Jumaat, 4 Julai 2014

Maybank antara 20 bank paling kukuh di dunia

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2014 - Malayan Banking Bhd (Maybank) adalah satu-satunya bank dari Malaysia tersenarai dalam 20 bank paling kukuh di dunia tahun ini yang dikeluarkan Bloomberg Markets Magazine keluaran Julai/Ogos 2014.
 
Hang Seng Bank Ltd, satu daripada institusi kewangan terulung di China Hong Kong dan dimiliki oleh HSBC Holdings Plc, adalah bank paling kukuh di dunia, mengikut terbitan itu.
 
 
Maybank disenaraikan dalam kalangan 20 bank terkukuh dunia untuk dua tahun berturut-turut. Sebanyak 97 bank dinilai di peringkat global.
 
Maybank adalah bank keempat terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah aset lebih RM578 bilion setakat 31 Mac 2014. Jumlah depositnya sebanyak RM396 bilion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan