KEJU dan susu mampu membuatkan berat badan seseorang bertambah.
MEMILIKI susuk tubuh yang kurus dan menawan sering menjadi impian ramai orang, namun sebaliknya bagi mereka yang berbadan kurus.
Menurut konsultan berat badan Indonesia, Puneet Nayak, kebanyakan orang kurus berada dalam keadaan tertekan kerana sukar menambah berat badan.
"Hasil kajian menunjukkan ramai yang tidak berupaya menambah berat badan walaupun mereka mengambil pelbagai jenis makanan.
"Kebanyakan mereka mengambil suplemen dan makanan berlemak tanpa mengetahui fungsi makanan itu," jelasnya.
Bagi tujuan tersebut, individu yang berhasrat untuk menambah berat badan disarankan mengambil makanan yang tinggi kalori seperti susu, keju, kacang dan mentega selain makan antara lima hingga enam hidangan setiap hari.
Namun begitu, mereka perlu mengelakkan pengambilan snek dan minuman ringan kerana ia dapat menggemukkan badan dalam waktu singkat tetapi berbahaya kepada kesihatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan