumi dia yang didepanku. Dia yang benar menguasai hatiku.

``Saya tak tahu apa nak buat. Semuanya tak kena. Rasa lemah dan benar tertekan kerana semuanya ini. Rasa kehilangannya begitu menghimpit dan entah mengapa, diri saya juga hilang entah ke mana. Tiada arah, setiap kali membuka mata dari tidur yang penuh resah, saya memandang dinding, berfikir, mencari, mengapa saya masih di sini, keseorangan. Aneh bukan?'' Melihatku dan mata itu.

``Hello.''

``Iya, awak hilang arah. Saya faham.''

``Tak faham mengapa saya boleh jadi sebegini lemah.''

``Sabarlah. Masa mengubati dengan membiasakan diri pada keadaan.''

``Membiasakan pada keadaan?''

``Iya.''

``Bila?''

``Manalah saya tahu, tetapi banyak bergantung pada awak juga. Saya harus terima hakikat keadaan kini. Dia sudah pergi, tidak mungkin kembali. Itu hakikat. Soalnya, bila pula awak dapat menerimanya dan membiasakan diri dengan keadaan, tanpanya.''

``Saya harap ia semudah itu. Tetapi ternyata tidak.''

``Awak langsung tidak mahu mencuba. Cubalah, lihat dan seberangilah sempadan itu. Sinar itu ada. Jangan tutupi diri itu daripada kehidupan ini. Ini bukan kemahuannya. Dia tentu mahu awak teruskan kehidupan seperti biasa.''

``Mana awak tahu?''

``Andai saya mencintai seseorang, dia segalanya. Sudah tentu saya mahu dia bahagia, tidak duka menderita seperti awak. Jika you di tempatnya, bukankah itu yang you mahukan?''
Diam. Hatiku luruh melihat dia menitiskan air mata. Terlalu dalam perasaanku terhadapnya. Ya, aku rasa aku menyintainya dan apabila dia kehilangan kekasihnya dalam satu kemalangan jalan raya, terasa amat berdosa kerana hatiku terlonjak-lonjak melihat ruang untuk hadir dalam hidupnya. Bukan ini yang aku mahu. Bukan begini. Melihatnya begini, menderita menanggung perasaan kehilangan sesuatu yang amat dia sayangi, aku diheretnya bersama merasai. Andai aku katakan bahawa aku lebih menderita, sudah tentu dia tidak percaya. Tetapi, begitulah rasaku.

Bersambung.........

try , Sabtu, Mei 06, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog