Khamis, 26 Jun 2014

129 produk mengandungi barang terlarang dikesan

Melaka, 26 Jun 2014 - Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 129 produk makanan, kosmetik dan ubatan tradisional tidak berdaftar yang mengandungi barang terlarang termasuk racun terkawal.
 
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata, daripada jumlah itu 71 membabitkan produk makanan, produk ubatan tradisional (41) dan produk kosmetik (17).
 
Katanya, ia dikesan hasil serbuan dan rampasan produk berkenaan yang dilakukan pihaknya di sekitar negeri ini, sejak awal tahun.
"Kebanyakan produk itu dikesan mengandungi bahan perangsang seks seperti tadalafil, sildenafil, analog sildenafil dan analog tadalafil yang boleh mengurang atau menghilangkan daya penglihatan dan pendengaran, menurunkan tekanan darah, strok serta serangan jantung jika digunakan tanpa pengawasan.
 
"Ada juga antara produk ini dikesan mengandungi racun terkawal Sibutramine yang sudah ditarik balik pendaftarannya pada 23 Disember 2012 kerana meningkatkan risiko serangan jantung dan strok," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan