BULAN berwarna merah dapat dilihat di Los Angeles semalam. - REUTERS
MADRID, 15 April - Satu fenomena gerhana bulan penuh yang digelar 'bulan berdarah' berlaku semalam.
Gerhana tersebut yang menyebabkan bulan kelihatan merah seperti darah boleh disaksikan oleh penduduk di selatan dan utara Benua Amerika.
Fenomena 'bulan berdarah' kali ini merupakan yang pertama daripada empat gerhana serupa yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang.
Gerhana itu berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. - Agensi
Rakyat malaysia berpeluang melihat gerhana bulan penuh atau fenomena 'bulan berdarah' pada 8 Oktober ini (2014) dan 4 April tahun depan (2015).
Kejadian itu atau dikenali sebagai 'tetrad' sebelum ini pernah dilihat sebanyak 142 kali dalam tempoh 5,000 tahun iaitu bermula tahun 2000 Sebelum Masihi hingga tahun 3000 Selepas Masihi. Ia turut dikaitkan sebagai petanda kiamat, namun umat Islam diminta menghindari daripada mempercayai benda karut seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan